Wednesday, July 27, 2016

Kembara New Zealand (5): Pagi Di Twizel Campsite

3hb Dec 2016
OMARAMA-WANAKA-QUEENSTOWN
Hari Ke-2

yg ni motel kot, khas untuk pengembara yang menggunakan kereta. 
Aku bangun awal. Mulanya agak mamai2, "eh, aku kat mane.....aku kat mane?? Asal sejuk gilerrr ni??" #dengangayataufikbatisah....... 3 minit baru la pandangan mula jadi cerah, fikiran mula kembali normal. Ohhhh...aku kat oversea rupanyer. Holla New Zealand....sambil mengeliat manja....ekekek....Cehhh, tak yah la minta puji sangat. Bila teringatkan bilik mandi yang dikongsi bersama aku terus ambil tuala dan toiletries dan terus g mandi. Alhamdulillah nasib baik gelap lagi, kalo tak malu tengok dek org. Geng2 aku ader yg dah bangun, aku je kot terlambat :D. Lagi sekali rezeki aku, sampai ajer terus dapat bilik mandi kosong. Nasib baik ader ayaq panas, kalo tak mungkin aku dah jadi beku kat sini. :p ;p

Antara bangunan di Twizel Campsite
Pagi tu baru nampak jelas persekitaran campsite ni. Kawasannya tak begitu luas, tapi masih boleh memuatkan 20 motorhome. Antara perkhidmatan yang diberikan ialah bilik mandi lengkap dengan hot water, dapur, power supply dan pili air untuk motorhome. Aku ingat sume campsite utk motorhome ader 2 benda ni (power supply & pili air) sbb ini penting untuk kiter guna elektrik dan air untuk cuci pinggan mangkuk. Bila buka aje sambungan pili air kat bawah tu, singki dah tak ble guna, sbb tak dah air.  Aku baru tau benda ni, maklum la dulu belajar KH I amik ERT, bukan pertukangan ;p.....Selain itu aku rasa ader juga beberapa buah motel untuk pengembara yang menggunakan kereta. Pagi tu selepas sarapan kami siap2 cuci pinggan masing2, bersihkan singki, simpan sume peralatan dapur dalam laci dan almari, tutup pili air dan power supply. Sementara tu driver kami pegi taklimat pagi oleh geng Trip kekawan. Nasib baik dier dah mandi. ekekek.....Isi taklimat lebih kepada penerangan awal tentang perjalanan hari ni, disamping diselitkan juga kata2 nasihat, pandu cermat, jiwa selamat...Yang wajib sangat nak dielakkan ialah kena saman.



Campsite yang kami duduk ni terletak di bandar Twizel  iaitu sebuah bandar terbesar di Daerah Mackenzie. Dibina pada tahun 1968 sebagai projek greenfields untuk perkhidmatan Skim Hidroelektrik Waitaki. Skim ini terdiri daripada 50 km terusan, dua empangan, dan empat kuasa besar (Tekapo B, Ohau A, B dan C), dan pembentukan Lake Ruataniwha, menghasilkan 848 MW tenaga elektrik. Mempunyai populasi penduduk seramai hanya 1210 (anggaran: jun 2010).  Dikhabarkan apabila tiba musim panas bilangan pelancong yang datang ke sini adalah 3 kali ganda dari angka penduduk tempatan. Kini Twizel menjadi salah satu lokasi pelancongan yang menjadi pilihan pengembara. Antara Aktiviti yang boleh di sertai di sini ialah belayar di Tasik Ruataniwha, bermain ski di musim sejuk dan bermacam2 lagi. 


comelnyer caravan tu.....
Pelangi disebalik awan
Hujan renyai2 pagi ni, tapi mentari masih gigih nak memunculkan diri. Tengoklah ader pelangi di situ....omelnyerrrr...:) Cuaca juga sejuk.. Kami amik gambar lebih kurang, dan kemudian bergerak ke High Country Salmon Farm, yang semalam tak sempat nak p.  Terletak di State Highway 8 iaitu di selatan bandar Twizel. Hanya 7km saja dari Twizel Campsite tadi. Apa yang uniknya di sini Salmon Farm ni dibina terapung di perairan glasier Wairepo Arm. Perghhhh...ble bayangkan kesegaran ikan Salmon yang biasanya aku tengok aje (dalam TV) beruang makan dengan lahapnyer di Alaska. Uhhh...Ini kalilah merasa makan Salmon. Kat sini kiter di beri peluang untuk bagi makan pd ikan dan juga itik yang berenang riang. Aku salute pada itik ni, depa ble tahan sejuk berenang di dalam air gunung yang pastinya sejuk gilerrr. Untuk menyeimbangkan rasa sejuk, ble juga lepak di Cafe Salmon Farm ni sambil menikmati secawan kopi dan pai panas, quiche atau sup krim. Selain tu ble juga beli salmon.

Parking area
Jeti
Itik berjiwa sangat kental sedang berenang riang

kami beramai2 sekali dengan group Mawar Berduri...;D
Kami beramai2. Sepatu jepun ku yang sangat berjasa. Balik Msia kaki tak melecet...
Sape nampak Kak T? hehehhe...
Simpang depan tu nak p Ohau, antara salah satu daripada 3 tasik yang ada di sini. 
Panas tapi sejuk...demam ke? hehehhe...

Ok dah dapat ikan jom teruskan perjalanan....

Bersambung...

Terima kasih daun keladi atas sumbangan gambar: Kak T, Zymah, Kak Has

Rujukan: http://www.twizel.info
https://en.wikipedia.org/wiki/Twizel

No comments:

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...