13 Dec 2018
Khamis
Tak ada yang menarik sangat cerita kali ni. Hari ni masa banyak dihabiskan diperjalanan saja. Dari Hatyai fly ke Bangkok. KH kata kalo naik train, jauh giler, harga tambang juga lebih kurang je dengan flight, biarpun dier murah puluh ringgit tapi faktor masa tu perlu diambilkira. Jadi kami sepakat ke Bangkok menggunakan laluan udara. Aku tengok kos train ke Bangkok di sini. Kalo ada banyak masa, boleh juga kan sekadar untuk merasa pengalaman naik train ke Bangkok. Riki punya riki dapat la kami tiket paling murah ke Bangkok dengan harga RM156, dapat la merasa naik Thai Lion Air. Masa perjalanan dari Hat Yai International Airport ke Don Mueang International Airport, Bangkok mengambil masa kira-kira 1 jam 20 minit. Flight kami berbeza untuk semua orang. Paling awal KH dan S, paling lewat pula Z dan A.Masa nak pulang kunci tu, ader keluarga dari Malaysia, tak dibenarkan keluar selagi depa tak susun semula kedudukan katil seperti asal. Haaa.....jangan main2. Kalo dah tarik sana sini tu pandai2 la susun balik ye. Karang tak pasal2 orang tahan kiter. Oh ya, kami keluar dr hotel jam 10 lebih kurang, sekali dengan Abg Pok sebab dier terbawa kunci hotel dalam poket. Heheh......kan ada2 je, aku pelik sbb KL punya flight jam 1.50 PM, tapi dier check out awal giler dan gerak ke airport sekali dengan KH dan S jam 8.00 am. Mungkin itu sebabnya Abg Pok terlupa nak pulang balik kunci. Jdi kami ikut je la Abg Pok kata kita naik grab la ke airport. Murah sikit dari tuk2 pagi tadi katanya. Kat airport Hatyai tu ader je kedai jual makanan halal jadi, kalo tak sempat makan....jangan risau beli je kat airport.
Dalam Thai Lion Air |
Dah sampai.... |
Masa dalam teksi driver tu tanya dalam bahasa Thailand, tapi kitorang tak faham mulanya. Yang aku paham dier sebut "highway". KD tanya highway ader tol ke, dier tak ble jawab, pastu muka ketat gilllsss......Setelah diandai2kan, rupanya dia tanya, nak lalu highway ke atau amik jalan kampong. Kalo highway ader tol, kalo jalan kampong tak de tol tapi jauh. Bila kami tak dapat jawab, dier bawa je lalu jalan highway. Sibuk dier membebel sendiri2, mengata kami la tu...hehehhh. Tak pe, jangan bagi kami paham, sudah... Aku dah siap2 buka goggle map, takut dier colek bawa p tempat lain......Ko tengok aku punya penakut tu 😅
Akhirnya sampai juga kami ke Monomer hostel. Tambang teksi 250 Bath + 70 Bath tol=320 Bath. Dalam RM41.32. Boleh la kan.....Grab lagi mahal, 340 Bath.
Checkin. Hostel kami bangunan satu lagi. |
Aku suka hostel ni. Selesa dan bersih |
Pintu Bathroom dier klasik |
Bersih |
Tak kedekutz.... |
Katil bawah. |
Kitorang amik dorm, dalam ni ada 6 katil, jadi satu tu kosong, sebab kami 5 orang je. 4 orang lagi amik bilik lain. Menurut penilaian jujur, iklas dari hati. Aku suka hostel ni, bersih. Toilet ada dalam bilik. Kalo travel berkeluarga kiranya sesuai sangat. (Nanti diakhir part aku akan rumuskan kos hangus trip ni). Dekat dengan metro station, Dekat dengan restoran muslim. Ruang antara katil juga agak luas berbanding bilik hostel kami di Xian dulu. Simple breakfast ada disediakan, dan kalo korang macam aku yang suka minum panas diwaktu malam, ble minta air panas kat dapur dalm hostel ni. Perkhidmatan dobi juga disediakan. Dia kira per bakul, satu bakul 150 Bath. Dier minta kiter hantar di lobi hostel, petang dah ble amik. Selesai semuanya kami keluar makan. Kat area Ratchadewi ni memang banyak restoran halal sebab ianya berdekatan dengan masjid. Malam ni kami makan di Fareda Fatornee. Sedap, ble tahan.
SEbelum keluar makan, melantak durian dulu, ntah sape beli aku lupa.... |
Menanti makanan tiba... |
Amboi seriusnyer.....hehheh |
Kos abih ari ni:
Grab (Lee Harden Hotel- Airport): $240 /2 =$130 (RM16.84)
Mangga: $40 (RM 5.18)
Wrapping: $300 (RM38.85)
Teksi (Bangkok Airport-Monumer Hostel: $320/2=$160 (RM20.72)
Makan: $140 (RM 18.13)
Asamnoi: $55 (RM7.12)
Jumlah: RM106:90
*Angka sudah dibundar kepada nombor paling hampir
No comments:
Post a Comment