Thursday, August 23, 2018

Kembara Medan: Pagi di Lake Toba....(Part 5)

15 Dec 2017
Hari: 2
Hotel Carolina
 
Malam tadi tak sempat ambik gambaq dipersekitaran hotel ni, sebab dah gelap tak nampak apa. Badan dah penat, kiter pun tak rajin nak explore. Jadi pagi ni lepas solat subuh, kami berkira2 untuk turun ke bawah untuk jepret sunrise. Tapi malangnya cuaca agak cloudy, mentari malu2 bersembunyi di sebalik awan. Jadi kami bercadang mandi dulu dan kemudian baru turun siap2 bawa beg. Kena fikir banyak kali kalo nak turun naik 2,3 kali.....malam tadi naik dengan mengangkut beg pun dah semput, berhenti di tengah tangga, nak amik nafas....😝 Macam tua sangat bunyinya....😂 Ok lepas ni mari kita mendisiplinkan diri buat squat....💪💪

Ini dier tangga tu, ini baru separuh...
Yang ini bilik kami....comel tak? Agung punya bilik lagi tinggi dari ni. Nampak macam scary kan? alhamdulillah tak de angker sepanjang liburan kami di Medan 😂😅
Kami di tangga tinggi
Hotel Carolina terletak di Tuk-Tuk Siadong Resort. 30 minit perjalanan menaiki mobil dari jeti Simanindo. Kedudukannya yang agak strategik, di sudut atas bukit menjanjikan pemandangan terus ke Tasik Toba. Mempunyai kawasan berenang khas bagi penginap, dikelilingi taman2 yang cantik, memberi ketenangan kepada mereka yang ingin lari dari hiruk piruk kota. Rekabentuk semua bangunan di sini sangat unik iaitu bercirikan gaya rumah masyarakat Batak, penuh dengan seni ukiran tradisi. Menyediakan perkhidmatan sewa motosikal, basikal, kenu, ader kedai souvenir, ada cafe dan banyak lagi. Oh ya, air kat dalam bilik sangat sejuk, tapi ader water heater, tak de TV, kettle juga tak de tapi boleh minta air panas kat kaunter, nanti dier akan hantar. Dari dalam bilik kami tak de balkoni, tapi boleh buka tingkap untuk tengok suasana di luar. Ader juga perkhidmatan motorboat, tapi bayarannya tak tau berapa. Katanya boleh keliling pulau Samosir.

Cantik kan. Tapi kiter tak boleh ke sini walaupun masih dalam Carolina Hotel. Mungkin tempat khas bagi yang menginap di bilik yang agak mahal sikit.
Bangunan bercirikan gaya Batak
tempat berBBQ, tepi Lake Toba
yang ini rasanya agak mahal sikit bebanding bilik kami
penuh dengan ukiran tradisi Batak
Oh ya, semalam kiter citer pasal Tasik Toba kan? Jadi kali ni kiter citer tentang Pulau Samosir pula. Pulau Samosir adalah sebuah pulau vulkanik yng terletak di tengah Danau Toba, Sumatera Utara. Sebuah pulau dalam pulau dengan ketinggian 1,000 meter di atas permukaan laut menjadikan pulau ini sebagai sebuah pulau yang menarik perhatian para pelancong. Tuktuk adalah pusat tumpuan bagi pelancong di Pulau Samosir. Dari Parapat, Tuktuk boleh dihubungkan dengan menaiki feri. Selain menggunakan pengangkutan air, Pulau Samosir juga boleh dicapai menggunakan jalan raya iaitu melalui Pangururan, iaitu sebuah kawasam dimana Pulau Samosir dan Pulau Sumatra dihubungkan.
Di pulau ini terdapat juga dua tasik kecil, juga terkenal sebagai kawasan pelancongan iaitu Tasik Sidihoni dan Tasik Aek Natonang yang digelar "tasik di atas tasik".




Tasik Toba mempunyai panjang 100 km dengan lebar 30 km dan kedalaman mencecah 505 meter yang berada pada ketinggian 1,000 meter. Merupakan tasik terbesar di Indonesia dan tasik gunung berapi terbesar di dunia. Pulau Samosir sendiri mempunyai kawasan seluas 640 km2 dan merupakan pulau tasik kelima terbesar di dunia. Dulu pulau Samosir berada dalam satu daratan/ setanah dengan pulau Sumatera, hanya terpisah sedikit dalam bentuk parit kecil di Tasik Toba. Bahagian sempit Samosir terletak di Pangururan, lebarnya hanya sekitar 300 meter. Penduduk awal dulunya menyeret bot untuk bergerak ke seberang Danau Toba, dan bukannya mengelilingi Samosir. 
Semasa era pemerintahan Belanda, terusan sungai dibina untuk menyatukan kedua-dua belah TasikToba. Bot itu boleh lalu dari satu sisi Tasik Toba ke seberang tanpa Samosir. Dengan terbinanya terusan itu, maka Samosir terpisah dengan dataran Sumatra dan secara rasmi diiktiraf menjadi sebuah pulau. Kawasan pemotongan/ terusan Samosir dipanggil Tano Ponggol. Pada mulanya, kawasan Tono Ponggol dibina sebuah jambatan kayu, namun kini sudah dibina jambatan konkrit. Menurut buku-buku Budaya Batak, Tano Ponggol di "potong" Belanda dengan dua sebab iaitu yang pertama bertujuan untuk mempercepatkan pengangkutan air dan kedua bertujuan untuk memecah belahkan Bangsa Batak dahulu secara psikologi.
ehsan goggle
sekitar perkarangan Hotel Carolina
Tuan tanah di gerbang abadi, katanyer..........😝
Tak puas rasanya bersantai kat sini, lain kali kalo boleh nak duduk sini barang sehari dua, saja nak ambil angin tasik. Nak berenang rasanya aku tak berapa nak berani, walaupun aku boleh je berenang. Air yang tenang jangan di duga tak ada yang memerhati, tapi nak cuba naik motorboat tu....😘

Rujukan:
https://jefrihutagalung.wordpress.com/2014/02/16/sejarah-terbentuknya-pulau-samosir-dan-danau-toba-samosir-island-part-1/

1 comment:

Siti Yang Menaip said...

kawasan hotel sangat cantik dan boleh hilangkan stress.. tapi sedih plak x boleh pegi kawasan tertentu..

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...