Sunday, January 1, 2017

New Zealand: Jom Balik Kampong Vol. 2- 2016: Part 1

25-26 Nov 2016
Bermalam di Melbourne

Trip kembara kali ni aku namakan sebagai "Balik kampong" atau dengan nama pujangganya ""Sirih Pulang Ke Ganggang". Cewahhh...pujangga gitu...:p Vol 2. sebab ini kali ke-2 kami berkunjung ke sini. Punya la kan, macam je tauke sawit, padahal....pengembara fakir ye. Wekekek....Opss!! itu istilah khas untuk aku sahaja. Sensitif sket perkataan "Fakir" tu. Kali ni kami mengembara berempat. Sara, baru join dalam siri kembara kami. Oh ya cakap pasal Sara. Sara ni kawan sama2 belajar kat upsi dulu. Sekali dgn Kak Hasnah. Sejak abis blaja langsung tak jumpa, kiranya ini reunion kami selepas 11 tahun tak jumpa. Wow...lama tu, reunion pun bukan main lagi nun jauh di New Zealand. Abis, atur2 reunion dalam Mesia tak jadi2, sekali atur ke NZ, jalan terus. Perghhh.... Aku tengok dier sama macam dulu masih muda jelita. :). Dulu aku panggil dier Kak Mai, skg aku panggil dier Sara atau kadang2 Mai je. Sbb dulu aku sopan santun, ayu-mayu orgnye, (wekk, rasa nak muntah angkat bakul ni, Astaghfirullahhal’azim.....;p). Dulu kiter tak rapat kan Sara? hang dok tingkat 4, aku dok tingkat 1.. Tp dlm wsapp group art edu tu sembang mcm biasa je, sbb aku rajin menyampuk. Risau gak tau hang tak ble terima cara kami, sbb aku ni kadang2 berperangai juga. Kak Has, kalo hang dah kenal lama, inshaallah hang ble terima cara dier. Zymah lemah lembut orgnyer, xde masaalah.

Baru sampai...gelandangan di Klia2
Uihh...panjang betul mukadimah. Abis aje sekolah ari jumaat tu, kami terus angkat beg, terbang ke KL. Nampak tak, betapa terujanya..:D. Kami amik route yang sama macam thn lalu KL-Mel-Chc-Mel-Kl. Flight ke Melbourne jam 10 pagi 26hb, sbb tu kami terbang lebih awal ke KL. Teruja ye juga tapi nak mengelak risiko tu lagi no. 1. Perjalanan dari KL-Mel mengambil masa kira2 8 jam. Sampai Melbourne kira2 dalam jam 9 pm, waktu Oz (jam 6 pm waktu tempatan). Nampak macam lama gilerr kan dlm flight tp sbb masa Oz awal 3 jam dr Msia sbb tu dah sampai sana mcm dah lewat malam kalo kat Sabah. Tapi kat Mel baru je nak gelap sebenarnyer, sbb sekarang masuk musim panas jd siang lebih panjang dari malam. Sampai Melbourne, alhamdulillah berjalan lancar kat Imi, semua lepas walaupun bawa makanan 1 karung sorang :D. Keluar aje...uihhhh, angin malam dah menyapa kami. Sejuk wehh....terus amik teksi untuk ke Ibis Budget hostel kat CDB. Tidoq sini semalam sebelum terbang ke NZ esok petang. Kitorang tak amik bas untuk ke hostel sbb kalo naik teksi dier akan hantar terus ke depan hostel. Kalo naik bas, byk sikit keje. Turun Southern Cross Station (SCS), pastu kena naik bas lain pula. walaupun free. Harga tambang bas ialah $18.Tambang teksi tu $60/4 (mahal sket sbb dah malam), bayar la $20 sorang. Mahal 2 Dollar je. Tapi tak payah pikul beg keluar masuk bas.

Sara yang baru kami temui setelah belasan tahun tak jumpa. 
Esoknya 26 Nov, kami bangun awal, simpan barang kat stor hostel dan selesaikan urusan check out. Pagi tu kami habiskan masa jalan2. Mula2 pegi Victoria Market naik tram. Lepas tu jalan2 pegi makan kat Nelayan Restoran, Pegi Library, Pegi Hose Lane, lepak kat perkarangan Federation Sq. Kat sini ader wifi free. Oh ya kat sini la aku mula tahu hp aku buat hal...aduhhh....asal ko tak rosak masa kat Mesia aaa???? Masa kat tempat orang juga ko pilih untuk meragam. Jadi selama 14 hari aku kat sini, langsung lost contact dengan keluarga. Sungguh bosannya hidup ini tanpa telefon rupanya. Tapi ble je hidup sebenarnya cuma bosan la kadang2 kiter sorang2 kelip2 mata tengok orang lalu lalang sambil makan kacang, kawan ni hayal tgk hp memasing. Kiter becakap pun tak de org layan...sbb suara kiter macam angin lalu...wekekek....

Uhh...ramainyer orang
dapur kami sepanjang berada di Melbourne. Tekak melayu katanyer nak juge cari nasi. 
Eh ni nak habaq la, ari pertama kami makan kat sini, punyer sedap depa punya tauhu goreng. Sungguh! Sebab aku bukan pengemar tauhu. Yang ini, bila rasa sket terus jadi nak rasa banyak...haa, sampai gitu sekali. Terus tak jadi nak bagi depa 3 ni. :D :D. Tapi hari ke-2 dan seterusnyer Restoran Nelayan punya tauhu kembali ke tauhu asal sepertimana yang ada di Malaysia. Tak suka dah, mana tauhu goreng yang sedap tu...??? :(

Radio giant pernah aku jumpa. Tahun lalu macam tak de, ker aku yang tak perasan dier wujud kat situ??
Meriah sungguh kat depan Library ni dengan hiasan sempena sambutan Krismas
kat depan Victoria Market. Ari ni saje datang sini untuk buat lawatan penanda aras, tak beli pun sebab petang karang nak fly dah ke Nz, berat pula nak mengangkut nanti....
antara barang jualan di Victoria Market
Kami lagi
Gambaq atas: Depan Ibis Budget Hostel, CDB
Gambaq Bawah: Depan Bangunan Flinder Railway Station
Sara gembira dapat makan Cerry segar
Masih kat Victoria Market. Dah tengahari baru jumpa jalan balik ke pangkal jalan...wakakak...Kalo tak masih lagi tawaf kat situ.
Tiba2 masa lalu kat kat tepi St Paul's Cathedral tu, kebetulan pula ternampak pengantin dan rombongannyer. Kami pun dok menyibuk juga kat situ jepret dari tangga. Macam keluarga pengantin lagaknyer. :p...Yang bestnyer rombongan pengantin tu pun sporting juga, kaci biar aje kami tumpang amik gambaq pengantin, nasib tak dihalau, kalo tak malu juga kiter. Alaa...tapi sebenarnyer ader je orang lain pun nyebok sama tapi sebab kami pakai tudung jadi kontra dan jadi fokus di situ. Kemudian rasa macam nak amik gambaq dengan pengantin...heheh. Gigih tunggu kat tepi jalan tu...mana tau dier lalu situ. Sekali tengok nan ado....pengantin mesti la lalu ikut tangga depan, tak kan lalu tangga tepi pula.


Pengantin 2 sejoli. Bagai Pinang Di belah 2...:D
Kawan2 pengantin, tumpang nyebok kat belakang 
Free Tram No. 35....Ari ni tak naik tapi balik dr NZ gigih kejar tram klasik ni...
Ok lepas jumpa pengantin, kami pegi Hose Lane pula. Kebanyakan Grafiti lama dah ditukar baru. Ader beberapa kali jumpa pelukis grafiti tengah buat keje. Salute. Kerjanya kemas dan teratur. Tempat ni selain dari tempat untuk peluahan ekspresi diri, juga digunakan untuk berimaginasi. Percaya tak kami jumpa superwomen?? Tengok ni...aku pun tak sangka.

upppsss.....bukan ni. sabaq..
anak kera pakai rantai emas
Mamat handsome yang berjiwa seni
Haaa....yang ni. Tarik aper tu kak??
Superwomen yang sporting...
Gigih akak ni!


ketat sungguh...boleh bernafas ke tu??
Sungai Yarra
Menghabiskan masa, lepak di perkarangan Fed Sq. Kalo nak cari En. Somi kena cari lelaki macam mamat ni, yang pandai layan baby...:p. Yang pegang baby tu uncle dier, yang baju kotak2. abah baby tu. Macam tau aje aku kan...:D

Nak gerak gi airport dah...berat betul pikul karung guni ni..:D
Kat Tullamarine Airport... dengan doa semoga perjalanan ini selamat sampai ke destinasi...
Akhir sekali aku nak buat teka teki..... Sape dapat jawab aku bg hadiah...:p

dalam ramai2 arca kat belakang tu pilih mana satu manusia?
** Bersambung ke Part-2

Terima kasih daun keladi atas belas ehsan sumbangan gambar: @Sara Mohd & @Azymah 

No comments:

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...