Sunday, February 12, 2012

Sandi Macam Saya

Aku memang salute la pada insan2 yang dilahirkan dengan jiwa, minda yang kreatif. kreatif n ada mesej postitif dalam karya drg. Ye la bukan sume orang yang boleh n ada/ memiliki/ dikurniakan bakat sebegini.

Aku salu dok tengok/perati lukisan2 orang. Contohnye macam Latif Maulana. (Sekadar mengambil satu contoh). Uhhh...lukisan dier tu, sebijik macam gambar betul yg diambi dgn menggunakan kamera. Realistik habis........aku memang tak boleh buat macam yang dier buat. uhhh......Penulis2 lagu, Pencipta puisi, penuis skrip semua nya hebat belaka.

Tapi tang ni aku tak faham. Lagu Tubik Masuk. Aku bukan la pencinta lagu2 irama dangdut....Tapi lirik lagu yang sedikit pelik, bak kata penulis blog Mynewshub: Syahril A. Kadir.



Tubik Masuk Lagu Dangdut Lucah?
Wani, Pelantun lagu Tubik Masuk
Gambaq hok kecik dah la, tok sah bg besaq gedabak.

Tajuk lagu: Tubik Masuk. Dicipta menggunakan loghat Kelantan. Lebih kurang maksudnyer macam Keluar Masuk lah. Yang menariknyer sehingga kini lebih 100,000 orang telah menontonnya di Youtube. Lirik nyer memang bersifat lucah jika kita amati. Mula tu tak nampak mana yang lucahnyer. Ingatkan tariannyer. Cuba la dengaq kan....Sekaliiii, na amik ko...

Ok ni sedikit lirik lagunyer...


Suk suk tubik masuk
Masuk lagi aarrghhhh!!! tubik lagi
Jak jak jak memey sedap
Lamo lamo ah ah ah kohok sedap
dipegey-pegey disedut-sedut

Lagu ini sebenarnyer berciter pasal ‘nikmatnya’ bila menghisap rokok.

Ni serba sedikit, latarbelakang si penyanyi Tubik Masuk.

Harian Metro 17 September 2011 ada menyiarkan berita tentang Wani, seorang penyanyi dikir barat moden sensasi Kelantan yang menampilkan imej seksi dan goyangan-goyangan dangdut.

” Saya bukan perosak dikir barat Kelantan, ” kata Wani (Azmahirwani Nordin, 21) yang buat pertama kali ‘membuka mulut’ berhubung pelbagai cemuhan dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

Wani mengakui banyak menerima kritikan yang mengatakan dia artis murahan dan mencari publisiti dengan imej seksi.

Dia dikatakan mencemar seni dikir barat Kelantan gara-gara lagu yang dinyanyikan dan penampilannya.

” Saya tidak berniat untuk mencemarkan nama baik dikir barat di negeri ini. Mungkin ada yang salah faham bahawa dikir moden tiada kaitan dengan dikir barat asli kerana dikir moden lebih kepada nyanyian versi loghat Kelantan yang disadur dengan pelbagai irama seperti pop.

” Mengenai imej seksi, saya mohon maaf andai penampilan saya itu keterlaluan,” katanya.

Berbalik pada lagu Tubik Masuk tu, apa-apa ajalah, sama ada ia berbaur lucah, atau menghisap rokok, bagi penulis ia tetap TAK KENA LANGSUNG! Yupp memag tak kena. Buat lirik kena pandang kiri kanan. Meh la dengo lagu Tubik Masuk...


Cane?? Suka Tak?

** Bangga dengan lagu Anak kampung nanyian anak jati Sabah yang penuh mesej dan pengajaran.





*** Kreadit to MynewsHub.


No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...