Wednesday, April 17, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Ronda-Ronda Kota Hatyai | Hatyai Magic Eye 3D Museum (Part: 2)

12 Dec 2018
Rabu


Hari ni cadangannya ronda2 Kota Hatyai. Breakfast dalam bilik je. Tepat jam 9 kami pun berkumpul di bawah. Abg Pok p cari tuk2, depan hotel ni je. Driver tuk2 tunjuk kad, beberapa tempat yang boleh dier bawa kami hari tu. Tawar punya tawar dapat la harga 1530 bath. Tak pasti mahal ke tak yang penting semua kos pengangkutan kiter patak2 9 orang....😂 Sebenarnya nak p Floting Market tapi tutup katanya. Tempat pertama dier bawa ialah ke Magic Museum.

Depan hotel. Sempat kami beli mangga. Pagi2 memang banyak orang jual buah2an kat depan hotel ni. Kalo suka makan pulut mangga pun ada. Aku dah cuba beli pulut mangga tu, macam tak berapa nak masuk tekak, sudahnya makan mangga dier je....😅
Sudah kautim, naik la tuk2....Tuk2 kat Hatyai ni agak besar juga ble muat 8 orang dewasa kat belakang ni. Nasib baik Abg Pok dok depan. Oh ya aku lupa nak cakap Abg Pok tu husband Kak Lia. 
Sesekali jadi hulk. 
Muzium Magic Hatyai terletak di Wilayah Songkhla, kira-kira 5 km dari pusat bandar Hat Yai. Di sini kita boleh menikmati dan mengambil gambar seni 3D yang dipamerkan. Ble la mempamerkan bakat yang terpendam sebagai seorang pelakon .Untuk menghabiskan keseluruhan tempat ni dengan mengambil gambar di semua zon foto, kita memerlukan sekurang2nya 1 jam untuk menghabiskannya. Ble minta tolong crew muzium untuk amik gambar kiter.

Photo credit: www.akulily.com
Kat muzium ni ada 2 bahagian yang boleh dikunjungi. Yang pertama Magic Eye 3D Museum, yang menempatkan koleksi lukisan 3D pelbagai tema, lukisan optik yang mennghayalkan mata dan banyak lagi. Emmm........agak berbaloi juga la, kalo ko minat 😁. Harga tiket untuk bahagian ini adalah 250 Bath (dewasa)/ 200 Bath (Kanak2). Bahagian yang ke-2 pula ialah Magic Museum dimana persembahan silap mata dari kumpulan Black Crystal. Yang ini pula harganya ialah 300 Bath (Dewasa)/ 250 Bath (kanak2). Oleh sebab kami ada banyak masa, maka kami beli tiket combo, dua2 tempat ble masuk. Harga tiket Combo ialah 400 Bath (Dewasa)/300 Bath (Kanak2). Jadi la sekali seumur hidup tengok black magic kan......


Masuk 2 tempat ni dengan tiket combo berharga 400 Bath
Meh tengok sape paling berbakat dalam lakonan....

Dorang ni antara yang kebal
Uhhhhh....asal si Badak tu seksi gilerrr!
Di alam fantasi....
Berlumba dengan si panda, sape dulu sampai puncak buluh 😝
Karya seni barat, Mona Lisa dan The Gleaners turut kelihatan 
Jadi bahan uji kaji
Perompak

Sedap dier tdo berayunkan bulan 
Sedondon
Nak terjun tapi sempat senyum......
Ko mampu naik roller coster dengan artis terkenal!! Yang depan ni anak patung tak tinggal....😂
Ditelan sotong kurita
Terperangkap dalam bebuih
Kemudian kami di panggil masuk ke bilik Khas untuk memonton persembahan dari Kumpulan Black Crystal (BC). Macam tak puas je bergambar. Tapi apakan daya, masa persembahan sudah tiba. Kumpulan BC ni memang terkenal di Thailand. Diketuai oleh si Handsome Crystal, Bank Navapol, Best dan beberapa pembantu wanita yg lain. Yang paling best tengok si Bank Navapol. Lucu je.....Crystal ok tapi muka ketat. Tak ble nak cakap lebih2, ble tengok sini----->>https://www.magicmuseum.co/. Gambar dan sebarang video tak dibenarkan jadi kiter tengok je. Ader video tapi file terlalu besar malas dah nak tepek sini. Kalo ader kanak2, bawa la ke sini pasti depa suka....😁 Aku pun terhibur juga walaupun dah dewasa. hehhehh....Oh ya lepas masuk bilik ni, tak ble dah kembali ke tempat tadi, sbb kita akan terus di bawa keluar bangunan. 

S dan si Bank Navapol
Geng Fast Furious nak balik
Kat luar ni ader kedai jual cenderahati, boleh juga singgah jika berkenan. 
Bersambung.......

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...