Sunday, February 19, 2012

Makhluk Halus Yang Di Makan Tanpa Di Sedari

Dalam kehidupan kiter seharian, kiter tak perasan (@ perasan tapi kadang lupa @buat2 lupa) yang kiter ni terdedah dengan kekotoran yang di dalamnya sarat dengan bakteria yang kiter tak nampak dengan mata kasar. Pagi2 kiter sapu lantai, dah siap sapu, nampak bersih jer kan. kacang jatuh kat lantai pun amik balik....hehheh...sayang kononnyer. padahal jatuh jer. sang bakteria dah naik ke kacang yang kiter suap dalam mulut.

Baik lah mari kiter skodeng rupa/ wajah bakteria yang kiter dok makan tiap hari.


1. Bakteria @ Kutu Debu


Bakteria ni suka hidup kat sofa, tilam, toto @ yang sewaktu dengannyer. tempat yang lembut2 tu dier suka pegi. Kalo kiter boleh nampak, memang membunuh kutu ni jer la keje kiter. Oleh itu, kalo ada masa terluang rajin2 kan lah diri kiter menjemur tilah, toto di bawah matahari yang terik agar si kutu debu ni mati. Atau buka tingkap bilik agar cahaya matahari masuk ke bilik n secara tak langsung tilam kiter terjemur.

2. Bakteria di bulu kucing dan anjing

Macam burung aku tengok. Kepada pembikin filem kartun atau komik, kalo tak der idea nak buat baju besi @ watak kartun, yang ni boleh amik.

Yang ni pula biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Hati2 kepada mereka yang suka kucing lepak atas katil, terutama kepada Cik Jah, Izwan Azir, Norif :) Gambar ni merupakan hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan makhluk-makhluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali. Perghhh HEBAT!! Tang kamera dier...... bukan bakteria ni yang hebat. Maka selalu la cuci tangan selepas memegang kucing.

3. Bakteria di dalam roti


Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Cuba bayangkan, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Classic white yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Oleh itu, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.

4. Larva lalat hijau


Ok, tengok taring dier. tajam oooo.....

Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). Bayangkan bagaimana makhluk ini masuk ke dalam mulut kita? Eiiiii......GELIIIIIII!!!!!!

Bila tengok semua ni, geli tu memeng geli. Tapi teringat watak2 kartun yang pelik2 dalam TV kan. Mungkin dorang dapat idea dari makhluk halus ni tak??

***Sumber: Wootmedia

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...