1 Disember 2015
Selasa
Hari terakhir di Melbourne. Group Kak T dah berangkat semalam ke NZ. Mulanya kak Has plan nak bergerak awal ke airport, tapi bila kak T wsap, kat NZ sejuk gilerr, kami memutuskan utk bergerak ke aiport pd jam 12.00. Pagi ni kena cari long john dulu di QueenVictoria Market (QVM). Kami berkemas awal, check out, simpan barang kat stor kemudian naik tram ke QVM. Senang aje tunggu tram kat collin St. Stop 2, depan hotel tu je dan selang beberapa hentian baru turun. Oleh sbb aku, kak Has n kak Yan tersilap turun di hentian ke 4, maka kami jalan kaki menuju ke QVM. Nak jalan kaki dari hostel ni pun ble sebenarnyer, kalo macam kiter jalan kaki mengambil masa 15 minit. Kalo Mat Salleh 6 minit :). Ader je group aunty2 dr Malaysia selamba je jalan kaki dr hostel. ok je.. Aku cadangkan kalo tak mengejar masa, hanya sekadar santai2, elok la jalan kaki sbb kalo jalan kaki ni kiter lebih cepat kenal jalan, lorong, bangunan dan sebagainya...:)Tak sempat amik gambo depan bangunan sbb sampai2 je masuk tempat buah2an ni, tak jumpa pintu gerbang :D
Pasar yang bersih |
Dalam pada tu sempat lagi aku mengira2 hari apa masa balik sini nanti.. Sebab, kalo nak mai QVM ni bukan ble main terjah je tak tengok hari, nanti rugi je datang, alih2 tutup. QVM ni buka setiap hari kecuali hari Isnin & rabu. Juga tutup pada masa cuti umum.
Masa beroperasi:
Tues & Thurs: 6am – 2pm
Fri: 6am – 5pm
Sat: 6am – 3pm
Sun: 9am – 4pm
*Specialty Shopping *
Tues & Thurs: 8am – 2pm
Wed: 5pm - 10pm
Fri: 8am – 3pm
Sat: 8am – 3pm
Sun: 9am – 4pm
antara patung yg comel |
omelnyer...emhhhh.... |
Sekumpulan pelajar sukan bersama cikgunya.... |
Dah dapat apa yang dicari kami pun balik semula ke hostel untuk ambil barang dan bergerak ke airport. Ini kali pertama kami menaiki Virgin Air, jadi kena datang awal untuk mengelakkan sebarang masalah. Flight kami dijadualkan berlepas pada jam 3 pm. emmmm.....ader masalah sebenarnyer...:(. Tapi tak pe la, sebagai pengalaman dan pengajaran, lain kali dah tau dah & inshaallah sejarah tak kan berulang. Cite nyer macam ni, kami dapat tiket super saver. Sangat murah. Aku ingat dalam RM 200++ seorang. Masa dapat emel dr Virgin Air, Kak Has dah forward kan pada kami dan minta kami check balik. Mana la tau ader benda yang terlepas pandang ke apa kan. Tapi masa tu masing2 sibuk jadi benda tu berlalu begitu saja tanpa sempat dilihat. Ingatkan depa bagi free luggage 30kg utk semua rupanyer langsung tak de, macam AA juga kena beli asing. Jadi kena bayar soran AUD100. Gile mahal....nak nangis rasanyer. Nasib baik aku tak beli banyak tadi kat Vic. Market. Ader la juga duit lebih. Heheheh....ini la namanya pengembara fakir...;p Bila jadi perkara macam ni sangat menguji... semangat kerjasama, bertolak ansur dan saling memahami. Aku ingat diantara kami, sorang pun tak de nak meletakkan kesalahan tu pada bahu sape2. Sungguh.. Memang dalam hati kami berempat rasa... aduhhhh sayangnyer duit (hehheh.... dan agak panas pd cik kat kaunter yg sinis sungguh) tapi setiap kami saling bagi motivasi, "ok...takpe bukan rezeki kiter, mesti ada hikmah disebaliknya". hehehhe....jadi bila macam ni, sesi kembara seterusnya akan lebih santai dan gembira.
Bila berlaku macam ni, kita la sesama kawan yang akan bahu membahu saling membantu dr segi kawalan emosi dan sebagainyer. Masa tu ader juga group yang bakal menyertai Trip kekawan tapi depa tak de tanya apa masalah dan sebagainyer, padahal ader je kat kaunter sebelah. Takut kami nak pinjam duit kot. Memang tak la kan. Harap2 tak de la dalam hati ni pegang prinsip "aku2 kau2".. Nak senyum kat orang pun berat sangat. emm......
Hargailah kawan2 disekeliling kita, walauapa pun dia punya karektor sebab kita sdh kenal kawan kita secara fizikal dan hatinya. :)
Bila berlaku macam ni, kita la sesama kawan yang akan bahu membahu saling membantu dr segi kawalan emosi dan sebagainyer. Masa tu ader juga group yang bakal menyertai Trip kekawan tapi depa tak de tanya apa masalah dan sebagainyer, padahal ader je kat kaunter sebelah. Takut kami nak pinjam duit kot. Memang tak la kan. Harap2 tak de la dalam hati ni pegang prinsip "aku2 kau2".. Nak senyum kat orang pun berat sangat. emm......
Hargailah kawan2 disekeliling kita, walauapa pun dia punya karektor sebab kita sdh kenal kawan kita secara fizikal dan hatinya. :)
No comments:
Post a Comment