12 Dec 2018
Selasa
The Great Serpent Nag
The Great Serpent Nag
Hujan masih turun renyai2 ketika kami meninggalkan Restoran. Kami meneruskan perjalanan ke Arca kepala naga di tepi laut. Katanya ini juga termasuk di kawasan Pantai Samila. Tapi perjalanan menuju ke sini rasa macam jauhhhh je. Ketika kami sampai cuaca masih mendung, tapi tak hujan. Arca naga ni juga merupakan salah satu tarikan pelancong. Ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kepala, badan dan juga ekor. Uniknya binaan ini ialah ketiga-tiga bahagian ini sengaja di bina berjauhan antara satu sama lain. Kami hanya pegi tengok kepala naga yang mengeluarkan air dari mulutnya. Sekali pandang ala2 arca singa kat singapore.
Dimana2 je ada penjual aiskrim kelapa tu |
Kapal |
Ini je la aktivitinya |
Seperti mana Arca Duyung, Tikus dan Kucing tadi yang punya cerita lagenda, si naga ni pun ada juga kisahnya. Menurut kepercayaan masyarakat setempat Naga ibarat dewa penjaga di wilayah selatan Thailand. Mereka sentiasa mengharapkan agar Naga memberikan mereka rezeki, kebahagiaan dan memberkati kehidupan seharian mereka. Air yang sentiasa keluar dari mulut arca naga dipercayai selalu memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada masyarakat selatan Thailand. Setiap bahagian arca naga tadi mempunyai maksud tertentu. Misalnya kepala naga melambangkan kebijaksanaan dan kebajikan, badan naga melambangkan kemakmuran, manakala bahagian ekor naga pula melambangkan karisma dan kekuatan seluruh masyarakat setempat.
Pengorbanan seorang photografer...jaga jatuh bang |
Dataran naga |
Masjid Songkla dari kejauhan |
Batuan |
Songkhla Aquarium
Lepastu Driver tuk2 bawa kami ke Songkhla Aquarium yang terletak di hujung Son On Cape, Daerah Bor Yang, Muang. Dibuka pada jam 9.30 pagi-4.30 petang. Bayaran masuk adalah 300 Bath (dewasa)/ 200 Bath (kanak-kanak). Oleh kerana masa dah nak hampir tutup, ketika kami sampai, maka kami hanya berlegar2 di perkarangan bangunan. Mengambil gambar sekeping 2 buat kenangan.
Banyak arca kat sini |
Kalo kat sekolah ada macam ni kan bagus...... |
Rangka burung |
KT diantara burung dan nemo |
Mercu tanda Songkhla Aquarium. Benda ni ble berpusing 360* |
S bersama si Nemo |
Kuda laut |
Uittt...korang membawang aper ni?? |
Songkhla Aquarium ditubuhkan oleh Majlis Perbandaran Songkhla untuk dijadikan sebagai pusat pembelajaran biologi marin. Terdapat pelbagai pameran di akuarium termasuk terowong ikan, pameran ekologi, gunung, sungai, air tawar, hutan paya, pantai, haiwan laut, penggunaan sumber laut, ruang pameran, bilik seminar, restoran dan kedai-kedai cenderamata.
Mana KD eh...tak nampak, KL pun tak de. |
lagi.....😂 |
Dengan si penyu pula.... |
Dalam perjalanan ke Asean Market, nampak si Baby Boss ni.....hehehheh |
Asean Market
Baik juga ye driver tuk2 kami ni. Nampak macam tak berkira. ker harga dier minta tu memang mahal? Tak pe la kan, anggap je itu rezeki dier.... Driver tuk2 hantar kami ke destinasi terakhir iaitu ke Asean Market. Dibuka dari jam 5.00 pm- 10.30 pm. Lepas turunkan kami, dier kata dier nak balik rumah jap, mandi manda......katanya akan datang semula pada jam 8.30 malam, ambil kami. Ketika kami sampai tak banyak lagi kedai yang buka.
Rojak maggie, kami pun mencicip juga tu makanan depa ni....😂 |
Perbelanjaan sepanjang hari ini:
Makan di Pantai Samila: 142 Bath/ RM 18.50
Aiskrim di Pantai Samila: 65 Bath/ RM 8.50 (Mahal sikit dari yang ada di depan hotel)
Mangga di pantai Samila: 20 Bath/ RM 2.60
Mangga di Asean market: 40 Bath/ RM 5. 20
Udang di Asean Market: 100 Bath/ RM 13.00
Udang depan hotel: 150 Bath/ RM 19.50
Baju 2 helai Asean Market: 400 Bath/ RM52.10
Pakaian: 170 Bath/ RM 22.10
Tuk2: 170/ RM 22.10
Bayar masuk Magic Museum: 400 Bath/ RM52.10
Jumlah keseluruhan: RM 215.70/ 1655.32 Bath
*Jumlah sudah dibundarkan
Bersambung.......
No comments:
Post a Comment