Assalamualaikum n Hi Sumeee.....
Perjalanan diteruskan. Kitorang tak berhenti untuk makan di sini (Rakaia). Selain toilet tak de air, aku rasa macam tak best. Tak macam tahun lalu, Rumput menghijau bak tikar mengkuang, duduk atas rumput rasa segar aje. Pasal toilet tu, tahun lalu pun sama, air kat singki kecik aje, punyer lama nak tunggu botol penuh. Dah tu sejuk pula, beku rasa. Emmm...Ye ke pasal tu ko nak cepat blah N?? Ke pasal tak sabar nak makan asparagus tu??? ekekekek... Kitorang yang jadi anak kapal ni ok la... ble makan2 makanan ringan dalam kete. Yang kesiannyer Pilot kami Z... Dier makan juga tapi agak terbatas sket. Heeheh...Sowie Z...
Perjalanan drai Rakaia Ke Lake Tekapo ni mengambil masa lebih kurang 2 jam 50 minit dengan jarak 231.2 km. Z memandu dengan kelajuan "mematuhi arahan"-80kmj saja. Di kawasan pekan atau bandar kelajuan menurun sehingga 50kmj. Ok la sambil2 memandang ke luar jendela. Banjaran Alps itu adalah racun, racun pada mata yang memandang....Ahhhh...Sudah! Keluaq dah ayat bunga2 dier. Jom, Jom kiter tengok view Sepanjang perjalanan dari Rakaia ke Lake Tekapo. Kalo tak makin panjang menjela nanti ayat bermadah Cik N..
|
Jepret dari kete... |
|
melalui pekan kecil sebelum sampai ke jajahan Lake Tekapo |
|
Ambil kanan kalo nak ke Lake Tekapo. |
Kalo kiter dari Timaru atau dari Omaru pun sebenarnyer ader jalan pintas menuju ke Twizel tanpa kiter perlu patah balik ke Christchurch atau lalu ikut QueenstonMasa yang diambil untuk ke-dua2 jarak ni pun tak panjang sangat. Contohnya Oamaru- Twizel- Timaru, tempoh masa yang diambil hanya 3 jam 40 minit, lebih kurang tanpa singgah. Laluan Oamaru-Twizel lebih dekat berbanding Timaru- Twizel. Di Hari ke-6 kami di sini aku terfikir nak jejak laluan ni, tapi tak kesampaian. Nanti aku cite pada part akan datang.
|
Bagi pencinta alam, ini la dier antara tempat untuk kita... |
Okkkk, Kiter dah nak sampai ke Lake Tekapo. Tengoookkkk!! Airnya nan biru dipanah mentari. Masyaallah, cantik sangat. Tau tak, asal air tasik jd warna turquoise? Ini disebabkan oleh serbuk batu halus (yang dikisar oleh glasier...."dikisar" gitu) yang termendap dalam air. Datang sini kiter kena cari Gereja Good Shepherd ni. Salah satu tempat popular, yang menjadi sebutan dikalangan para photografer termasuklah photografer cabuk macam aku...;p Kenapa dier popular? Sebabnya ialah kedudukannya yang strategik di tepi tasik menjadi subjek paling handsome apabila di jepret. Lagi2 apabila mentari terbenam ia akan merembeskan warna jingga kekuningan di sekitar kawasan gereja ni. Itu apabila tiba musim panas. Musim2 lain pun tempat ni memang cantik. Kalo tak caya cuba tanya Pakcik Goggle...
|
Nak sampai dahhhhh... |
|
Angle sama, sasar sikit je... |
Tahun lalu aku datang sini awal bulan 12, saki baki glasier di puncak gunung tu tinggal sikit je. Mungkin sebab baru nak ucap salam pd musim panas, nampak kali ni agak banyak. Glasier ini la, (walaupun hanya tinggal "sekangkang kera"- abaikan pribahasa yang tak kena tempat :D), yang menyebabkan kawasan di sebelah barat South Island ni agak sejuk berangin berbanding kawasan di sebelah timur South Island. Menurut Pakcik Google, glasier di New Zealand ni terbentuk kira2 250- 300,000,000 yang lalu. Haaa....lama gilerr kan. Ini zaman2 ais ni. Tanah yang kiter pijak pada hari ini (di sekitar Lake Tekapo) pun pada asalnyer merupakan sebahagian daripada Lembah nun jauh di dasar laut. Oleh sebab berlakunya Pergerakan/ pengeseran antara 2 plat besar kerak bumi maka salah satunya ditolak naik ke atas permukaan lautan. Lama kelamaan ia membentuk sebuah pulau dan semakin lama semakin tinggi membentuk banjaran alps yang sangat cantik. Bila musim bertukar Glasier pun semakin mencair, bila dier cair, ia mula mengalir ke lembah dan tasik, lalu terbentuk la Tasik Tekapo, Tasik Pukaki dan bebrapa tasik yang lain.
|
Kete biru yang menjadi teman kami sepanjang berada di NZ |
|
Kalo kiter menyeberang atas jambatan tu (dari seberang sini) kitera akan terus menuju ke Church of the Good Shepherd. Nampak tak bangunan gereja tu, kecik aje. Tapi sebab malas nak berjalan dalam keadaan sejuk berangin kami patah balik, naik kete dn parking dekat dengan gereja tu. |
|
Kalo tahun lalu kat sini banyak giler bunga lupine tumbuh mekar. Tapi kali ni kurang. Tengok gambar org yang pegi selepas kami banyak pula bunga2an kat sini. Jadi korang kalo nak mai tengok bunga, selain musim bunga, datang la awal bulan 12 |
|
kami yang kesejukan di sapa angin |
Dulu2 orang kata, Lembangan Mackenzie ni tak de orang yang tinggal. Sunyi. Sepi. Yang ader hanya bunyi ungas dan burung berkicauan riang di angkasa raya.....Hingga lah satu ari tu sekumpulan orang Moari mengembara, tetiba depa jumpa kawasan ni. Bila rasa selesa, pula tu dekat dengan tasik, depa pun mula membuka petempatan kekal di sini. Sampai skg ni pun memang tak ramai orang duduk kat sini. Dianggarkan pd tahun 2013, hanya ada 369 org penduduk yang tinggal di Lembangan Mackenzie. Ini secara langsung menobatkan ia sebagai salah satu daripada 5 kawasan yang kurang penduduk. Untung depa ni dapat tanah beratus ekar.
|
Petang di Lake Tekapo |
|
Sisi lain di Lake Tekapo |
|
arca anjing, mercu tanda di Lake Tekapo |
|
kalo dah lewat petang lg cantik tempat ni.. |
Jalan sket lagi, dekat dengan Gereja Good Shepherd ni terdapat sebuah arca Anjing yang diperbuat daripada gangsa. Kiranya ini merupakan mercu tanda kat Lake Tekapo ni. Jadi kalo datang sini kena amik gambaq juga dgn arca ni...ekekke. Ehhh?? Asal anjing depa letak jadi mercu tanda?? Ok, citernyer macam ni. Kat South Island ni kan memang terkenal dengan penternakan lembu dan kambing biri2. Jumlahnya pula bukan alang2, banyak gilerr okehhh... Pernah terbaca dalam satu artikel, jumlah biri2 ni lagi banyak dari jumlah manusia yang duduk dekat South Island ni. Kebenarannya tak pasti lagi, tapi kalo tengok sepintas lalu macam betul sbb katanyer yang datang ke South Island, yang kiter tengok ramai2 tu, itu semua orang luar. Macam kiter2 ni, yang datang berkala, yang konon2 NZ tu kampong dier...(ekkekkk...aku la tu berangan!) Bukan penduduk tetap di sini. Ok, jadi depa memelihara anjing untuk membantu menghalau (memburu org sebalah Beaufort bilang...;p) ni masuk kandang. Kalo kandang sini dah tak de rumput depa akan bawa biri2 pegi kandang sebelah pula. Kalo tak de anjing ni jenuh juga nak mengejar biri2 yang beribu2 lemon tu.. Mau pengsan.. Jadi depa pun buat la satu arca anjing, sebagai menyatakan penghargaan, terima kasih atas sumbangan dan peranan besar anjing dalam membantu memudahkan kehidupan seharian mereka.
|
Kami |
|
tudung senget ditiup angin....:p |
Kami abiskan masa dalam 1 jam setengah di sini, rasa tak puas sebab cantik sangat. Pelamcong makin ramai yang datang berbas2.....(bantai bahasa spanyol...:p) Maka kiter yang lama bertengek kat sini, maari la beransur pergi. Bagi peluang kat depa pula merakam kenangan di sini. Perut aku dah palu kompang, tak alang2 bunyi nyer. Nampak macam panas kan, yer memang mentari memancarkan sinar tapi angin pun tak kalah hebatnyer.... Sejuk gilerr. Sampai hp S pun Jem, tak ble nak buka dah....Ker abih batrie S?? heheheh.....
Ok Jom P Beli Salmon pula...Horeeeyyy!!
Bersambung.....
*Terima kasih atas sumbangan gambar: S & Z
No comments:
Post a Comment