6hb Dec
Hari ni kami akan patah balik ke Busan untuk menghabiskan trip yang berbaki 2 hari lagi. Flight kami 6 orang ke Busan adalah pada jam 10 am. KD/S punya flight jam 3pm rasanya. Jadi KD kata depa akan hantar kami dulu ke airport jam 6 am. Ada banyak sebab, menurut KD:
1. Kalo kami berangkat semua sekali, takut kalut hantaq kete lg, kemudian cari teksi lagi nak p airport, dah la GPS ni kadang2 macam tak ble pecaya sangat. Nanti terlewat mengejar masa, paling tidak jam 8 kena ader kat airport.
2. Takut tak muat kete dengan beg lagi.....Masa mula sampai hari tu, KP duduk depan, skg S kena duduk depan sbb dier je yang boleh set kan GPS.
3. Tak nak berebut mandi pagi2 buta....hehhehe
|
Kami di airport Jeju |
Malam ketika kami lepak santai dalam bilik di Busan KD cite, ader drama masa nak antaq kete. Kesian juga la. Aku pun tak tau nak cite macammana sebab aku tak berada bersama mereka berdua masa tu. Apa yang aku boleh cakap Allah SWT permudahkan jalan dan urusan mereka pada hari tersebut, atas kemurahan hati dan kebaikan yang mereka berdua buat selama hidup ni. Kalo tak kerana flight mereka deley, confirm mereka terpaksa beli tiket baru. Dalam kami sembang tu tergelak juga dengar cara KD bercerita, depa berlari tak tengok kiri kanan dah, memang pecut terus, mengejar masa.
Dipihak kami, semuanya berjalan lancar, alhamdulillah. Tiba di Busan lebih kurang jam 11++. Selesai urusan semuanya, kami pun menapak ke luar mencari teksi. Menyeberang jalan je. KH dah pesan awal2 jangan naik teksi warna hitam, mahal! Jadi naik teksi warna apa saja selain hitam. Kami naik teksi warna biru.....Tambang berapa ya? Tak ingat! share 3 orang ok la.
|
Gambar atas: KH tengah cari nama dier. Sepatutnya tuan rumah tinggalkan kunci dalam box, tapi nama dier tak ada. Jadi KH terpaksa call dier balik.
Gambar bawah: Sementara menunggu dapat kunci, kami mengigil kesejukan. Tak ble masuk sebab pintu tu ader password. Kira selamat juga la motel ni 😁
|
Oh ya kami menginap di Mintparadise Guesthouse. Boleh rujuk sini untuk info lanjut------->
www.mintparadisebusan.com..... Ini bilik kami 304.
|
Sempoi je kan, studio style, agak selesa untuk kami ber-4 |
|
Kelengkapan dapur semua cukup dan boleh guna kecuali Dapur gas dan peralatan pinggan mangkuk tu tak boleh guna. Tuan rumah kunci siap2 dalam kabinet. Kalo nak guna, boleh maklum kan awal pada tuan rumah, dan ada bayaran untuk itu ya. Kat Busan kami tak bercadang untuk memasak, microwave dan kettle tu pun lebih dari cukup. |
Oleh sebab terlebih rajin, malam tu kami cuci baju berjemaah. Al-maklum la, wanita kan tak suka angkut2 baju kotor ni. Cehhh....😝 Penyidai ada tapi tak cukup, maka kami bentangkan semuanya atas lantai, kan lantai dier panas. 2 hari di sini inshaallah kering!
|
Toilet dier, bersih. Lepas tu Shampoo segala tu dier letak botol besar. Wow......Bagus, tak kedekutz |
|
towel dier, alahai pendeknyer.....I segan U...🙈 |
Selepas berehat beberapa jam, kami turun bawah. Ala saje la nak kenal jalan. Sebenarnya nak beli sabun cuci. Jom mari lah kiter.....
|
Kitorang tinggal kat bangunan signboard warna biru "Mint Paradise"....JMC tu pun hotel juga, depan pun ader motel....Ok juga tempat ni, agak tenang dari bunyi2 kereta. |
Nampak macam jauh ke dalam kan, tapi sebenarnya jalan sikit lagi ke depan akan jumpa jalan besar. Masa nak balik (Malaysia), awal pagi dalam jam 6 kitorang dah keluar cari teksi, mudah je dapat.
|
Balik dari membeli di kedai runcit, Semua penuh beg plastik tu, tau tak borong aper tu? Semua borong minuman pisang tu, jumpa pula perisa oren, aduhaiii..... |
|
Russian Street bercitarasakan budaya China |
Nak tau kenapa adanya Russian Street di tengah2 kota Busan ni?
Boleh baca sini-->
https://en.wikipedia.org/wiki/Russians in_Korea. Kebanyakan daripada depa berniaga di sini. Kalo tengok wajah, dah tak banyak baka Russia tu, sudah berasimilasi dengan wajah Korea. Ini yang aku nampak ahjuma yang duduk di depan kedai, mungkin iras Rusia tu jatuh pada anak2 depa ni. Orang kata orang Rusia cantik2.....Tengok la permaisuri sultan Kelantan, macam anak patung!
|
Bunga kobis putih |
|
Cantiknya la kau ni. Kobis pink di tanam je tepi jalan. |
|
Wow, jauhnya nak berjalan.... |
|
Rahsia kaki cantik, ini lah dier, tiap hari turun naik tangga |
|
Pondok telefon cantik |
|
Tengok kobis depa tanam gitu je boleh tumbuh. Untung kan? Sebelah kobis ni sekolah rendah, tak mau ambil gambar, nanti cikgu dier marah..... |
Ok itu je, malamnya kami jalan2 lagi ke Night Market. Jalan Kaki je....
Bersambung......
No comments:
Post a Comment