Tuesday, February 7, 2012

Kurus Keremping

Ishhhh........Kurus + Kerempeng??? Lawa ker???? aku kadang heran apsal la org kemaruk nak kurus sangat, sangat, sangat kurus....Tak lawa okey......Kurus sket dah la. Muka tembam tu lagi comel n cute ok.....:)


Ni aku tebaca kat MyNewshub, pasal model Eropah Spangenberg,  paling kerempeng, saiz pinggang 20 inci, katanyer.  Perghhhh...kerengga pon kalah. aper lagi biola! Tapi dier sendiri tak suka tau, malah cuba berusaha seupaya daya untuk jd gemuk, tapi malangnyer tak berhasil. Sama seperti wanita2 yg dok diet2 nak kurus tak jugak kurus. Kakak aku la antaranyer. hehheh......


Nampak Janggal la pulak tgk pinggang kecik gilerr


Spangenberg ni punya tinggi 170cm tp beratnyer hanya 38 kilogram!! perghhh...cane dier jalan ek? ader macam ranggka bejalan tak? Meh kiter skodeng usaha dier nak menggemukkan diri.

Menurutnya, dia makan tiga kali sehari termasuk makanan berlemak seperti kerepek, pizza dan kebab.


“ Nampaknya tidak seorang pun yang percaya, tapi setiap hari saya makan tiga kali sehari…coklat dan kerepek sepanjang waktu.

” Mungkin saya hanya memiliki perut yang kecil kerana jika makan terlalu banyak saya akan merasa sakit,” katanya kepada akhbar The Sun.

Laaa...patut la berat ko tak naik beb. Makan kerepek, pizza, kebab..Cua ko makan nasi 3 kali sari. emmm.......payah jumpa nasik ek? Meh sini meh, tak yah sesusah cari tempat, datang mesia. Duk sini 3 bulan. Tgk boleh dak nyer berat ko naik.

Masa lahir, berat Spangenberg adalah normal ok tp dah naik remaja dier mula rasa kekurusan mula menghantui dirinyer. Tu mungkin rasa nak jd model kuat sangat sampaikan makanan depan mata pun tak lalu.

“ Di Romania adalah lebih baik sekiranya anda gemuk dan mempunyai berat badan yang berlebihan, kerana itu bererti anda berasal dari keluarga kaya,” jelasnya.


Okey, "Gemuk adalah simbol kekayaan". hehhehh.....dengar tu. Meh tgk gambo2 si Spangenberg.

Aku syak dier ni ader Anorexia, kekurusan melampau. 2-3 tahun akan datang akan dapat sakit kaki sbb ketinggian tak imbang ngan berat. Giler 38kg vs 170. aku lagi berat dr dier...uhhhh........ngeri.


Kepada kiter semua, bersyukur la dengan tubuh badan kiter seadanya. Yang tak punya masaalah, jangan menambah masalah. yg gemuk melamppau, kuruskan sket. Yang kurus melegkeng, gemukkan sket. Yang sederhana kurus.....jaga kesihatan, jgn nak sibuk2 gak nak lagi,lagi,lagi kurus.....


Sekian.

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...