7hb Dec 2018
Puas menjamu mata menikmati pemandangan di Gamcheon Culture Village (GCV) kami kembali ke
pangkal jalan ke hotel. Sampai hotel tengok KD n S tak balik lagi. Depa p tempat lain tadi sebab GCV ni depa dah p, kan hari tu depa pg awal 2 hari dari kami. Nikmat rasanya bila dapat rasa suhu panas kat dalam bilik ni. Jiran bilik sebelah kata, malam karang nak p night market, jadi petang ni berehat je dulu. Selesai segala urusan, aku terus masuk bawah selimut dengan harapan moga2 sejuk kat peha ni beransur hilang 😷. Ingatkan bila pakai jeans tu dah cukup halang dari kesejukan masuk ke tulang, aku lupa dier boleh naik dari tapak kaki. Hehhe.....Itu la namanya orang kampung mai negara sejuk. Gitu la kebaruannya.....Dipendekkan cerita, bangun aje.... sejuk tu masih terasa lagi, terpaksa ku hello jiran sebelah pinjam long john KT.....(Muka tak malu pinjam barang orang 🙈), pakai baju tebal 2 lapis + jaket, biar nampak gemuks asal aku tak menderita mengigil. Ceh melampau! Aku ingat angin malam lebih kejam dari siang tadi. Malam ni kami jalan kaki ke Nampodong Street. Uncle kedai runcit tu kata dekat je jalan kaki dalam 10 minit lebih kurang. Jadi kami main redah je berpandukan kepada google map di tangan KC.
|
Ini barisan kedai di bawah hotel kami |
|
Suasana malam di kota Busan |
|
Kena naik jejantas nak melintas jalan. Takut owwww, nak meredah jalan raya dengan kereta bertali arus. #sambiltanganmerabapoketberisiinsuran 😂 |
|
ok turun guna lif, nak terjun tiruk pon ble juga....😝 |
|
Gambar ni biasa je kan macam tak de apa yang menarik. Tapi sebenarnya aku nak jepret tangga dier nuhhhh.....Tinggiiiiiii!! Uhhhhh......seram aku! |
|
Bangunan hotel. Cantik |
Bila jumpa signboard "Jagalchi Market" maknanya betul dah ni jalan yang kami lalui. Katanya Jagalchi Market ni memang berdekatan je dengan Nampodong Street. Sebenarnya tak ada benda wajib yang nak dibeli, saja la cuci2 mata, tengok2 lampu berwarna warni, tengok warga kota jalan2 di Night market, tengok fesyen depa di kala winter ni, kot la murah ble la rembat 1. Kan...
|
Barangan makanan kering. Ikan masin pon ader. |
|
sekali pandang macam nasi kampong (kalo kat tempat kiter panggil beras perang) tapi bukan. |
|
sape paham tulisan korea? Tengok dari rupa macam rempah ratus..... |
|
"Kura2 dalam perahu, pura2 tak tahu"...heheheh.....Kura2 dan kawan2nya |
Ok kami dah mula memasuki food street. Pandang aje memang tak masuk. Tapi kalo KC nak masuk kami ok je temankan dier, ble minum kopi.
|
Malam masih muda, tak ramai lagi orang nak makan. Ke orang Korea memang tak makan malam?? tengok badan depa ni, macam ya je.... |
|
sejuk2 ni, kau mampu makan duduk kat luar? |
|
salah satu kaedah menarik pelanggan, Kuda Belang! |
|
Roti Korea |
Jalan punya jalan, jumpa pula hidupan laut.....
|
Hallo Ketam |
|
Udang2an.....Kecik la kau ni, tapi kulit lawa flawless jew, tak sampai hati nak makan. |
|
Ini baru Wow...... |
Ini la dier kot Nampadong Street. Luas tak terkata. Ble sesat kalo teralpa.
|
Topi |
Tiba di area BIFF Square (Busan International Film Festival). Setiap tahun akan diadakan festival filem di sini. Kalo nasib baik boleh jumpa artis Korea. Jadi yang minat tu sila pandang kiri kanan ye, kalo jumpa terus tangkap.... Kalo jumpa si Hidayah, kau ajak tak dier berselfie??
|
Sepanjang jalan akan jumpa tapak tangan artis |
|
segak aihhh.....rasa nak picit! |
|
Sojuk aihhh |
|
Kesian, penat dier berdiri tegak je 24 jam |
|
Kasut |
|
Meriah dengan lampu berwarna warni. |
|
Kobis |
|
Sudah mula terasa kemeriahan Hari Krismas |
|
Singgah sini beli barangan Natural Republic. Rambang mata ku murah gilerr. |
|
Terachun KC beli baju kat sini |
|
Sepa ni? Kitty ke?? |
|
Rakanku |
|
Rakanku |
Puas menikmati malam, kami pulang. Cari2 Stesen metro tak jumpa, kami tahan teksi je. Tak larat dah nak berjalan kaki. Tapi lepas tu boleh pula singgah p kedai runcit bawah hotel, sebab aku nak memborong seaweed.
Malam ni adalah malam terakhir kami di Busan. Dilain hari, Busan mungkin aku tak pegi dah (untuk setahun dua akan datang), tapi Jeju ya nak p lagi. Tempat yang cantik, damai, ader tangerin yang manis, tenang, sejuk 😂 (walau aku mengigil dibuatnya)....Tapiiii....tapiii.....tetap tak ble lawan Kampong ku di NZ. 😜Esok seawal 6 pagi kami dah bergerak menyatu dengan warga tempatan menuju ke airport. Besar kenangan dan pengalaman berharga buat 4 rakan kami yang amik flight Busan-Hanoi-Kl. Flight deley, kemudian diberi pilihan tukar flight terus ke KL tanpa melalui Hanoi, Beg pula tak sampai.....banyak citer menarik kalo KD menulis. Jadi sampai di sini saja aku noktahkan cerita kembara kami di Jeju-Busan.
Terima kasih Daun Keladi kerana sudi membaca atau sekadar singgah tengok gambar kami yang biasa2 je.....😎
Lepas ni Kisah kembara Thailand pula menyusul.
Bye......
Tamat....
No comments:
Post a Comment