Thursday, September 12, 2013

Cerita Chentha

**Update
http://www.latitudvslongitud.blogspot.com/2013/05/selamat-hari-guru.html

heheheh....rasa ringan hati sangat malam ni nak sambung entry ni. sbb aper tau...sbb terkenang (kononnyer...hahhahah) pasal ex-boipewen katenyer.....tetiba mlm ni tegerak hati nak tgk2 perkembangan diri member kiter tu :). sbb ari tu dpt msg dr si dia. tanya pasal fb kiter. pastu katanyer nanti dier add kat fb. wah...kalo gitu mmg dier ader akaun fb kan tp mungkin tak aktif.....oooooookkkkkkk!

cemana nak tgk ek? so aku pg kat fb office dier n dgn gigihnyer mcari friendlist. pasti dier ader di situ......ahernyer aku jumpa.....yeaaaaahhhhhhhh!!!!! Betul la kater org, kalo nak tgk rahsia org ble skodeng fb dier. kalo dier cuai sket jumpa la. tapi kalo tak, sah dier teliti org. nyer......wahaaaaaa.....hebat!

ader beberapa pic yg aku tertarik. emmm......dannnnnn supriseeeeeeeeeeee....aku jumpa 1 pic keluarga bahagia si dia! hahahhahah.....Terkejut? emm......tak juga tp sket. Sedih?? Ohhhh...LANGSUNG TIDAK! Tetiba cerita "chentha" selama setahun tu datang balik kat layar minda. Chenta la sangat kan....Mmg pic tu 99.9% aku yakin keluarga bahagia dier. seorg isteri n 3 org anak. semua dah besar. pastu dikuatkan lagi dgn komen kat pic tu: "..............masa kami sekeluarga ke...TUTTTTTTTT". tempat ader lah dirahsiakan..:) takpe la kiter citer. cite ni citer lama. jadi? kenangan je la....:D. Chenta ke?? aku rasa macam aku tak istihar lagi yg aku terima dia jadi bf. ader beberapa kali jumpa, tapi biasanya dier bawa pg tgk drg main takraw....pertandingan. org sukan la katakan. kdg keluar makan. hati aku ni kebal, payah sket nak terima org. kawan juga tp sentiasa curiga. Curigaku ada dimana2...hehehheh

cemana aku ble tak tau dier dah kawen?? emm....sbb masa mula2 kenal tu aku cakap " kiter tak dibenarkan untuk bertanya pasal diri masing2"....sangat bahaya perjanjian yg aku letak tu...hahhahah! lol betul. kdg2 ader jugak dier tanya "dah ader bf?" terus aku cakap....."ingat? " kiter tak dibenarkan untuk bertanya pasal diri masing2". hingga la akhirnyer nak sampai ke penghujung tahun (sbb kami kawan tak sampai pun setahun), hubungan tu macam dah nak retak menanti belah, aku dah mula cakap pasal "my tunang". konon....hehheh. Tapi kadang2 maser dier call, ader jugak aku tanya "berapa org wife kat rumah"? entah aku tak ingat dia jawab aper.

teringat dulu masa mula2 kenal. barangkali dier tengah mabuk chenta kat aku. sanggup tuh.....pernah dier buat, ari ahad masuk hutan (office dier dalam hutan..:D), arie khamis dah tepacak depan rumah aku. Rabu tu dier call kata nak turun bandar. aku xcaya la mulanya, kan esok tu khamis. ko tak keje ke....suka2 je kelua? sekliiiiii......haaaaa.....tetiba hp bunyi "saya ader kat depan rumah awak". tak giler. emm.....pastu dier bermalam dbandar, sampai ahad baru masuk hutan balik. ader juga aku tanya kenapa buat gitu. katernyer.."saya mmg berani mati"! cewah....konon la. Ehhhh!! tolong ye. bukan tdo umah aku tau. aku dok asrama dulu, dier tdo umah sedara, ke kwn dier, ke hotel aku pun tak tau...ker dalam kete je??? hehheh...kesiankan.

dalam tempoh setahun tu, ader juga kdg2 jumpa kwn2 dier. tp apsal drg tak ckp ke, tak bg hint kat aku eh? ke lelaki sama2 lelaki mmg gitu, tak bzbody?? uhh....................aku bersyukur sangat. alhamdulillah. dier tunjuk perangai sket2 yg aku tak berkenan. Yg membuatkan aku nekad menjauhkan diri. alasan aku, saya dah ada tunang n akan berkahwin. Nasib baik aku berjaya menjauhkan diri. Kalo la kan aku terjatuh cinta pulak kat dier. aduhhh kesiannyer kat isteri n anak2 dier. aku terfikir aper agaknyer alasan dier bg kat isteri masa dier salu turun k bandar jumpa aku?? emm....giler!

Berhati2 sebelum terjebak dengan cinta khayalan. Maaf saje la, aku nak kongsi2 ni tak minat. bukan nak riak, nak menyombong ker aper. kalo kawen ngan org kaya tak pe la juga. duduk goyang kaki tak yah keje. takut nanti ko pula yg terpaksa menanggung dier anak beranak. bak kata kak enai bukan nak menentang poligami. kalo si dia cinta mati kat kiter pun, kalo kiter tak terima cintanya. perkahwinan tu tak kan terjadi n ko sanggup nak meluka kan hati si isteri 1? esok2 org buat kat ko, sanggup??Aku Tak...Penipu Tegar ada dimana2....sila berhati2.

* Pesanan untuk si dia.. (Kot le 1 ari ko jumpe blog aku ni kan)
Setia la pada keluarga yang sentiasa menyokong kerjaya, yg sentiasa sanggup bersusah senang dari awal hingga ke akhir hayat awak. Tumpukan perhatian, kasih sayang pada anak2 awak yg sedang membesar. jangan biarkan mereka memandang negatif pada awak. Mereka aset berharga yg tak boleh dijual beli. Jangan lupa tengok Poket, kalo rasa2 tak cukup, tak payah nak mencari lain....Ok.

From:
Me...(Cewah...hehehhe)


Tuesday, September 10, 2013

Hutang

Emm.......nak cakap pasal hutang, semua orang pun ader hutang. kecuali mungkin org kaya kot takder hutang. aku pun termasuk kategori org berhutang. hutang dengan bank, dgn ptptn....kad kredit aku tak der, alhamdulillah..itu normal. Biasa bagi org kebanyakan. kalo tak berhutang. barangkali sampai skg aku belum mampu beli kete sbb terpaksa kumpul duit bertahun2 utk cukupkan duit cash beli kete...dah adat berhutang, kena la bayar ikut aturan kan. kalo tak, merasa la bebanan hutang yg menimbun...esok2 kete kena tarik....lama2 nama dah blacklist, bank dah tak mo bg pinjam sbb rekod buruk. itu kalo kita pinjam kat bank....kalo kita pinjam sket, cane tu???

aku bukan nak memburukkan sesiapa. aku takkan sebut namanyer sape. aku cuma nak kenalkan dier sebagai jiran. aku duduk kat sini baru masuk 1 tahun lebih. abih tahun ni kira 2 tahun. aku bukan jenis org yg suka pg bertandang ke rumah org, berbual kosong, minum2.....bukan sombong. kat kg pun aku gitu. lebih suka duduk rumah tgk tv, kemas2 rumah. pg juga umh sepupu, tp sekjap....nak berlama2 mmg aku tak selesa. sikap tu terbawa2 sampai aku menyewa kt sini. Dengan jiran2 aku mmg tak rapat. ader la bertegur sapa tp tidak melepak2.

dipendekkan cite. ntah cemana jiran sebelah rumah aku ni tiba2 jadi merapatkan diri ngan aku. emm....yg aku perasan mula tahun ni. bulan 6 ari tu, maser latihan sukan.

1.
Dier nak berkirim reload RM10. maxis. aku dah bagitau aku tak ke bandar cuma ke kompleks sukan. nanti aku singgah kedai runcit tolong belikan. kalo kedai runcit jual RM10.50 ye. aku ingatkan dier nak berkirim ni, dier bagi duit...rupanya...."cikgu pakai duit cikgu dula ya, nanti saya bayar". Sebenarnya itu kira kali pertama kami berbual gitu. jadi aku ingat perkataan "nanti" tu, bila aku serah reload dia akan hulur RM10. Tapi, setelah aku serahkan reload tu....."terima kasih ya, nanti petang saya bayar". tunggu punya tunggu......ari khamis baru dier bayar. "sorry cikgu, LUPA saya mo membayar". aku tengok dier hulur RM10. aku malas nak cakap lebihan 50 sen tu. kalo aku cakap kang bekira sangat la pulak.

2.
Jiran: "Cikgu, minta tolong masukkan duit saya ni ke bank adik saya. maklum la menolong adik belajar". duitnya RM1000. kalo bole cepat ya".aku: kak ble sy tolong tp lambat sket la. Jiran: lambat macamana? aku: petang balik sekolah. sebab jadual saya penuh hari ni nda ble keluar. Jiran: bah kalo ble cepat..tlg masg segera kalo cikgu sdh bankin.

**aku rasa macam kena paksa. mungkin si jiran ni salu tgk aku tiap hari balik antar anak sedara balik rumah. dier ingat aku ble kuar suka ati. dier tak tau, aku keluar tu, aku amik masa 40 minit pg-balik. dah settle semua aku pun msg yg aku dah masukkan duit n nanti balik aku bagi resit.

Jiran: cikgu, nanti resit nda payah bagi. buang saja. aku pecayakan cikgu.

** takut laki dier tau ke? takkan itu pun jadi rahsia. nak bagi duit utk adik sendiri bukan guna duit laki dier.....jiran aku ni surirumah tp jaga anak jiran 2 org. kira dapat la 500. 250 sorg. aku tau sbb, dulu laki dier penah cite kat abg ipar aku.

3.
Julai lalu kalo tak silap.
Jiran: cikgu ada internet? aku ni kan  beli tiket kapal terbang. tapi nda pernah beli. ble cikgu TOLONG belikan. mama kakak sakit kuat di KL. sakit buah pinggang. kakak, kakak d gombak sdh cal, kalo ble berkumpul.

aku: kakak mo apa mas ka air asia?

jiran: kalo bole mas la......(belagak tak?)

**aku pun pg cari tiket mas. mahal. dah la untuk ber2 dgn anak dier. mau 1800. cari pulak tiket air asia. ble la murah dalam 800 lebih pg balik utk 2 org. mmg betul la kot dier tak penah pg kl. Berlagak. dier ingat tiket flight sama cam tiket bas/feri. dah dapat sume arga tiket aku pun pg bagi kat dier.

jiran: mahal jua a

aku: mmg ni kak, kalo kan murah....2,3 bulan lg kan jalan mesti bali sudah.

Jiran: ble ka cgu tolong belikan pakai kad kredit.....(aku dah rasa lain macam)

aku: aku nada kad kredit kak

Jiran: kawan2 cgu? nanti aku bayar saja sama cikgu.....(sial tak perkataan dier tu)

aku: kawan2 pun nada kak. kami selalu beli arah agen. ble jua kita bali sana tapi ada charge la.

jiran: bah nanti cikgu tolong belikan a.

** tak lama lepas tu, dier datang. bagi duit RM200. katanyer tolong la cikgu. ini saja yg ada. ble cikgu tambah dulu. aku macam......ape ni??? dier siap urut2 belakang aku....tolong la cigu. malas kakak minta duit dgn laki kakak sbb ia tu bising nda menyuruh bejalan. tapi kakak ni mo juga tgk mama kakak tu. aku ni pun ntah kenapa kesian ke aper. terus setuju nak bagi pinjam duit beli tiket tu......maser aku nak gi sekolah, dier datang balik....cikgu bole ka aku minjam cgu rm1000? sbb mo jalan jauh ni kan perlu duit. aku: minta maaf la kak, aku mmg teda duit sdh kalo sebanyak tu, ini lagi kakak minta tlg bayar tiket. Jiran: kalo begitu kakak minta balik yg rm200 tu. aku: kalo kakak minta balik duit rm200 tu, aku teda duit mo tambah sudah. Jiran: ndapa la.....cikgu, nanti jalan la cerita2 sama makcik (tuan rumah), dier tu lain, nanti la kakak cite. ( sempat pula......malu la tu)

**anak dier tak jadi pegi. katanyer dier pg KL jumaat. balik sabtu depannyer lagi. aku sendiri yg belikan tiket n aku tau tarikh tu Confirm. jumlah sume RM578. so dier ader hutang kat aku RM378... aku tak tau samada betul ke tidak yg dier pg KL. yg aku sangat heran. hari selasa dier dah ada kat rumah. so tiket tu????? burn? atau mmg dier tak jadi pg KL sbb tak der duit?

** Betul2 aku heran. aku malas nak bertanya. menyibuk hal org. yg aku tau ko kena bayar RM378. Bodoh kan. Itu KL la. kalo setakat duit RM200. aku tak pg kl. duit RM200. ntah2 hanya lepas duit teksi. kalo ader kakak dier amik kat LCCT....ble lagi. kalo dulu zaman belajar tu lain citer. duit dalam tangan RM300 aku ble sampai Tj. Malim naik bas. Tapi skg zaman aku dh keje......aku tak kan pegi KL hanya dgn duit RM200. betul juga laki dier tak benarkan pegi sbb takde duit.

**sekarang dah masuk bulan 9. duit tu tak dibayar lagi. hari ni tiba2 call nak pinjam duit RM50. Ko ingat aku bodoh ke nak pecaya. bukan main lembut lagi berkata2 tadi. kakak ni ada masalah kewangan, kakak tau kakak ada pinjam duit blum bayar sama cikgu tp kalo ble mo pinjam duit ckgu RM50. susu aiman habis sudah. kakak nda tau lagi mo pinjam di mana. aku tak kan bagi pinjam lagi. aku: kak, kalo kakak mo pinjam duit aku mmg ndada duit. ari ni pun aku mo guna duit bayar insuran n roadtax. Jiran: ooo....cemana la ni. nanti duitmu tu nanti kakak bayar. aku: kak, kalo ble sebelum cuti bulan 11. sebab aku mo jalan ni. jiran: bah, BERAPA TU KAKAK PINJAM?

**nampak tak? ble dier lupa berapa dier pinjam. adat berhutang....ko tulis la hutang ko berapa. jangan sampai lupa. ni gerenti lama lagi nak dibayar. ntah2 lupa terus. kalo macam ni, org pun dah tak pecaya. nak tolong pun fikir banyak kali. awal bulan nov nanti kalo tak bayar juga aku msg balik. benci la. ini la yg aku tak hingin nak rapat2 ngan jiran. suka sangat ambil kesempatan. Benci......





Monday, September 9, 2013

Semangat Merdeka

Assalamualaikum n Salam Sejahtera...:)
Minggu yang sibuk untuk aku juga rakan2 yg terlibat dalam menyiapkan beberapa tugasan masing2 untuk penilaian pertandingan sekolah paling semangat menyambut kemerdekaan..........peringkat kebangsaan yer. Eh! Tajuknyer bukan itu...tp maksudnyer lebih kurang..:) 

Aku ditugaskan buat logo..tiru je. tp seminggu juga la nak buat. sebab aper seminggu? sbb benda tu besar tak ble bawa balik umah. sampaikan aku terpaksa overtime ari jumaat malam nak siapkan logo tu. punyer la......dah la ujan lebat. nasib baik dah nak balik tu ujan reda sket. aku katakan sibuk sbb.....asal free takde kls je aku terus g naik studio. Macam aku kepenatan....hehheheh. Sabtu datang balik jam 730am aku dh terpacak kat sekolah. bukan aper, mlm jumaat aku main tinggal je playwood tu atas meja. kalo lambat nanti budk kacau plk. lepak 1 ari kat sekolah, dgn muka berminyak2...balik jam 430pm.......ahhhhh......penat!

Meh tengok foto beberapa tugasan guru n pelajar......

ini lah bendanyer yg aku dok buat seminggu yg lalu...
anak2 sedang menaikkan logo atas pokok


Lagi 








** akan di update dar semasa ke semasa

Kalo menang RM10000 uuuuuuuuu................
ok itu je. bye...



Friday, August 30, 2013

Selamat Hari Merdeka......


Buat semua warga Malaysia. Ingatlah betapa pentingnya harga sebuah kemerdekaan & keamanan negara. Membina negara bukan semudah membaca ABC....Banyak onak, duri, perlu ditempuhi. Banyak darah yang terpaksa dikorbankan.
Tadi, dok selongkar puisi merdeka, jumpa pla puisi santai dari PERODUA. Aku share kat sini untuk semua warga Malaysia....:)

*Kreadit: copy paste from azmnor-santai.blogspot.com....tq


PENGHORMATAN BUAT SETIAP WARGA MALAYSIA.


BUAT MEREKA YANG SUKA ROTI CANAI CICAH SUSU PEKAT
YANG BILA RAYA DI LUAR NEGERI TERINGATKAN KETUPAT
JUGA MEREKA YANG SELESA TIDUR BERKAIN PELEKAT

BUAT MEREKA YANG BOLEH MENGUASAI LEBIH DUA BAHASA
YANG BERKUNJUNG KE BAZAR RAMADHAN DI BULAN PUASA
JUGA MEREKA YANG MAIN CONGKAK BERSAMA

BUAT MEREKA YANG TAK KENYANG KALAU TAK MAKAN NASI
YANG KALAU DI KAMPUNG SUKA SEKALI MANDI AIR PERIGI
JUGA MEREKA YANG KERAP BERULANG-ALIK MENAIKI FERI

BUAT MEREKA YANG SERING BERTANYA AWAK DAH MAKAN?
YANG BILA BERTEMU MEMBERI SALAM MENGHULUR TANGAN
JUGA MEREKA YANG PERAMAH WALAU BARU BERKENALAN

BUAT MEREKA YANG SETIA MENYOKONG PAASUKAN NEGARA
YANG SUKAKAN BUAH DURIAN, LANGSAT DAN BIDARA
JUGA MEREKA YANG MENGHARGAI KEINDAHAN ALAMNYA

BUAT MEREKA YANG BERKORBAN UNTUK MERDEKA
YANG MERINTIS KEBEBASAN KETIKA SEAWAL MALAYA
JUGA MEREKA YANG BANGSA BERGELAR WARGA MALAYSIA

BUAT MEREKA YANG CINTAKAN BUMI BERTUAH INI
YANG DI SEMENANJUNG, SABAH DAN SERAWAK SEKALI
JUGA SEMUA WARGA MALAYSIA
KERANA ANDA KEUTAMAAN KAMI

~ PERODUA~ building Cars Peolple First.


Untuk menghangatkan lagi semangat merdeka, aku tinggalkan lagu ni untuk kite hayati bersama.....
Jom layan.....



SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KALI KE 56
31 OGOS 2013

MERDEKA!
MERDEKA! 
MERDEKA!

Monday, July 29, 2013

HENING INI BENDANG



Original Photo By: Rosdi Li
Facebook

HENING INI BENDANG

aku berdiri antara padi bendang
sunyi aku 
tiada berteman
kawan ku jauh di pergunungan
tapi akulah 
si pohon rendang
ranting ku lebat
hinggap burung bersiul-siul
angin pupuk padi menguning
petani girang

YATIM AHMAD
putatan


Saturday, July 27, 2013

China_Mei 2013: (3) Ghuangzhou Kami Datang.......:)

30 Mei 2013

Assalamualaikum n Salam Sejahtera.......:)

Semalam dah plan untuk bergerak dalam jam 11.30 pg ke Luohu, nampak awal sangat tp takpe la....biar kiter tunggu train jangan ditinggal train sudah.....haruuuuuuu...........................Selepas subuh aku tido balik. Ala.... penat semalam tak abih lg dan ari ni kami hanya bkfst kat dlm bilik, makan aper yg ader. aku bawa bekal maggie 1 bungkus, 2 bungkus besar bubur (dlm ader 12 paket), biskut, nescafe 3n1, keropok (wajib ni, aku kan suka mengunyah). Pengajaran untuk aku, lain kali kena bawa:  Maggie tu patut bawa banyak, bubur sket je.....aher nyer punyer payah aku nak abihkan bubur tu sbb terlalu masin....necafe kena bawa 30 paket sbb aku jenis bawa bekal sbb tak suka minum air sejuk.

Oleh kerana sampai awal sangat maka kami ble la round 1 bangunan stesen Luohu....:). ader banyak masa untuk klik2...:)


tempat beli tiket. belah kanan sekali yg ader orang galas beg hijau tu waiting room. dah masuk tak ble keluar dah. (abaikan kekaburan wajahku)

Petunjuk arah semua mesra pengguna. Insyaallah sampai, ikut je arahan..

Kagum dengan keberkesanan produk ni.....bayangkan dr wanita bertudung bertukar menjadi lelaki macho.......ko mampu???????...............heheheheehehehheh...................................(jan marah Kak H. Gurau jak pok...)
begini caranyer.......

Oleh sbb dier ensem, aku pun sudi amik amik gambar ngan dier....wekekekekk




K.H cari isotonic, minuman berkhasiat yg mampu melegakan sakit kepala. tapi mcm tak ader......
Dah puas keliling Luohu, kami pun masuk kat waiting room. Dalam ni sejuk sket, ader mesin pemanas air, nak makan maggie ble jer amik air ni. Tp beli siap2 maggie cup, mudah n tak cerewet. 



Bila masuk kat sini kiter dibekalkan dengan air mineral. Tibet Spring kater nyer. mula2 KH pegi dier ble amik sendiri. siap amik 4 botol lg untuk kami 1 sorang. Eh, 1 botol tak cukup, so aku pg lagi nak amik, sekali mamat penjaga tu hulur 1 jer. aku tunjuk jari nak 3 lagi. dier geleng kepala. Pastu buat muka bodo....Kedekut!!


aku suka botol ni sbb kecik je....Ringan.

si polo tu rakan baik aku yg selalu aku bawa pg jengjalan.  aku suka dier, slim. poket banyak. tahan lasak....eh tak berapa nak lasak sbb zip dah rosak n ader koyak...hehhehe. yg biru tu aku bawa dier kali ni sbb pengajaran travel mac ari tuh, kena beli beg pula sbb tak muat. dapat free masa pegi HK-shenzhen dis 2010 from agent travel jetabout travel....:)

KH makan kacang yg dibeli d Halal Food Dongmen Street. Rasanyer sedap. ader macam rasa herba sket. 

Nampak tak ramai org berpusu2 ni?.....drg ni dah dipanggil masuk. Drg sedang menuju ke tempat train berada. So D7172 tu no train. Mula2 aku pelik apsal drg ni berlari, mcm tak sabar je. Owh.....rupanya dr tempat ni nak g tempat train landing tu, jauh juga. tak la jauh giler. ader la dlm 3 n kiter kena cepat takut ditinggal train. dier bergerak tepat pada masa nya. pastu bagi kami yg baru ni sila masuk ikut gerabak. nanti masuk kat gerabak lain...payah pula nak mencari..hehheh....




Ahernyer.....selamat tiba n masuk dalam gerabak 5. Dalam skrin ditunjukkan perjalanan train dr shenzhen-Guangzhou. Gerabak 5 ni tak panjang sangat. selesa n tak ramai org. Oh ye...dalam ni juga ada pramugari train....yg akan menghidang minuaman (yg dibeli) macam dlm flight, siap ada unifm, ada topi, berkasut, ader bag lagi. cantik. tapi aku tak amik gambo..tak sempat.






dalam perjalanan ader beberapa kali berselisih dengan train lain, samada yg mengangkut penumpang atau angkut barang.


aku ingat ini train jenis lama yg bermula dengan huruf Z. ader juga tempat tido. 
Train ni akan berhenti dibeberapa buah stesen. dan ianya akan ditunjukkan di dalam skrin. kalo nak, kowang ble check kat travelchinaguide. 
 ada sesuatu yang menarik kami jumpa....nak tau apa???
.
.
.
.

.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.

.
.
.
.
.

.
taraaaaaaaaaaa.....................................

ensemnyer mamat ni. kami jumpa dalam train. gerabak 5. kalo korang nak jumpa dier, ble cari dlam poket tempat duduk depan kiter tu. hehhehehehe........belek2 majalah tu. dier ader duduk dlm tu. hehehhehhe......gigih aku amik gambo dier. snap gambar majalah pulak tu...wekekkekek



panjang dah. jampa lagi kat entry akan datang. misi mencari hotel. Penuh drama. penuh kejutan......cewah......:D....

ok bye
Salam ramadhan...

Thursday, July 25, 2013

Kemantapan Vokal Cakra Khan


Assalamualaikum n Selamat malam.....:)

Tadi tengah cari lagu2 best kat 30 lagu terhangat HotFm, untuk masuk dlm pendrive. Aku peminat setia HotFm kononnyer.....dulu maser kat KK, pagi2 maser nak g keje mesti buka Hotfm...Sekali pindah pulau, rasain lho....sunyi sepi tanpa dia...wekekekek.....! terus kan, Jumpa lagu ni terus tengok kat YT....best ker tak sblm dpwnload kat 4shared. Ehhhh.......sape ni.....? handsome nyer sora. Sora macho....terus aku terjatuh chentha.....hahahahah.......punyer la jarang dengar radio. Kesiannnnn betol.....




Oleh kerana aku dah jatuh chenta kat sora dier, dengan gigihnyer aku cari biodatanyer...Cowok ini asalnya Indonesia ya......cewah...tetiba slang indo. wekekekk......

Baca sendiri la...

Nama Lengkap     : Cakra Konta Paryaman
Nama Panggilan  : Cakra Khan
Tempat Lahir       : Pangandaran
Tanggal Lahir      : 27 Februari 1992
Penyanyi Favorite : Cakha Khan
Twitter                : @cakrakhanz dan @cakraholic
Pendidikan        : Mahsiswa di STIMB, jurusan Vocal Classic, semerster 6.
Single                : Harus Terpisah


Muda lagi.....sora hebat, seksi, serak2 basah. Ader rupa ble tahan.....mcm korean pon ader jugak. Muka dier smetimes mcm muka.....eh ader pelakon mesia tu, lupa la. kalo dapat buayafrenz bersora emas macamni, tiap2 ari aku suh dier nyanyi untuk aku.....wahahaha......

banyak cakap pon tak guna, meh la kiter layanz YT dengar lagu2 dier.....:)



ader lagi.....tapi ini lagu2 yg aku minat...arghhhh......mengantuk la pulak. nite.....

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...