Wednesday, July 20, 2016

Kembara New Zealand (3): Ke Rakaia Gorge

2hb Dec 2015
Rabu

Hari yang sama. Dari deport motorhome tadi kami meneruskan perjalanan ke check point 1. Dalam Iti yang dibekalkan oleh Trip Kekawan, ari ni akan pergi ke Rakaia George- Lake Tekapo- Lake Pukaki- Twizel Holiday Park Campsite. Inshaallah akan menempuh perjalanan sepanjang 300km dengan menggunakan route 77- Inland Scenic Route ari ni. Aku teruja sangat dapat jejak kaki ke NZ, maklum la baru penah jejak kaki ke negara om puteh...ekekek...aku mulakan dengan moment sepanjang perjalanan ke Rakaia Gorge..


Menuju ke Rakaia Gorge. Mengambil masa kira2 1 jam perjalanan dari Christchurch. Simpang depan tu menuju ke arah airport. Kiranya tadi kalo terus bergerak dari airport kami cuma perlu ambil arah kanan menuju ke Rakaia. Ini masih dalam kawasan bandar. Nampak ader banyak kete, tapi masih dikira lancar dan ok je. Driver di sini aku rasa kebanyakannya agak mematuhi undang2 jalan raya. Apa taknyer kalo buat salah je akan ader driver lain call polis & sat lagi akan ader la polis mengekor. Kami memang selalu diingatkan tentang hal ni oleh En Zakri sbb bayaran samannyer agak besar. Minta dijauhkan....

Macam nak balik kampong je suasananya....:)
Motorhome group Kak T depan ni. Depa kat dalam tu 5 orang je sbb sorang tarik diri. tapi sayang deposite tak dapat balik. Kalo dapat anugerah Motorhome terbersih dan terkemas, depa la yang menang agaknyer. Memang bersih, sentiasa bersapu siap mop lagi dan ble solat atas lantai. Oleh sbb depa 5 orang je, maka kerusi tengah tu depa kekalkan sebagai tempat makan. Tak tukarkan jd transformers. Kat sini dah mula tak nampak banyak kete...sesekali berselisih dgn kete dan motorhome lain. Yang menariknya kalo berselisih je dgn motorhome dr syarikat yg sama depa mesti nyalakan lampu 2x sebagai isyarat "Hello"...sporting sangat :)


54 km lagi
Tiba di Rakaia Gorge nanti ader aktiviti naik Jet boat menyusur sungai Rakaia katanyer. Jika berminat ble la join. Aku dah berkira2 untuk mengurangkan seminima mungkin segala aktiviti yang melibatkan kewangan. Hehehhe......Fakir sungguh rasanyer. ala kalo nak merasa naik "Jet boat" kat Sabah pun ader. Dah puas dah naik boat yang tak berapa nak laju tapi menyusur sungai juga....ekekek ....#ayat penyedap hati. Kalo korang kaki hiking, banyak masa, ada duit lebih, aktiviti hiking mungkin sesuai dan agak menarik. Yang ini stamina kena mantap, kaki kena kuat sebab kita akan melalui beberapa kawasan hutan dengan ditemani pokok2 renek sebelum mendaki. Sepanjang perjalanan akan dihidangkan dengan pemandangan yang cantik, akan jumpa bekas runtuhan benteng, akan melalui glasier, jumpa tapak lombong arang batu dan sebagainya. Untuk sebarang tempahan, ble hubungi:-

Methven i-SITE Visitor Centre
160 Main Street
Methven
Phone 03 302 8955

Lembu meragut rumput
Pemandangan menarik di sepanjang perjalanan. Rumput pendek ke hijauan sujana mata memandang

Gunung ganang
lembah nan indah. laluan menuruni bukit untuk sampai ke bawah sana. 

aku ingat dah sampai rupanyer belum lagi...:)


Horeee...sudah sampai akhirnyer. Kami ambil gambar lebih kurang. Airnya berwarna putih susu- kehijauan,  mungkin sbb hujan, sbb aku tengok kat video, ada kalanya air sungai berwarna biru jernih. Angin agak kuat kat sini tapi tak sejuk sangat. Sementara depa naik jet boat kami amik kesempatan utk masak air tapi malangnyer dapur tak ble guna. Kena ada mancis utk hidupkan api. Masalah tu kami dah bagitau pada EA dan dier pun dah tolong untuk cuba hidupkan, tolong bagi mancis. OK dah tu alhamdulillah... Dah mula dah dengar ader yang merungut. Mula tu dengar aje, tapi bila dah sentiasa di ulang suarakan, macam perlu ditegur dan perlu diperbetulkan. Malu kiter kalo terlalu banyak merungut. Bukan tak ble nak komplen sangat tapi salah tempat, kalo nak komplen rasanya kat depot tadi adalah tempat yg paling sesuai. Tapi masa tu tak pasang api lagi. Mana nak tau dapo ni elok ke tak. Cuma apa yang boleh diambil ialah sentiasa berfikir positif, ini la rezeki kita jadi terima aje la.


Rakaia Gorge Bridge berlatar belakangkan Mount Hutt
Jet boat Tours
Selain dr aktiviti jet boat dan hiking ni, ble juga pg mancing. sediakan pancing sebelum hujan :). Tapi untuk trip kekawan depa cadangkan untuk naik jet boat ni. Tak paksa, kalo nak naik la kalo tak, lepak2 di pinggir sungai pun ok. Angin agak kuat sini tapi tak sejuk sangat. Kalo nak naik Jet boat ni, bayarannya adalah NZD50 (dewasa), kanak2 NZD30. Kami tak naik sbb....sayang duit. hehehh.... Aku cadangkan jika ada banyak masa, ada duit lebih...ble la join aktiviti la. Aku dah tengok video nyer. Best gilerrrr.....rasa macam nak tercampak aje dr boat ni, laju! Tapi jangan risau driver boat memang seorang yang pakar dan berpengalaman tak de sangkut punya. inshaallah...



Ble tengok Video ni...:D...dapat dari Youtube..


Bersambung.....

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...