15 Dec 2017
Hari: 2
Air Terjun Efrata
Puas menakluk Holbung kami turun. Turun dari Holbung agak mencabar juga untuk mereka yang mengalami sakit kaki. Kalo tak, ok je....tapi tak pe, turun perlahan2 ya jangan laju2 sangat. Jaga kaki tau, sebab lama lagi kembara kiter ni. Lokasi kami seterusnya ialah ke Air terjun Efrata, 20 minit perjalanan dari Holbung. Kami meneruskan perjalanan. Sebelum tu singgah dulu di Masjid Al-Mubarokah, yang kiter nampak dari puncak Holbung tadi. Kebetulan kami sampai ada 3 orang Pakcik, ingatkan orang kampung sini, rupanya bukan. Katanya mereka datang, atas jemputan, ada orang kampung yang meninggal, jadi mereka datang untuk membantu urusan pengkebumian. Beberapa bulan kemudian selepas kami ke sini, ada satu rombungan dari Malaysia yang buat Program amal di Masjid ni alhamdulillah. Moga hubungan ukhwah itu berterusan.
|
Kak T dihadapan Masjid |
|
Ruang soalat wanita |
|
Ruang solat lelaki |
|
Sisi depan Ruang solat lelaki |
Orang kata kalo kiter tak singgah Efrata, serasa gak lengkap ya kembara kalian. Jadi kena datang sini, sebab kedudukannya yang agak dekat dengan Holbung. Di luar sana awan sudah menampakkan tanda2 akan turunnya hujan. Sekejap lagi, insyaallah. Dalam hati aku berdoa, moga-moga diberikan kami peluang untuk bertemu muka, menikmati keindahannya, disuntik sedikit kenangan di Efrata, walaupun sekejap. Efrata merupakan salah satu air terjun di tepi tasik Toba yang punya keunikan tersendiri. Terletak di Desa Sosor Dolok, Kecamatan Harian, Kabupaten Samosir, Sumatera Utara ini, bakal menawarkan keindahan alam semulajadi, segarnya air terjun dan udara yang sejuk, sangat sesuai bagi warga kota yang katanya mau lari dari ke"stress"an kehidupan di Bandar.
|
Di hadapan pintu masuk ke Air terjun Efrata . Kualiti gambar tak berapa ok. Sat aku pinjam Miss Qubicle punya gambar. |
|
Credit Photo By: https://qubicle.id. Pinjam photo kamu ya. Trimas....Pemandangan lebih jelas dari photo Miss Qubicle ni. Cantiknya kat atas sana, dengan pohon cemara lurus tinggi. |
|
Bergelut dengan titis hujan renyai, kami menjepret air terjun Efrata menggunakan HP. |
Angin sedikit kencang membawa titis2 hujan. Agung memulakan langkah, kami mengekor dari belakang. "kakak, cepat...nanti kita kehujanan...". Kami mempercepatkan langkah. Semakin menghampiri lembah air terjun, tempias air makin menampar wajah kami. Aku terpaksa menyorokkan kamera disebalik tudung. Hanya sony yang sempat kurembat. Nasib baik. "Uhhh...airnya agak keruh, barangkali di atas sana udah hujan", jerit si Agung, mengatasi bunyi air yang menderu deras dari perbukitan. "Cepat kakak, saya ambilkan gambarnya sebelum hujan". Automatik kami mencari lokasi rasanya yang paling menarik dan yang penting tak basah terkena tempias air terjun.
|
Kalo tak hujan air kat sini akan jernih biarpun berwarna coklat dan kiter boleh berjalan sampai ke batu2 tu, mandi manda pun boleh. |
Taraaaa.....emmhh, Itu je la yang kami dapat. Tak pe lain kali ble datang lagi...Hehhehe. Air Terjun Efrata mempunyai tumpahan air yang deras malah katanya lebih deras lagi dikala musim hujan. Berketinggian sekitar 25-26 meter dan lebar 10 meter, mendapatkan sumber airnya dari pegunungan Bukit Barisan. Jika korang datang sini, terdapat satu gerai makan di pintu masuk, jadi kalo lupa bawa makanan ble la membeli di sini. Selain itu disediakan juga kemudahan tandas dan pondok. Ketika kami sampai tak ada seorang pun pengunjung yang datang, mungkin sebab hujan.
|
Kami yang ke hujanan.... |
|
Automatik. Kaki tetap silang, walau hujan...😂😝 |
|
Keburu kami berposing di sini, Elok je selesai dan masuk ke dalam kereta, hujan turun dengan lebatnya. Ahamdulillah...Terima kasih ya Allah. |
Istimewanya Air Terjun Efrata
ini adalah air yang berwarna coklat kemerahan kerana tanah di atas bukit adalah tanah gambut. Di
sepanjang aliran air kelihatan remang2 kehijauan, pokok paku hutan. Tetiba terliur pula nak makan pakis, heheh...... Ini la yang menjadi ikon kepada air terjun Efrata.
Sepanjang perjalanan masuk ke sini tadi kelihatan ladang kopi tumbuh segar. waktu kecik dulu pernah tengok pokok kopi, sekarang ni tak ramai dah yang tanam. Tinggal dulu ya Efrata, lain hari insyaallah kami akan mengunjungi mu lagi....😊
Menara Pandang Tele
Lokasi seterusnya ialah ke Menara Pandang Tele (MPT). Berjarak 4.6 km dari Efrata, hanya mengambil masa 14 minit je untuk sampai. Untungnya dalam perjalanan menuju ke MPT, hujan tiba2 berhenti lalu, mentari muncul lagi....Alhamdulillah, juga diberi lagi kesempatan. Menara Pandang Tele merupakan menara yang tingginya terdiri dari empat tingkat dan masing-masing tingkatnya memiliki jarak pandang yang berbeza. Setiap tingkat dibina berkonsep terbuka, kita bebas membuang pandang keluar tanpa dibatasi apapun, tapi tingkat paling atas dibina lengkap dengan dinding kaca dan dari sini kiter dapat melihat seluruh pemandangan Tasik Toba dan Pulau Samosir dengan jelas. Sisi lain, baragkali pihak berwajib memasang dinding kaca agar tidak ada perkara tidak elok berlaku di sini. Walauapapun, Wisata ini juga harus dikunjungi ya, terutama bagi penggemar fotografi kerana dari sini, kalian bakalan dapat angle menarik Tasik Toba.
|
Ini mungkin Bukit Barisan. Kelihatan air dari tanah tinggi menuruni bukit. |
|
Pemandangan dari atas menara |
|
Gunung Pusuk Buhit |
Menara Pandang Tele, terletak di Jalan Tele, Kecamatan Harian, Daerah Samosir. Satu-satunya jalan darat yang menghubungkan Pulau Sumatera dengan Pulau Samosir. Dari atas menara ni kiter akan dapat melihat panorama Tasik Toba dan sekitarnya dikejauhan dan sebagian daratan Pulau Samosir kelihatan jelas dari
menara ini. Di sebelah kiri terdapat Gunung Pusuk Buhit yang katanya lokasi pertama, nenek moyang suku Batak membuka petempatan. Manakala disebelah kanan, kiter akan melihat barisan
pegunungan yang menjulang dan rumah penduduk di kaki gunung.
|
Kak D |
|
Kami-1 |
|
kompilasi gambaq Kak T yang sedang menikmati keindahan alam |
Sebenarnya tak banyak benda aku nak cite pasal Menara Pandang Tele ni. Oleh sebab dari sini kiter boleh nampak Gunung Pusuk Buhit, meh aku citer pasal ni. Nama dier pun agak unik dan kalo tak sebut pelan2, lidah ko bakal terpeleot, silap2 tersebut benda lain. Ko jangannnn....haaa! Pusuk Buhit atau dalam bahasa batak bermaksud "pusat bukit", merupakan salah satu gunung di pinggir barat Tasik Toba Dan ia juga merupakan salah satu gunung berapi selain G.Sibayak, Sinabung, Sorik Merapi yang terdapat di Sumatera Utara. Memiliki ketinggian 1972 mdpl. Ia Mencakup beberapa perkampungan disekitarnya seperti Kecamatan Sianjur Mula-mula dan Kecamatan Pangururan. Kabupaten Samosir. dari menara ni, nampak je macam dekat...tapi sebenarnya kedududkan nya agak jauh.
|
Kami berlatar belakangkan Gunung Pusuk Buhit. |
|
Kami di atas menara |
Gunung Pusuk Buhit merupakan salah satu tanah tinggi sisa dari letusan gunung berapi Toba Purba yang sangat dasyat. Letusannya dikatanya mencatat sejarah sebagai yang paling besar dalam sejarah dunia. Setiap kali ia (Gunung Toba) meletus, maka akan muncul kawah atau gunung atau bukit baru. Menurut sejarah, di gunung inilah buat pertama kalinya, Deak Parujar, (dewi penciptaan orang Batak), memulakan kehidupan. Kemudian ia menurunkan tanah leluhur ini kepada generasi seterusnya iaitu Raja Batak. Raja Batak inilah yang kemudiannya dianggap oleh generasi awal memulakan peradaban modern masyarakat Batak.
|
di perkarangan Menara |
|
Depan Gerai makan yang terdapat di sebelah MPT |
Raja Batak pada mulanya membuka kampung di Sigulatti, sejarah perkampungannya itu masih boleh dilihat sampai sekarang, iaitu rumah adat Batak yang dibina oleh pihak kerajaan atas dasar ingin menjaga sejarah peradaban awal masyarakat Batak. Kemudian Raja Batak membuka perkampungan baru, di lembah Gunung Pusuk Buhit. Kampung tersebut ialah Sianjur Mula-Mula dan Sijambur Mula Toppa.
Kampung tersebut terletak di garis lingkar pergunungan Pusuk Buhit. Tepatnya di Sebelah
Barat (Sianjur Mula-mula) yang di kuasai oleh Raja Guru Tatea Bulan, anak
perama raja batak dan di Sebelah Timur (Sianjur Mula Topa) yang dikuasai oleh
Raja Isumbaon anak kedua si raja batak.
|
itu dier restorant bersebelahan MPT |
|
saje posing depan restorant, sementara tunggu si agung g toilet |
|
Kak D Berlatarbelakangkan Tasik Toba yang kelihatan dari jauh |
Hari makin lewat petang, akhirnya kami menamatkan lawatan di Menara Pandang Tele, tak de sesi jepret sunset bagai sebab hari nak hujan. Jalan pulang menuju ke Berastagi agak berliku dan agak sempit, lebarnya kira2 3 meter sahaja. Agung memandu
dengan cekap, jadi kami tak risau. Inshaallah... Perjalanan balik ni memakan masa kira2 3 jam dengan jarak 106 km. Dipertengahan jalan, kadang2 terhidu bau durian. Agung kata memang ada durian tapi dalam hutan. Kami kata jom singgah....dier gelak je, katanya ada harimau kat dalam hutan tu, "kakak berdoa aja, agar ada rezeki kita jumpa durian jatuh di tengah jalan, nanti Agung akan berhenti kita kutip". 😂
Perjalanan yang agak jauh, membuatkan si Agung agak banyak bercerita. Mungkin dier nak hilangkan mengantuk agaknyer. Kami layan kan je. Aku syak Agung ni takut hantu kot....hehehehe. Ader satu masa tu, (hari dah gelap sangat, tak nampak apa kiri kanan. Kadang2 terserempak 1,2 kete tapi jarang2), dier pesan,"kalo nampak apa2 jangan tegur ya". Katanya jalan di situ agak bahaya. Jalan yang kami lalui sebenarnya pinggir bukit. Dalam 3 minggu yang lalu berlaku kecelakaan di situ. Di sebelah kanan, jurang dalam. Di sebelah kiri kami lereng bukit berbatu. Jika berlaku pergerakan tanah, batu2 akan jatuh menghempap kereta, "gak bisa lari kita kak"."Aduh, gawat ini...", balas kami agak seram. Tambah pula hujan turun ketika itu, sudah pasti jalan menjadi licin. Dalam hati masing2 berdoa agar perjalanan balik ini dipermudahkan. Lagi satu cerita hantu yang dier cite, tentang sebuah bas yang bawa penumpang. Jalan agak gelap dan pemandu hanya mengikut saja cahaya lampu kereta di depan. Tiba2 kereta kat depan tu hilang. Pemandu Bas bingung lalu turun dari bas. Alangkah terkejutnya dia bila dilihat mereka berada di dalam hutan bukan di atas jalan raya. Sudahnya mereka tunggu sampai pagi di situ untuk meminta bantuan. Nasib baik ramai, kalo sorang tadi????
Akhirnya kami selamat sampai ke Berastagi. Agung ajak makan dulu sebelum ke hotel.. Tak ada gambar yang diambil sebab dah malam. Macam biasa kalo kat Indo, tak sah kalo tak de hiburan dari pengamen. Aku tak layan dah, kusyuk makan sebab lapar. 😂 Jom tengok...
|
|
Bersambung.....
Rujukan:
https://www.pedomanwisata.com/wisata-alam/air-terjun/air-terjun-efrata-salah-satu-tempat-wisata-terbaik-di-samosir
https://qubicle.id
https://www.semedan.com/2016/08/menara-pandang-tele-menikmati-panorama-danau-toba-dari-ketinggian.html
http://sohibnature.blogspot.com/2014/09/mendaki-gunung-suci-pusuk-buhit.html
No comments:
Post a Comment