Emm.......nak cakap pasal hutang, semua orang pun ader hutang. kecuali mungkin org kaya kot takder hutang. aku pun termasuk kategori org berhutang. hutang dengan bank, dgn ptptn....kad kredit aku tak der, alhamdulillah..itu normal. Biasa bagi org kebanyakan. kalo tak berhutang. barangkali sampai skg aku belum mampu beli kete sbb terpaksa kumpul duit bertahun2 utk cukupkan duit cash beli kete...dah adat berhutang, kena la bayar ikut aturan kan. kalo tak, merasa la bebanan hutang yg menimbun...esok2 kete kena tarik....lama2 nama dah blacklist, bank dah tak mo bg pinjam sbb rekod buruk. itu kalo kita pinjam kat bank....kalo kita pinjam sket, cane tu???
aku bukan nak memburukkan sesiapa. aku takkan sebut namanyer sape. aku cuma nak kenalkan dier sebagai jiran. aku duduk kat sini baru masuk 1 tahun lebih. abih tahun ni kira 2 tahun. aku bukan jenis org yg suka pg bertandang ke rumah org, berbual kosong, minum2.....bukan sombong. kat kg pun aku gitu. lebih suka duduk rumah tgk tv, kemas2 rumah. pg juga umh sepupu, tp sekjap....nak berlama2 mmg aku tak selesa. sikap tu terbawa2 sampai aku menyewa kt sini. Dengan jiran2 aku mmg tak rapat. ader la bertegur sapa tp tidak melepak2.
dipendekkan cite. ntah cemana jiran sebelah rumah aku ni tiba2 jadi merapatkan diri ngan aku. emm....yg aku perasan mula tahun ni. bulan 6 ari tu, maser latihan sukan.
1.
Dier nak berkirim reload RM10. maxis. aku dah bagitau aku tak ke bandar cuma ke kompleks sukan. nanti aku singgah kedai runcit tolong belikan. kalo kedai runcit jual RM10.50 ye. aku ingatkan dier nak berkirim ni, dier bagi duit...rupanya...."cikgu pakai duit cikgu dula ya, nanti saya bayar". Sebenarnya itu kira kali pertama kami berbual gitu. jadi aku ingat perkataan "nanti" tu, bila aku serah reload dia akan hulur RM10. Tapi, setelah aku serahkan reload tu....."terima kasih ya, nanti petang saya bayar". tunggu punya tunggu......ari khamis baru dier bayar. "sorry cikgu, LUPA saya mo membayar". aku tengok dier hulur RM10. aku malas nak cakap lebihan 50 sen tu. kalo aku cakap kang bekira sangat la pulak.
2.
Jiran: "Cikgu, minta tolong masukkan duit saya ni ke bank adik saya. maklum la menolong adik belajar". duitnya RM1000. kalo bole cepat ya".aku: kak ble sy tolong tp lambat sket la. Jiran: lambat macamana? aku: petang balik sekolah. sebab jadual saya penuh hari ni nda ble keluar. Jiran: bah kalo ble cepat..tlg masg segera kalo cikgu sdh bankin.
**aku rasa macam kena paksa. mungkin si jiran ni salu tgk aku tiap hari balik antar anak sedara balik rumah. dier ingat aku ble kuar suka ati. dier tak tau, aku keluar tu, aku amik masa 40 minit pg-balik. dah settle semua aku pun msg yg aku dah masukkan duit n nanti balik aku bagi resit.
Jiran: cikgu, nanti resit nda payah bagi. buang saja. aku pecayakan cikgu.
** takut laki dier tau ke? takkan itu pun jadi rahsia. nak bagi duit utk adik sendiri bukan guna duit laki dier.....jiran aku ni surirumah tp jaga anak jiran 2 org. kira dapat la 500. 250 sorg. aku tau sbb, dulu laki dier penah cite kat abg ipar aku.
3.
Julai lalu kalo tak silap.
Jiran: cikgu ada internet? aku ni kan beli tiket kapal terbang. tapi nda pernah beli. ble cikgu TOLONG belikan. mama kakak sakit kuat di KL. sakit buah pinggang. kakak, kakak d gombak sdh cal, kalo ble berkumpul.
aku: kakak mo apa mas ka air asia?
jiran: kalo bole mas la......(belagak tak?)
**aku pun pg cari tiket mas. mahal. dah la untuk ber2 dgn anak dier. mau 1800. cari pulak tiket air asia. ble la murah dalam 800 lebih pg balik utk 2 org. mmg betul la kot dier tak penah pg kl. Berlagak. dier ingat tiket flight sama cam tiket bas/feri. dah dapat sume arga tiket aku pun pg bagi kat dier.
jiran: mahal jua a
aku: mmg ni kak, kalo kan murah....2,3 bulan lg kan jalan mesti bali sudah.
Jiran: ble ka cgu tolong belikan pakai kad kredit.....(aku dah rasa lain macam)
aku: aku nada kad kredit kak
Jiran: kawan2 cgu? nanti aku bayar saja sama cikgu.....(sial tak perkataan dier tu)
aku: kawan2 pun nada kak. kami selalu beli arah agen. ble jua kita bali sana tapi ada charge la.
jiran: bah nanti cikgu tolong belikan a.
** tak lama lepas tu, dier datang. bagi duit RM200. katanyer tolong la cikgu. ini saja yg ada. ble cikgu tambah dulu. aku macam......ape ni??? dier siap urut2 belakang aku....tolong la cigu. malas kakak minta duit dgn laki kakak sbb ia tu bising nda menyuruh bejalan. tapi kakak ni mo juga tgk mama kakak tu. aku ni pun ntah kenapa kesian ke aper. terus setuju nak bagi pinjam duit beli tiket tu......maser aku nak gi sekolah, dier datang balik....cikgu bole ka aku minjam cgu rm1000? sbb mo jalan jauh ni kan perlu duit. aku: minta maaf la kak, aku mmg teda duit sdh kalo sebanyak tu, ini lagi kakak minta tlg bayar tiket. Jiran: kalo begitu kakak minta balik yg rm200 tu. aku: kalo kakak minta balik duit rm200 tu, aku teda duit mo tambah sudah. Jiran: ndapa la.....cikgu, nanti jalan la cerita2 sama makcik (tuan rumah), dier tu lain, nanti la kakak cite. ( sempat pula......malu la tu)
**anak dier tak jadi pegi. katanyer dier pg KL jumaat. balik sabtu depannyer lagi. aku sendiri yg belikan tiket n aku tau tarikh tu Confirm. jumlah sume RM578. so dier ader hutang kat aku RM378... aku tak tau samada betul ke tidak yg dier pg KL. yg aku sangat heran. hari selasa dier dah ada kat rumah. so tiket tu????? burn? atau mmg dier tak jadi pg KL sbb tak der duit?
** Betul2 aku heran. aku malas nak bertanya. menyibuk hal org. yg aku tau ko kena bayar RM378. Bodoh kan. Itu KL la. kalo setakat duit RM200. aku tak pg kl. duit RM200. ntah2 hanya lepas duit teksi. kalo ader kakak dier amik kat LCCT....ble lagi. kalo dulu zaman belajar tu lain citer. duit dalam tangan RM300 aku ble sampai Tj. Malim naik bas. Tapi skg zaman aku dh keje......aku tak kan pegi KL hanya dgn duit RM200. betul juga laki dier tak benarkan pegi sbb takde duit.
**sekarang dah masuk bulan 9. duit tu tak dibayar lagi. hari ni tiba2 call nak pinjam duit RM50. Ko ingat aku bodoh ke nak pecaya. bukan main lembut lagi berkata2 tadi. kakak ni ada masalah kewangan, kakak tau kakak ada pinjam duit blum bayar sama cikgu tp kalo ble mo pinjam duit ckgu RM50. susu aiman habis sudah. kakak nda tau lagi mo pinjam di mana. aku tak kan bagi pinjam lagi. aku: kak, kalo kakak mo pinjam duit aku mmg ndada duit. ari ni pun aku mo guna duit bayar insuran n roadtax. Jiran: ooo....cemana la ni. nanti duitmu tu nanti kakak bayar. aku: kak, kalo ble sebelum cuti bulan 11. sebab aku mo jalan ni. jiran: bah, BERAPA TU KAKAK PINJAM?
**nampak tak? ble dier lupa berapa dier pinjam. adat berhutang....ko tulis la hutang ko berapa. jangan sampai lupa. ni gerenti lama lagi nak dibayar. ntah2 lupa terus. kalo macam ni, org pun dah tak pecaya. nak tolong pun fikir banyak kali. awal bulan nov nanti kalo tak bayar juga aku msg balik. benci la. ini la yg aku tak hingin nak rapat2 ngan jiran. suka sangat ambil kesempatan. Benci......
Andai ini Jalannya Di kiri jalan berliku Di kanan lautan nan biru Di hadapan menanti takdir & waktu Di Belakang kau akan melihat ku berdiri di sini sambil memandangmu dengan senyuman.
Tuesday, September 10, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)
26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...
-
25 Dec 2022 Assalamualaikum dan Hi..... Hari ni 25 Dec. Hari Krismas kan. Biasanya, kalo kami berada di mana2 negara pada tarikh ni, seming...
-
26 Mei 2023 (Jumaat) Assalamualaikum & Hi ... Jumpa lagi dicerita baru. Kali ni cerita tentang Kashmir pula. Bercuti ke Kashmir ni seben...
-
4 Mac 2024 (Isnin) Trip ni saya namakan Trip santai. Sebab apa? Sebab...kami pegi ni singkat sangat tempohnya. Jarang kami pegi ke luar ne...
No comments:
Post a Comment