Wednesday, January 18, 2017

New Zealand: Jom Balik Kampong Vol. 2-2016: (Part 4) Beli Ikan di High Country Salmon..

28 Nov 2016: Monday
High Country Salmon- Twizel Top 10 Holiday Park
Day 1

Assalamualaikum n Hi korang....

44 minit lebih kurang, kami pun sampai ke High Country salmon. Datang sini tak lain tak bukan, berhajat untuk membeli ikan Salmon. Kat Malaysia mahal ni...Kalo baca sembang2 orang, ramai yang mencadangkan beli Salmon kat sini sbb harganya yang agak mrah berbanding di Mount Cook Alpine Salmon. Tahun lalu trip kekawan pun memang syorkan beli kat sini. Jarak pun dekat dan ngan Twizel. Masuk adalh percuma dari jam 8am-6 pm. Sambil2 beli ikan Salmon korang boleh la amik peluang untuk bagi makan pada ikan2, pada itik2 yang berenang riang, atau minum secangkir coklat bersama pancake sambil menikmati keindahan alam....

Mai aihhh...gigih la dier pancing ikan pakai baju celoreng hijau gitu...
Tengah tahan perut lapar ni. 
Air nan biru ni datang dari pergunungan tau, glasier yang dah mencair. Jadi, sape nak lawan dengan Salmon berenang dalam ni? Dier Hebat!!
Amboiii...segerombolan itik datang berenang laju nak ngap makanan yg ditabur....
Kaunter pembayaran...tak ramai orang masa ni, tapi bila kami nak balik, datang satu bas pelancong dari China....
antara barang jualan di sini
Atas: Ruang Cafe
Bawah: Kami tengah tunggu itik datang....ehh buat aper tunggu itik, nak tapau bawa balik kee?? Dakkk ehhh, nak bg dier makan la...
Sebagai chef merangkap bendahari kami, S yang aktif memilih ikan yang terbaik dimatanya dibantu oleh kapten. Aku tukang tengok2 je n sesekali jepret gelagat depa tengah memilih ikan Salmon. Aku ok je, pada aku mana2 ikan Salmon pun sama, semua sedap.. Wakakak....nampak sangat tukang masak cabuk aje. Masak2 untuk sendiri tu ok la atau jd pembantu chef ok je, tp kalo jd chef utama, tolong jangan ye. :D.. Eh....rombong pelancong 1 bas dah sampai jom2 kiter blah...nanti runtuh pula kedai ni. Dah la atas air, sejuk pula tu. Agak2 kalo terjun dalam ni beku tak?? Dari sini nak p Twizel Holiday Park tu, 4 minit je. Pejam celik eh dah sampai dah. 

Twizel Holiday Park, 
122 Mackenzie Dr, Twizel 7901, New Zealand

Dah sampai dah kami...

Ruang dalam kaunter receptionist
Urusan Check in


Kat luar Cabin No. 3, gambar atas tu kalo jalan sampai hujung, kat situ ader dapur
Selesai urusan checkin, masa nak punggah barang masuk cabin tu, tetiba ader orang hon2 kete dier. Terkejut beruk kami dibuatnyer. Wehhh...aper ni hon2, kitorang parking elok aje la! Itu cakap dalam hati je. Heran, sape yang kenal kami jauh2 kat NZ nii?? Gitu persoalan diminda masing2...Sekali orang tu keluar kete, laaaaa....rupanya En. Azli. Kami pakat gelak berjemaah. Hehehhe...lucu pula rasanya. Macam reunion. En Azli ni antara orang kuat Trip Kekawan. Kenal dier sebab tahun lalu kitorang join group En. Azli ni. Sebenarnyer untuk trip tahun ni pun pada mulanya nak join balik group depa tapi tak jadi sebab nak cuba jalan sendiri pula. Sembang2 kejap...tanya juga mana En. Zikri dan Shuk, katanya kalinyer dier sorang aje sebab group kali ni tak ramai. Yang lain masih lepak kat Lake Tekapo. Sempat lagi dier jemput untuk join BBQ malam nanti. Tapi kitorang malu....ekekkek...

Masuk cabin, rehat2 kejap, amik gambar bilik. Pastu S dah nak mulakan tugasnyer memasak. Aku sebenarnyer disamping lapar, perut tak selesa. Aku kan jenis cerewet nak guna toilet. Kalo mengembara, ini lah masalah paling besar yang aku hadapi. 2, 3 kali masuk toilet tak jadi juga, sudahnyer biarkan ajer la. Aku tengok S sorang2 kat dapur, aku pun p skodeng dier. Tugas aku tukang cuci pinggan mangkuk. Jadi ngam la dier masak pastu aku cuci mana2 pekakas yang tak digunakan disamping jadi pembantu chef, hulur sudu, hulur garam, tolong kacau sayur tu....Masa kami masak ni, tak ramai lagi orang yang datang. Jadi kami bebas nak guna dapur, tanpa malu2. Dalam Cabin ader disediakan pinggan mangkuk, sudu, gelas dan sebagainyer cuma kalo nak masak kena pegi ke dapur yang disediakan. Kat dapur ni pula semua jenis kuali, periuk, sudip, pisau, kicap, sos, garam ader disediakan, jadi kau guna aje la. Tapi kitorang guna bahan masakan sendiri sbb dah siap2 beli cuma pencuci pinggan pakai depa punya. kiter pun ader beli tapi tak guna pun. 

Lagi satu kau yakin, tawakal ajer la semua pekakas ni bersih, suci, murni tanpa was2 sebab kau tak nampak "sesuatu" itu dilakukan di sini. Semua pekakas kering dan bersih. Aku alim sangat tidak tapi ader juga aku cari info pasal ni & tanya kawan2 yang lebih berpengalaman. Jadi Inshaallah halal, suci bersih lagi murni..... Kalo dah kau tanam keraguan, ok jangan guna, dah jatuh haram di situ. Masa kami dah nak siap masak tu datang Mat saleh nak masak. Simple aje aku tgk dier bawa capati dan makanan tin macam tomato aku tengok. Lepas tu ader pula kakak melayu (rasanyer dr group Kekawan) masuk sana nak masak. Nasib baik awal sampai, tak de la malu2 nak masak. Ekekek....Sebelum keluar dr dapur kena pastikan dapur, singki, pinggan mangkuk, periuk belanga yang kita guna dibersihkan, dilap dan dimasukkan di dalam almari. Nanti tak pasal2 ader notis naik, "Tak de mama kau kat sini untuk ko suruh kemas bekas2 yang ko guna!!"

Akhirnya ini lah dier, menu kami. Sambal sardin, asparagus, salmon ala2 bakar, sambal hitam, kicap from Malaysia. Perrghhhh....berasap, tambah pula dengan nasi panas.

Menu kami hari ni
Selesai makan, rehat2 sat,  kemudian keluar lagi isi minyak. Kemudian pergi pula ke Lake Pukaki yang tak jauh dari sini. Konon2 nak mengenal jalan untuk esok tak de la teraba2. Tempat ni sangat cantik dan airnyer berwarna biru turquoise bila di panah mentari. Tapi yang ini tak berapa nak nampak sbb guna kamera hp je.

Kami di Lake Pukaki
Gunung ganang
Senja di Lake Tekapo
Laluan berliku

Angin makin kuat, KH syorkan untuk kami balik je. Sampai di Cabin nampak pula basikal 3 buah. Ehhh...kau ni kan basikal, tak pasal2 datang idea nak keliling pekan naik basikal...Aduhh (kononnyer...;p). Apa lagi Z pun pg tanya kat kaunter ble sewa tak. Harga sewa NZ 10 untuk 3 jam. Z kata kalo nak sewa 1 jam aje berapa....Dier kaci kurang jadi NZ5 je. Pastu dier bagi helmet n kasi kurangkan kedudukan kerusi basikal tu. Wahhhh.....sangat seronok. Kiranya ini la kali pertama aku bawa basikal setelah sekian lama tak bawa. Harap2 tak masuk longkang la ye....

Dari Twizel Holiday park ni kami membelok ke arah kiri melalui kawasan rumah2 orang. Yang bagusnyer memang tak banyak kete masa ni. Sunyi sepi macam tak de orang je. Tau aper sebab? Sebab masa ni dah jam 9 pm, masa untuk orang berehat dan mula untuk tdo. Tapi nampak masih siang sbb siang lebih panjang  berbanding malam, di kala musim panas ni. Kebanyakan rumah orang kat sini kecik comel aje. Halaman bersih.. Pastu kami pusing sampai pekan, konon2 nak beli buah, tapi kedai dah tutup...:( Ader juga nampak orang jogging, anak2 remaja main basikal tapi tak ramai. Memang tempat ni mendamaikan..

Memulakan kayuhan petang mengelilingi pekan Twizel. balik aje, aku rasa macam hilang 0.5 kg lemak kat peha ni....wekekekek....
Depan Twizel Holiday Park...Tahun lalu aku ader amik gambar kat pagar ni juga tapi kat belah belakang (motorhome parking)
Ni pun umah org juga tapi tak de orang, ke dah tdo??
Singgah umah orang nak amik gambaq bunga
Atas: DEpan pagar orang pun ble, asal unik
Bawah: kat padang 
Atas: Padang kat Pekan Twizel
Bawah: Kat depan Twizel Holiday Park
Senja di Pekan Twizel
Tamat untuk cite hari pertama. Kalo nak datang sini, aku syorkan korang amik masa bermalam disini barang sehari 2, memang berbaloi. Kami kat sini cuma semalam, tak puas rasanyer :( :(...Nak lama lagi. Yang aku perasan belah2 Twizel hingga la ke Te Anau suhu sangat sejuk walaupun di siang hari, tapi kat Dunedin hingga ke Christchurch, ok dah...ader sesetengah tempat tu tak pakai baju tebal pun ok. Balik Cabin tengok2 KH dah tdo, mamai2 dier buka pintu...hehehh..

Kbye....

Bersambung.....

*Tq atas sumbangan gambar: S&A

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...