Andai ini Jalannya
Di kiri jalan berliku
Di kanan lautan nan biru
Di hadapan menanti takdir & waktu
Di Belakang kau akan melihat ku berdiri di sini sambil memandangmu dengan senyuman.
Wednesday, August 22, 2018
Kembara Medan: Bukit Indah Simarjarunjung (Part 3)
14 Dec 2017
Hari: 1
Bukit Indah Simarjarunjung (BIS)
Selesai Makan-makan, Agung mengajak kami beredar ke lokasi seterusnya iaitu ke Bukit Indah Simarjarunjung (BIS). Jarak perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit. BIS merupakan sebuah kawasan pelancongan hak persendirian yang diusahakan oleh Maruli Tua Sinaga, seorang warga tempatan. Menurut beliau kawasan ini sebenarnya dah wujud sejak 10 tahun yang lalu, namun sejak tahun 2017, kawasan ini menjadi terkenal dikalangan pelancong tempatan, mahupun luar kerana ada beberapa orang pengunjung tempatan yang pernah datang ke sini, amik gambar di pohon cinta dan kemudian upload ke instagram. Sejak itu makin ramai yang datang ke sini. Masuk adalah percuma kecuali kalo nak ambil gambar kat rumah pokok yang dibina barulah ada bayaran iaitu Rp. 5000 untuk seorang. Parking ada disediakan, nun atas sana dengan bayaran Rp. 10,000 untuk sebuah kereta. Kalo bas bayarannya adalah Rp. 20,000, tapi biasanya bas tak naik, sebab semput. Jadi yang naik bas tu kena jalan kaki naik atas. Penat juga la rasanya, tapi tak pe kat atas sana ader gerai2 jual makan dan minuman.
simpang masuk ke BIS. Yang ini kat bawah bukit, kena naik atas lagi...
Kalo nak bergambar kat semua pohon cinta ni ble bayar harga tiket pakej iaitu Rp 40,000 seorang. Lagi jimat, Cuma tunjuk je tiket ni nanti kat oarang yang jaga pohon cinta tu.
Papan tanda arah
hijau....
Wisata yang mirip kayak gini kita boleh tengok di Bandung pun ada, Jogja juga ada. Menurut Pak Maruli, beliau terinspirasi dan mendapat idea membina rumah pokok/ pohon cinta ni apabila melihatnya di Kalibiri, Jogja. Ya tapi pasti pengalamannya berbeza, lagi2 yang ini kita menghirup udara nyaman dari Tasik Toba. Pada pendapat aku BIS ni memang strategik tempatnya, dengan bentuk muka bumi yang berbukit, tambah lagi dengan latarbelakang Tasik toba. Pakej legkap! Memang teruja bila berada di atas pohon cinta ni, sebab kita boleh nampak pemandangan sekitar Tasik Toba, Pulau Samosir, Desa Tiga Ras, Bukit Barisan yang menghijau dan bebarapa pulau kecil di Pinggir Tasik Toba.
Kami yang teruja....😎
Kompilasi Kak T dalam sunflower bak pari2 cinta...😝
Campur Kak T dan Niena
Kami bertiga. Kesian Kak D, tak banyak gambar kak D bersama kami kat atas ni sebab kak D sedikit gayat nak naik.
Kalo nak datang sini, sebaiknya datang waktu pagi atau waktu petang. Di waktu pagi, selain dari suhunya masih nyaman, sejuk, wajah bagai disapu angin bayu Tasik Toba, kiter juga berpeluang melihat burung-burung imigran yang riang berterbangan dari Pulau Somosir. Manakala di kala petang, hamparan warna senja akan terbentang di dada langit. Pasti takkan terlupakan kenangan senja di BIS, katanyer....Dulu hanya ada 4 rumah pokok, sekarang dah banyak dibina dengan pelbagai bentuk dan saiz. Kebetulan ketika kami sampai, dah menginjak ke jam 2 petang, uhhhh....panas lit2 kat atas ni. Nasib baik ader angin sepoi2 manja, menampar pipiku, mampu juga la mengurangkan kepanasan. Jangan lupa bawa diadorant dan perfume ye, agak2 tak selesa ble la buh perfume...
Tak sabar nak g Somosir tu petang nanti....
Konon2 berani, padahal takut naik basial tu...
Buai laju2, sampai pohon sana
Nasib baik ader Kak D, kalo dier hulur hp je, kitorang pun menyelit sama...😂
Selain dari rumah pokok/ pohon cinta, ada juga disediakan flying fox. Bagi yang berminat bolehlah mencubanya, sangat sesuai bagi yang pertama kali mencuba sebab yang ini hanya berjarak 100 meter. Jadi kalo nak menjerit ketakutan, sekejap je orang boleh dengar suara kita 😝. Nak cuba flying fox ni, bayaran dier ialah Rp 30,000 untuk seorang dan sekali meluncur, kalo bayar sekali untuk 2 orang dapat diskaun Rp.10,000, jadi ko bayar cuma Rp. 50,000. Kat kawasan ni juga dibenarkan untuk memasang khemah untuk mereka yang inginkan cabaran digigit nyamuk berbumbungkan bintang2 dilangit, Bayarannya untuk sebuah khemah ialah Rp. 30,000. Khemah sila bawa sendiri ye, tuan tanah sediakan tapak je, khemah tak de.
Sebenarnyer ader banyak gambaq tapi, memory card my nikon buat hal, pastu hp kak D pula hang....terus kami redha aje la dengan gambar back up dari sony dan Hp.
Oleh sebab kualiti gambaq tak berapa nak ok, kiter kecikkan saiz gambaq.
Nampak tak jalan raya dlm gambar ni? itu la laluan yang akan kita gunakan untuk turun ke terminal feri menuju ke Samosir. Tak jauh sebenarnya dari atas ni. Cuma perlu menuruni bukit dan disepanjang perjalanan, di kiri kanan terdapat banyak rumah masyarakat tempatan kita dapat lihat di sini.
"Kita menjawab semua, pertanyaannn....." Terkejut aku dengaq Unggu panggil. Hp aku bunyi. Tengok2 watsapp si Agung. "Kakak, dah pukul 4 ni, dah siap ke? kita kena bergerak sekarang, nanti ketinggalan feri jam 5 pm". "Ok, sat...". Sebenarnya tak abis lagi nak bergambar sampai pohon cinta kat bawah sana, tapi Agung dah panggil. Aku target pohon cinta yang ader bulan tu sebenarnyer, tau tak kenapa? Sebab, nanti aku nak edit gambaq aku sedang mengail dari bulan tu....😂 Jadi kami pun bergerak balik. Kat sini ader rumah bertanda musolla, tapi rasanya belum dibuka untuk digunakan lagi sebab tak ada kawasan untuk ambil air sembahyang. Agung kata kita akan singgah ke masjid di bawah sana sebab tu dier minta kami bergerak jam 4. Ayuhh...kita pulang!
Masjid Al-Hikmah Tigaras. Kelihatan beberapa orang pekerja sedang
menambahbaik struktur bangunan masjid. Didalam ruangan masjid pula
kelihatan seorang ustaz mengajar anak2 bersolat. Mendamaikan....
Sebelum mengundur diri aku tambah lagi beberapa gambaq kat sarang burung....😝
No comments:
Post a Comment