29 Nov 2016: Selasa
Twizel- Mount Aoraki- Clay Cliff- Puzzling World-Wanaka- Queenstown
Day 2
Assalamualaikum n Hi korang....
Pagi nan cerah. Hari ke-2 ni, perancangan diatur untuk menjejaki Hokker Valley, kemudian ke Clay Cliff, Puzziling World, Singgah Wanaka, kemudian naik ke Cardona, Lalu di Arrowtown dan berakhir di Queenstown. Begitu lah perancangan awal, tapi siapa tahu "Ku sangka Panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari"....Perjalanan hari ini memakan masa 4 jam 30 minit dari Twizel- Queenstown, tempoh masa yang boleh dikira agak ngam2 dan masih ader masa untuk singgah dimana2 tempat yang disenaraikan. Kami menyiapkan bekalan dan kemudian memulakan perjalanan ke Mt. Aoraki. Kiter dah bincang untuk Hiking ke Hooker Valley, tapi nak sampai sana kena jalan kaki 5 jam (return), jadi depa kata sape yang tahan ble teruskan perjalanan, yang tak larat ble benti sampai jambatan ke-2 pun dah ok. Jambatan ke-2 ni 1 jam je (return).
|
Pelangi di pagi hari... |
|
Kuda sedang sarapan pagi |
|
Gunung ganang di panah mentari |
|
Lake Pukaki... |
Menurut pembacaan aku di blog orang yang penah ke sini, depa cadangkan mulakan perjalanan dari White Horse Hill Campsite, lebih dekat berbanding kalo mula kan perjalanan dari I-site Mt. Cook. sebab dari sini nak sampai ke jambatan 1 tu ( Muller Lookout) hanya amik masa 10 minit. Maka sebagai co-pilot aku pun set la GPS (panggil dier shella), dengan nama White Horse Hill Campsite. Tapi seingat aku macam dier tak ble cari nama tempat ni jd aku pilih nama Hokker Valley Road apa ntah, tak ingat. Jadi ikut je aper dier arahkan dengan harapan ditunjukkan jalan yang benar lagi terang Gitu.....Aku mengaku, seumur hidup ni baru 2x aku pegang n set bendalah ni. Jadi rasanyer aku la kot yang sakai (maaf ya, saya tidak menyentuh hal kaum di sini, sekadar makluman ader beberapa perkataan sabahan yang digunakan) giler nak guna bendalah ni. Sepatutnya perjalanan hanya mengambil masa 46 minit untuk sampai ke sana, tapi heran asal terlalu lama dan si Shella ni suh masuk jalan grable. KH kata kalo dalam gambar orang, jalan nak ke sana elok je mana de macam ni. Jadi sah la jalan ni salah.
|
Lake Pukaki 1... |
|
Pesisir Lake Pukaki, perjalanan menuju ke Mt Cook |
|
Pokok umbuh berbaris2 |
Tengok macam dekat je Mt. Cook tu, makin ko pergi dekat, makin dier menjauh.... Adakah ini petanda bahawa hajat kau nak hiking takkan kesampaian??? Aku bagi GPS tu pada S, dier setkan.. Sementara dier setkan kebetulan ader 1 kete lalu nak keluar ke jalan besar. Z tanya dier mana kedudukan Mt. Cook i-site, dier kata jalan kami pilih ni salah, kena keluar balik ke jalan besar dan ambil arah kanan. Kalo arah kiri dier akan terus ke Lake Tekapo. Jalan grable ni rupanyer jalan nak ke ladang orang. Pastu minah tu tanya, korang tak guna GPS ke? Z kata, guna tapi dier tunjuk jalan yang salah. Aku rasa kalo guna GPS yang ader dalam hp tu lagi bole percaya berbanding yang ni. Itu cuma aku yang rasa, tapi sebenarnyer mengaku aje la yang aku memang sakai dalam menggunakan GPS ni. :p:p:p:p....sebab aper tahun lalu naik caravan ngan Trip Kekawan tu ok je. Cuma 1 kot yang aku perasan, kena simpan alamat penuh satu2 tempat tu. Baru si Shela ni senang nak cari tempat.
|
Cantik tempat ni...Tak tau lagi ni sesat jalan. |
|
Mt. Cook bak jinak2 merpati, semakin ku hampiri semakin ia menjauh....Masuk ladang orang beb.. |
|
Sesat jalan. masuk ladang orang atas arahan si Shella (GPS) |
|
kembali ke Pangkal jalan.... |
Ok dipendekkan cerita, kami pun ikut arahan si Minah Salleh tu tadi. Dier punyer kete besaq jenis MPV, jadi selamba badak ajer dier bedesup lari dalam grable tu. Kitorang juga yang terkedek2 penuh hemah meredah laluan berbatu. Sampai Jalan besaq kami amik arah kanan dan tak lama tu jumpa signboard Mt. Cook (juga disebelah kanan), kami pun masuk simpang tu. Rupanya Dari simpang jalan besaq ni, nak masuk ke dalam tu dekat White Horse Hill Campsite atau dekat i-site Mt. Cook tu jauh giler. Patut la bila tengok kat goggle maps tu dier kata amik masa sampai 45 minit. Sesekali bertemu 2, 3 buah motorhome pergi dan balik. Betul la agaknya jalan ni...
|
Menuju ke Mt. Cook |
|
Kabus tebal.... |
|
Masih kelihatan sisa glasier di penghujung November... |
|
Kelihatan rintik2 hujan di cermin kete |
|
Kalo tak hujan di sini la laluan ke Hokker Valley... |
|
Tengok Glasier dr kejauhan |
|
Kete kami warna biru |
Tak banyak gambar yang diambil disini. Betapa kecewanya hati. Remuk. Bagai diparah2 rasanya. Begitu jauh kiter datang akhirnyer terpaksa berdiri kesejukan sambil merenung titis2 hujan di luar sana. Siapa kita nak menentang ketentuan ilahi. Z kata, jom redah? Aku teragak2, hujan mungkin tak kan reda dalam sejam berikutnya bila kiter tengok langit, mendung, kelabu, tak ada tanda2 untuk matahari memancarkan sinarnya. Memikirkan tentang keselamatan dan kesihatan yang perlu dijaga disepanjang trip ini nanti, aku syorkan untuk cuba cari baju hujan dulu. Memang ader je beberapa orang Mat Salleh yang meredah hujan tapi depa pakai baju bujan. Sejuk kot hujan di bawah kaki gunung. Aku kalo ader baju hujan, aku memang sanggup redah tapi ini agak bahaya. Paling takut guruh dan petir...takut aihhh. Maka kami pergi la ke I-Site, dengan harapan ader la dijual baju hujan atau disewakan pun tak pe, asal kan ader. Untuk pergi ke I-Site ni sebenarnyer ble je jalan kaki tapi basah jugak la ketiak, jadi kami drive ke sana. S & KH tak nak kuar kete sbb hujan. Jadi kami 2 je keluar. Kamera tak bawa jadi tak de amik gambar dalam i-site ni. Bangunan ni lebih kepada ruang pameran, peralatan mendaki, kamera yang digunakan dahulu, juga info tentang Mt. Aoraki. Disatu sudut ader ruang untuk jualan barangan cenderahati, pakaian dan sebagainya. Cari2 baju hujan tak ader. Z sempat rembat satu sweter kat sini dengan harga $45 kalo tak silap. Ok, itu je dapat....jadi kami pun bergerak meninggalkan Mt. Aoraki dengan seribu kekecewaan. Ini petanda, kami bakal menjejakkan lagi kaki ke sini....ekekek....(Ketawa sambil menangis....cehh!!
Doakan nilai matawang Malaysia naik balik....
Kete mula meninggalkan MT. Aoraki, semakin jauh ditinggalkan semakin mentari memancarkan sinarnya. Kami tak boleh tunggu lebih lama di sini sbb hari ni perjalanan kami agak panjang. Checkpoint terakhir hari ni ialah di Queenstown. Disebalik kekecewaan ni, ada juga terselit hikmah dan pengajaran. Di lain hari, kena siap2 bawa baju hujan dari Malaysia.
|
Mentari mula galak memancarkan sinarnya |
|
perjalanan di pinggir Lake Pukaki... |
|
Lake Pukaki yang berwarna turquoise |
|
pun cantik juga.... |
|
Cantik... |
Dipertengahan jalan, jumpa tempat cantik..berhenti lagi. Lake Pukaki memang terkenal dengan keindahannya. Jadi agak rugi jika tak merakan kenangan. Tahun lalu kami tak pg sini. Jadi perjalanan kali ni, walau ader yang kurang tetap ada kelebihannya....
Bersambung....
No comments:
Post a Comment