14 Dec 2017
Air Terjun Sipiso-Piso
Air Terjun Sipiso-Piso
Akhirnya sampai juga kami ke Sipiso- piso, dimana terletaknya air terjun tertinggi di Indonesia.
Uhhh...lega rasanya dapat meluruskan pinggang. Air terjun Sipiso-piso, terletak di kawasan tanah tinggi, dikelilingi hutan pinus yang cantik dengan pokok tirus meninggi. Sekali dengar perkataan sipiso-piso tu, bunyi macam tagalog. Kan.. kalo tengok drama Filipina kat TV, bunyi macam banyak guna huruf "O". Rupanya ia berpunca dari perkataan "Pisau" atau dalam bahasa masyarakat Batak "Piso". Pisau? Yeeee...pisauu yang kiter guna untuk potong sayur kat dapo tu. Oleh sebab air terjun ni jatuh menjunam dari ketinggian 120 meter, maka ia diibaratkan seperti pisau yang tajam, menghiris batu2 yang berada di kaki bukit.
Di kawasan dataran Air Terjun Sipiso-Piso. Gambar bawah kelihatan pinggir Lake Toba yang cantik terbentang dibelakang kami . |
Yang cintakan alam semulajadi, harus ya kita berkunjung ke sini (tetiba slang Indo 😛), sebab Air terjun Sipiso-piso
yang terletak di Daerah Tongging, Sumatera Utara ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Untuk sampai ke bawah, dimana jatuhnya
percikan air terjun, beberapa rintangan harus kita tempuhi. Cehhh....rintangan 😁 Harus kuat dari segi fizikal dan mental, untuk menuruni 500 lebih anak tangga. Nak turun ya senang, macam dekat je kan.....30-40 minit lebih kurang kita akan sampai ke bawah, tapiiiiiii.....ya tapi, nak naik semula tu, masa dianggarkan 1 jam atau lebih untuk sampai ke atas semula. Yang kaki hiking, ini semua kacang aje la, tapi kalo aku, azabnyer subbahanallah.....tak sampai mendaki 10 anak tangga, aku dah pancit agaknyer... Tapi kat bawah tu memang cantik, sejuk, sunyi, bersatu dengan alam. Gerenti punya.
Kalo tak nak turun pun tak pe, sekadar jalan2 di kawasan dataran ni pun ok. Amik gambar, lepak2 makan pun ok. Aku dan Kak T, bercadang turun, separuh pun tak pe. Aku percaya bahawa pinggir Lake toba itu akan cantik dijepret dari pelbagai posisi.
Ini acara yang ditunggu-tunggu. Dah tengahari, meh makan. Kat sini ader beberapa buah gerai makan, tapi Agung ajak kami masuk kat gerai yang ni, mungkin sebab dier dah biasa dengan tuan gerai. Menu biasa2 je...boleh la untuk alas perut. Selamat menjamu selera Niena dan kawan2.....
Rujukan:
https://portalsains.org/2018/03/20/mencari-jejak-dampak-letusan-gunung-toba-terhadap-bumi/
Kalo tak nak turun pun tak pe, sekadar jalan2 di kawasan dataran ni pun ok. Amik gambar, lepak2 makan pun ok. Aku dan Kak T, bercadang turun, separuh pun tak pe. Aku percaya bahawa pinggir Lake toba itu akan cantik dijepret dari pelbagai posisi.
Kami turun sampai sini je. Kat gambar atas ni sebenarnyer ada kedai runcit yang jual minuman dan sedikit jajan. Kalo dahaga ble la berhenti kat sini untuk minum-minum. Kat sini juga ader disediakan tandas, so kalo rasa2 nak terkucil tengah jalan, jangan lari kat semak pula, karang tak ble balik, haaa....naya je. Jangan risau tandas sangat bersih sebab dijaga dan ada sedikit bayaran. Airnya pula sangat sejuk. Aku tanya kakak tuan kedai tu, depa guna air bukit, patut la sejuk je. Kawasan ni memang dibuka 24 jam tapi agak2, kalo dah gelap tak yah turun la bahaya nanti tergelincir, lagipun kalo malam nak tengok aper, melainkan nak dengar muzik rimba. Aku tak pasti pula kalo kat bawah sana dibolehkan pasang khemah dan bermalam, aku tak terfikir pula nak tanya si Agung.
Tanah subur dibahagian atas, dimana air sungai mengalir perlahan2 dan kemudian menjunam turun melewati tebing tinggi. |
Tumbuhan menghijau melatari tebing tinggi |
Ketika kami naik semula ke atas dan mengambil gambar, kebetulan sampai 1 rombongan bas dari Riau. Pakcik tu tegur, aku ingat dier sama kiter dr Malaysia. Rupanya dari Riau. Slang dier sama macam slang orang Banjar. Oh ya kat atas ni (dataran), ramai je yang jual souvenir. Tinggal nak beli atau tidak je. Satu lagi ader orang buat bisnes fotografi, dier akan terus cetak guna printer. Kalo rasa nak bantu bisnes depa ble je, walaupun kiter sendiri dah ada kamera. Depa guna dsrl juga. Tapi depa ni baik, tak paksa kiter, malah tolong amik kan gambaq lagi...."Mari buk, kita tolongin ambil gambarnya"..." Gak usah pak, kita ada kamera sendir"...."Ya iya buk, guna kamera ibu, saya tolongin aja, gak perlu dibayar bu"....."ohh ya? ooook Terimas ya pak"....begitu aku gigih mengimitasi slang depa. Aduh gawat, sampai ke KLCC aku "terindo" dengan bapak yang jual lens HP....😂
makan.... Amboiiii Flawlessnyer my face...😝 Padahal muke belengaih |
Rujukan:
https://portalsains.org/2018/03/20/mencari-jejak-dampak-letusan-gunung-toba-terhadap-bumi/
1 comment:
Seronoknya dapat tengok kehijau-hijauan bumi :D
Post a Comment