Friday, August 30, 2013

Selamat Hari Merdeka......


Buat semua warga Malaysia. Ingatlah betapa pentingnya harga sebuah kemerdekaan & keamanan negara. Membina negara bukan semudah membaca ABC....Banyak onak, duri, perlu ditempuhi. Banyak darah yang terpaksa dikorbankan.
Tadi, dok selongkar puisi merdeka, jumpa pla puisi santai dari PERODUA. Aku share kat sini untuk semua warga Malaysia....:)

*Kreadit: copy paste from azmnor-santai.blogspot.com....tq


PENGHORMATAN BUAT SETIAP WARGA MALAYSIA.


BUAT MEREKA YANG SUKA ROTI CANAI CICAH SUSU PEKAT
YANG BILA RAYA DI LUAR NEGERI TERINGATKAN KETUPAT
JUGA MEREKA YANG SELESA TIDUR BERKAIN PELEKAT

BUAT MEREKA YANG BOLEH MENGUASAI LEBIH DUA BAHASA
YANG BERKUNJUNG KE BAZAR RAMADHAN DI BULAN PUASA
JUGA MEREKA YANG MAIN CONGKAK BERSAMA

BUAT MEREKA YANG TAK KENYANG KALAU TAK MAKAN NASI
YANG KALAU DI KAMPUNG SUKA SEKALI MANDI AIR PERIGI
JUGA MEREKA YANG KERAP BERULANG-ALIK MENAIKI FERI

BUAT MEREKA YANG SERING BERTANYA AWAK DAH MAKAN?
YANG BILA BERTEMU MEMBERI SALAM MENGHULUR TANGAN
JUGA MEREKA YANG PERAMAH WALAU BARU BERKENALAN

BUAT MEREKA YANG SETIA MENYOKONG PAASUKAN NEGARA
YANG SUKAKAN BUAH DURIAN, LANGSAT DAN BIDARA
JUGA MEREKA YANG MENGHARGAI KEINDAHAN ALAMNYA

BUAT MEREKA YANG BERKORBAN UNTUK MERDEKA
YANG MERINTIS KEBEBASAN KETIKA SEAWAL MALAYA
JUGA MEREKA YANG BANGSA BERGELAR WARGA MALAYSIA

BUAT MEREKA YANG CINTAKAN BUMI BERTUAH INI
YANG DI SEMENANJUNG, SABAH DAN SERAWAK SEKALI
JUGA SEMUA WARGA MALAYSIA
KERANA ANDA KEUTAMAAN KAMI

~ PERODUA~ building Cars Peolple First.


Untuk menghangatkan lagi semangat merdeka, aku tinggalkan lagu ni untuk kite hayati bersama.....
Jom layan.....



SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KALI KE 56
31 OGOS 2013

MERDEKA!
MERDEKA! 
MERDEKA!

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...