Friday, August 24, 2018

Kembara Medan: Explore Tomok (Muzium Batak)....(Part 6)


15 Dec 2017
Hari-2

Muzium Batak

Selesai bersarapan pagi di kedai makan malam tadi, kami mula bertolak menuju ke Muzium Rumah Tradisional Batak. 13 minit perjalanan dari Hotel Carolina. Kenapa sampai ader muzium Rumah Batak ni? Sebab.... Suku Batak merupakan salah satu kumpulan etnik terbesar di Indonesia. Perkataan "Batak" mewakili nama besar atau nama umum untuk beberapa kumpulan etnik yang hidup dan berasal dari kawasan tanah tingg di Wilayah Sumatera Utara. Kawasan pedalaman mereka terletak di sebelah barat Medan dan berpusat di Danau Toba. Batak adalah rumpun puak yang mendiami sebahagian besar Sumatera Utara, tapi ramai dikalangan masyarakat luar (aku sendiri pun mulanya beranggapan begitu), menganggap bahawa Perkataan Batak itu hanya mewakili suku Toba. Sebenarnya tidak, orang "Batak" terdiri daripada beberapa kumpulan etnik yang berbeza tetapi mempunyai bahasa, budaya dan adat yang serupa. Orang-orang Batak terdiri dari Batak Toba, Batak Karo, Batak Pak-Pak, Batak Simalungun, Batak Angkola dan Batak Mandailing. Walaupun mereka semua tergolong dalam suku "Batak", ada sesetengah daripada mereka yang tak suka dipanggil sebagai orang "Batak", cukup sekadar menamakan mereka sebagai Orang Karo, Orang Toba, Orang Mandailing dan lain-lain.


Dihadapan signboard Muzium Batak
Rumah Tradisi Batak
Struktur rekabentuk Muzium Rumah Tradisional Batak Samosir bercirikan seni bina Rumah Bolon, iaitu rumah tradisional Batak khusus untuk raja-raja dan keluarga mereka. Jika kiter perhatikan model rumah tradisional ni tidak mempunyai bilik dan jika ingin membuat bilik, ia hanya dibahagikan menggunakan ulos atau kain tirai. Apabila masuk ke Muzium Rumah Tradisional Batak, kita perlu membongkokkan badan (menunduk kepala), sebab ader palang, kalo ko tak tunduk, maka terhantuk la kepala kat palang tu. Itu secara fizikal yang kita nampak, maksud tersirat disebalik rekabentuk tangga tersebut adalah menunjukkan bahawa setiap tetamu harus menghormati tuan rumah. Apabila memanjat tangga pula, kita akan perasan, bilangan tangga adalah dalam angka ganjil. Ini disebabkan kepercayaan adat Batak bahawa angka ganjil adalah nombor bertuah.
Ukiran kayu yang dipamerkan di Rumah Tradisi Batak
Patung, topeng, dan hiasan dinding
Masuk je dalam Muzium Rumah Tradisional Batak Samosir ni, kita akan nampak sepasng patung lelaki dan perempuan dengan mangkuk diletakkan di atas kepalanya. Ini bermaksud bahawa apabila ada pasangan yang ingin berkahwin dengan adat, wajib mengikuti syarat. Syaratnya ialah pasangan ini dikehendaki menari dengan semangkuk air di atas kepalanya dan jika mangkuk itu jatuh, maka perkahwinan mereka akan dibatalkan. Jika mangkuk tersebut tidak jatuh apabila menari, ini  menunjukkan bahawa pasangan tersebut telah dewasa, matang fikirannya dan sudah bersedia menempuh alam berumahtangga.
Patung yang menjunjung mangkuk di atas kepala...
Ruang dan pekakas dapur
Periuk dan peralatan lain
Di sudut-sudut rumah terdapat hiasan Gajah dompak (mungkin peralatan senjata) bermotif muka binatang. Tujuannya adalah sebagai penolak bala. Manakala hiasan bermotif cicak dan kepala singa, membawa maksud untuk menolak bahaya seperti sihir. Hiasan ini ada yang berupa ukiran kemudian diwarnakan, ada juga yang berupa gambaran saja. Warna yang digunakan selalu hitam, putih dan merah. Bahan binaan rumah tradisi ni biasanya menggunakan kayu, manakala atap pula menggunakan zing. Dalam rumah tradisi ni, selain kita dapat menelusuri ruang rumah, kita juga berpeluang melihat ruang pameran objek kebudayaan serta peragaan adat istiadat dari lapan etnik Batak di Sumatera Utara. Benda-benda tersebut meliputi peralatan muzik tradisional, peralatan dapur, peralatan perang, pertanian, peralatan yang berhubungan dengan unsur mistik, semuanya bersifat tradisional. Manakala peragaan adat istiadat dan sejarah dilukiskan dalam bentuk diorama, beberapa pakaian pengantin dan pakaian adat dan sebagainya. 


Mereka menggayakan pakaian tradisi Batak. Bayaran adalah Rp. 10,000

Gambar di atas (bawah sebelah kanan), rakan2 ku memegang sebuah kayu Tunggal Panaluan. Tunggal Panaluan adalah sebuah kayu tongkat (tungkot) dengan ukuran panjang kira-kira 170 cm, dan biasanya dimiliki oleh Datu bolon (dukun besar). Tongkat Tunggal Panaluan ni merupakan salah satu hasil seni dari suku Batak yang sudah terkenal diseluruh dunia. Dikataan tongkat yang diukir dari kayu khas ini memiliki kesaktian. Masyarakat suku Batak yakin bahawa tongkat ini memiliki kekuatan ghaib, contohnya ia digunakan untuk meminta hujan, menahan hujan (manarang udan), menolak bala, wabak, mengubati penyakit, mencari dan menangkap pencuri, membantu dalam peperangan dan sebagainya.

Sebelum mereka dijajah oleh Hindia Timur Belanda, suku Batak mempunyai reputasi sebagai pahlawan-pahlawan yang garang yang kadangkala mengamalkan kanibalisme. Apabila datangnya penjajah Belanda, ramai di antara mereka telah memeluk agama Kristian. Masyarakat Batak terkenal dengan sifat kebapaan. Hasil kraf tangan Batak yang terkenal termasuk hasil tenunan, ukiran kayu, terutama sekali, ukiran batu-batu nisan. Upacara pengkebumian mereka diadakan secara besar-besaran dan kompleks. Contohnya, mereka mempunyai sebuah majlis di mana tulang-tulang nenek moyang mereka digali dan dikebumikan semula beberapa tahun setelah kematian dalam sebuah upacara yang dipanggil mangungkal holi. Kebanyakan orang Batak kini adalah penganut agama Kristian dengan sebahagian golongan minoriti Islam. Ajaran Kristian yang diikuti mereka adalah dari fahaman Lutheran yang diperkenalkan oleh mubaligh-mubaligh Jerman pada abad ke-19. Orang Batak bertutur dalam pelbagai bahasa yang berkait rapat, kesemuanya ahli keluarga bahasa Austronesia. 
Pssttt....masyarakat Batak Toba ni, nampak je rumah depa biasa2 je dan kebanyakannya bekerja sebagai petani, tapiii.....mereka cukup menitik beratkan aspek pendidikan anak-anak. Anak-anak akan dihantar belajar sampai keperingkat yang lebih tinggi jika boleh. Rumah mereka sengaja dibiarkan begitu supaya anak-anak tidak lupa asal usul apabila sudah terjebak dalam arus kemodenan....Salute!

Bersambung.....

Rujukan:
https://www.semedan.com/2016/06/museum-rumah-adat-batak-pulau-samosir.html
https://id.wikipedia.org/wiki/Suku_Batak 
http://adatbatakdavid.blogspot.com/2012/10/rumah-adat-batak-toba.html

1 comment:

Siti Yang Menaip said...

dulu ingat perkataan 'Batak' tu direka2 je masa zaman budak2. dah dewasa baru tahu sbenarnya wujud kaum ni..

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...