Wednesday, May 23, 2018

Kembara Medan: Hello Medan... (Part 1)

14 Dec 2017
Hello Medan

Salam & Hi Warga Kota. Apa khabar hari ni? Sudah makan ke belum?? 😎 Tau.... sekarang sudah masuk Mei 2018. Aku baru nak buka cite 4 bulan lepas. 😜

Pagi yang ceria. Malam tadi cuba untuk tido lebih awal dari biasa sebab pagi ni kena bangun awal. Flight kami ke Medan jam 6.30 am (Waktu Malaysia). Jadi kena bangun dalam 2.45 am. Masing2 set alarm hp takut terlajak tido. Aku sampai dari Labuan semalam lagi 13hb. So Kak T kata nak amik hotel kat Tune, aku pun setuju je sbb share berdua ringan sket. Bangun tidoq, on hp, dapat wsapp dr. Kak D,  dr Agung juga, sbb sebelum tdo malam tadi ader wsapp dier, nak maklumkan yang flight kami jam 6 dr sini, kat sana nanti hp aku tak de line, cane nak cam dier. So dier pun hantar gambaq & katanyer akan tunggu kat luaq airport. Aku ingat dier tulis nama atas kertas, macam biasa tour guide lain buat. Hehheheh....punya la lurus seperti pembaris! Dier kata "antar pic group kak, biaq senang untuk saya kenal". Kak T tak Check in lagi. Jadi kena awal. Rupanyer kaunter AA 3.30 am tu tak buka lagi, nak drop luggage. Sempat lagi Kak D sampai baru la kaunter buka, tu pun dah jam 4. Kami yang datang terlalu awal atau memang depa buka sedikit lambat?? 😕

Trip Medan ni, kami ber-3 je. Aku, Kak T & Kak D. Kak T, memang dah kenal lama. Seingat aku, trip Jogja mula kami berkenalan. Lepas tu ader beberapa kali, kami mengembara bersama. Biasanyer pegi ramai2, tapi kali ni aku tak dapat join geng lain sebab aku nak melancong ke Brunei. 😜 Ceh melancong la sangat, orang Sabah Sarawak nak g Brunei tu perkara biasa. Pegi sebelah aje. Tarikh tak ngam, anak sedara kawen. Memang aku bercadang untuk g KL cuti ni selepas majlis, tapi kalo ble diteruskan lagi cuti ke negara jiran pun best juga. So aku pun promosi dalam group WA sape nak g. Tak de respond ye. Andu ba, Kesian. Biasanyer memang geng travel ni dah set lokasi seawal januari lagi untuk bercuti hujung tahun. Jadi kalo ader mini trip nak menyelit di mana2 memang tak laku la kiranyer. Tapi sebenarnyer aku memang dah usha2 iti Medan sekali dengan Tour Guide sejak Ogos lagi. Nampak menarik. Akhirnyer Kak T respond, Kak T kata, lepas g umrah dier nak juga pergi ke satu destinasi lain. Tu yang tanya Kak D dier pun ok. Sebenarnyer nak cari kalo ble 4 orang untuk mengurangkan bajet, tapi dah tak de siapa yang nak p. Ok 3 orang pun jadi. 💪 💪💪Ok ya lupa nak habaq, Kak D ni kawan satu sekolah sama2 ngajaq dulu kat SMKL, tapi la ni dier dah pindah ke Semenanjung. So Kak D, jom....

Ehhh...panjang pula sembang. Sorry......saje je nak memanjangkan mukadimah Part 1 ni. 😜😜

Subuh di KLIA2
Dipendekkan cerita, tengah sedap aku menjamu selera sarapan pagi nasi lemak Pak Nasir, tetiba Pak Pilot umumkan, kejap lagi nak landing. Glupp....rasa macam tak cukup lati makanan yang ku kunyah terus tertelan, dan tanpa banyak bicara aku bungkus makanan dan bagi pada minah pramugari yang kebetulan melintas nak kutip sampah. Sempat pula berfikir, dekatnyer Medan...1 jam dah sampai. Ini namanyer tak cukup menyelidik. Kalo tau dari awal, tak de nyer aku nak beli makanan kat dalam flight. Selesai saja urusan imigresen, kami pun keluar sambil mencari-cari Agung. Tiba di luar akhirnya kami nampak orang yang bertopi biru. Dia senyum. Oh, OK dier la ni orangnya. Sangat muda, baya2 adik la,  agak2 umur dalam pertengahan 20-an.
kawan I ni kaki selfie jadi kitorang pun menyelit je kalo dier huluq hp....😛
Kami keluar dari bangunan balai ketibaan
Bersama Agung yang comel..
Dah jumpa tu, kami pun meneruskan perjalanan. Mulanya Agung nak ajak g sarapan dulu, tapi sebab kiter dah melantak kat flight tadi (walaupon tak habis makan), so kita tolak. Tolak okey, gigih ko menolak rezeki. Kalo ikut itineraray, hari ni kiter akan terus ke Sipiso-Piso. Perjalanan mengambil masa 3 jam 35 minit dengan jarak 131 KM. Ini jika dilihat dari goggle map, tapi rasanya perjalanan mengambil masa yang agak lama lagi dari jangkaan atas faktor macet. Sebelum sampai ke Sipiso-Piso tu ader juga beberapa kali singgah. Pegi toilet, pegi beli simkad, Beli air mineral, beli minyak, beli roti...katanya Agung lapar. Aduhai kesian adik ni.... Rupanyer dier belum amik sarapan dr pagi.... Ok kita bagi peluang dia makan roti dulu....:)

Bersambung.....

Creadit 📷 by: KD,KT

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...