Sunday, April 14, 2019

Dari Selatan ke Utara Thailand: Hallo Hatyai | Part 1

11 Dec 2018
Selasa

Setelah 2 hari meredakan tenaga di KL, sambil2 tu cuci baju yang kotor dulu untuk di bawa ke Thailand pula. Mujur kami menumpang sehari di rumah KD, balik dari Korea hari tu, boleh la dier bawa kami ke laundry. Sempat KD bawa kami p beli kerepek, yang katanya glamour juga kat Banting ni. Tapiiii....oleh sebab aku sakit kepala, aku sekadar tengok tapi tak menghayati barisan kerepek yang ada. Padahal aku memang suka kerepek nak dibawa balik ole2 untuk keluarga. Dalam menahan sakit kepala tu, sempat juga ku rembat 2, 3 bungkus kerepek. Aku ingat sampai di situ je, rupanya KD bawa p kedai kerepek Che Rose.....Nak tak nak aku turun juga, membawa rasa, kot2 tengok kerepek kurang la sakit kepala ni. Aku pusing2, tengok kerepek sukun, rembat 1, sukun ni memang favorite aku ni, lagi2 cucur sukun. Pusing lagi jumpa kerepek bawang, rembat lagi satu....tengkok dah mula berpeluh, sakit kepala mencucuk2, kena duduk ni. Aku bayar dan terus duduk kat luar, sambil hati berdoa, cepat la korang habis membeli, aku dah tak tahan, berpeluh2, rasa nak muntah. Aku nampak KH keluar, lepas tu KD dan Z. Aku meluru masuk dalam kereta, sempat aku cakap KD dan KH yg duduk sebelah aku, "Saya nak baring eh, sakit kepala".... Heheheh.....Bila baring baru lega sikit rasanya, tambah pula duduk dalam kete beraircond. Uhhh...Segar rasanya. Tu la depa menyakat, "Ko ni kan baru seminggu merasa winter, balik Malaysia dah sakit kepala" 😂😂😂

Sempat pula KD ajak kami makan kat  E-1 Patin Tempoyak. Amboii, tengok nama patin terus segar. 😂
OK habis sesi mukadimah.

Aku & Z menumpang A di hotel area KL Sentral. Tak de la menumpang kosong, patak2 bayaq hotel la kan. A baru sampai dari Sabah. Malam baru kami bertiga bertemu di hotel. Siang tu masing2 bawa haluan sendiri, aku lepak kat Jalan TAR. 

Hari yang ditunggu2 sudah tiba. Kami berkumpul diruang menunggu ETS. Tiket ETS, S dah tolong beli awal berharga RM76/=, dan akan bergerak pada jam 7 am. Sengaja amik train awal pagi sbb nak menyempatkan diri dengan train ke Hatyai pula. Oh ya train ETS ni ada 2 jenis iaitu gold dan platinum. Menurut S platinum lebih mahal kira2 RM30, sebab ader beberapa kelebihan, contohnya dier berhenti beberapa stesen saja dan penumpang akan dibekalkan makanan dan minuman ringan. Atas cadangan exstudent S yang bekerja kat sana S beli tiket hok jenih gold saja. Rombongan kali ni seramai 9 orang. 2 daripadanya dah pegi dulu amik train dari Penang- Hatyai. Pagi2 tak sempat breakfast, mujur S memahami, dier bawa bekal nasi goreng dan kuih. Semua dia buat sendiri. Terima kasih moga S murah rezeki.
Tiket ETS
Sarapan nasi goreng. 
Kami semua
Perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar (PB) menaiki ETS mengambil masa kira-kira 5 jam 45 minit. Tiba di PB kira2, 12.45 pm. Perbezaan masa antara Malayis dan Thai ialah kita di Malaysia lambat sejam dari Thailand. Contohnya kita di Malaysia sekarang jam 8 am, depa kat sana dan 9 am. Kaunter tiket train ke Hatyai tutup dan hanya akan buka pada jam 2.30 pm (jam Malaysia). Semua orang mengambil peluang naik ke atas untuk makan2. Kitorang masih kenyang lagi dan lepak di tingkat bawah sambil menunggu kaunter buka. Ini kali ke-2 aku ke Hatyai. Seronok rasanya dapat mengembalikan kenangan 6 tahun yang lalu, juga menaiki train, tapi Senandung Malam. Masa tu kitorang bertolak malam dan beli tiket yang ader katil berharga kira2 RM60++ seingat aku. Sambil menunggu kaunter dibuka sempat kami membeli sim kad DTEC berharga 240 bath/RM30. Agak mahal juga kan. Kalo kat Malaysia kiter boleh dapat dengan harga serendah Rm8-RM10. Tapi puas hati juga sebab line internet dier laju bak hang.

Cop Q paling depan
Menanti kaunter imigrasi buka. 
Dari PB ke Hatyai, kami memilih menaiki Special Train yang dikendalikan oleh Syarikat State Railway Of Thailand (SRT). Masa yang diambil adalah kira-kira 50 minit untuk sampai ke Hatyai. Hanya beroperasi 2 kali sehari iaitu pada jam 8.55 am (Jam Thai)/9.55 am (Jam Malaysia). Manakala sebelah petang pula akan bergerak pada jam 2.40 pm (Jam Thai)/3.40 pm (Jam Malaysia). Sebab tu kitorang sengaja ambil train dr KL jam 7 am tadi, sebabnya nak menyempatkan diri train sebelah petang ke Hatyai. Kaunter tiket train ke Hatyai terletak di nun hujung platform 2, berharga RM7. Kena beli pada hari keberangkatan, tak ble beli awal sehari ke, beli online ke, memang tak dibenarkan. Lepas beli tiket, kena ambil pass masuk, isi dan kemudian baru cop pasport. Pass tak ble hilang nanti balik nak kena pulang pula. Imigresen Malaysia dan Thai ni sebelah menyebelah je. Cop kat Malaysia dulu kemudian pusing ke sebelah cop kat kaunter Imigresen Thailand pula, lepas tu baru ble naik train. 

Tak de orang lagi sebab kami paling awal cop pasport....😂
Sementara tunggu A dan Z yang terlambat masuk sebab depa terkena pegawai Imigrasi Thai yang bad mood....hehheh
Lagi......
Eh ader lagi, ingatkan dah abis.....😂
Ok depa dah masuk
Menanti 50 minit berlalu, masing2 layan perasaan. Aku tidoq je, terbuai2 rasanya dengan angin masuk dari luar. Akhirnya kami tiba di Hatyai. Ramai je orang offer kan tuk2. Tapi Abg Pok kata dekat je, jalan kaki 7 minit sampai ke Grand Plaza Hotel. Jadi kami pun jalan kaki je sambil mengheret beg 😂
Wajib amik gambaq dulu, katanyer....

7 minit pun lelah juga ye. Akhirnya kami tiba di hotel Grand Plaza. Dapat bilik 2 orang sebilik. Bilik besaq gedabak aihh.....Cumaan hotel ni hotel lama, kondisinya agak kurang sihat, tapi masih lumayan selesa kok. #tetibatertukarslangindo.....Jiran sebelah kata rehat dulu, solat, makan, mandi. Malam karang lepas maghrib baru turun, jalan2 cari makan. Lupa amik gambar bilik sebab badan penat, lampu pula malap.

lobi. Ini je sempat amik. Gambar bilik tak de. 
Depan hotel sebelum keluaq g cari makan
Jalan kaki je berpandukan goggle map p Restoran Kelantan. Makanannya kira ok la, tapi belum cukup wow. Ada menu yang dipamerkan tak ada, contohnya minta sambal mangga, dah abis. 
Mencuba makan aiskrim kelapa yang sedap.

Uiiiihhhhh.....masing2 pegang makanan. 
 

Ini WOW.....
Selesai perjalanan hari ini.....Kalo ikut kan hati nak je jalan2 terus kat bawah ni cari makanan, tapi memikirkan esok masih ada, jangan ikut kata hati. Kami pun beransur naik ke bilik.

Perbelanjaan hari ni:

Tiket ETS:  RM 76
Tiket Train Hatyai: Rm 7
Sim Kad DTEC: RM 30 (240 Bath)
Baju 2 Helai: RM 35 (270 Bath)
Makan Restoran Kelantan: RM 10.50 (80 Bath)
Aiskrim Kelapa: RM 6.50 (50 Bath)

Jumlah: RM 165

*Jumlah harga sudah dibundarkan kepada sen paling dekat.

Bersambung.......

No comments:

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...