1 Dec 2015
Setelah mengharungi penerbangan selama 3 jam 30 minit (lebih kurang) di atas awan, akhirnya kami tiba di Christchurch Airport... Yahooo.... aku bantai tdo aje sepanjang perjalanan. Bukan ble buat apa pun, Tgk luar hanya ada awan, buku? aku tak bawa, buat berat aje. Beza masa antara Australia dengan sahabar baiknyer New Zealand adalah 3 jam (Beh kurang). Urusan kastam & Imigresen berjalan lancar tanpa halangan. Kiter dah buat ikut aper yang Tok Guru pesan. Maka, inshaallah semuanya ok...:) Aku bawa je makanan dalam 1 beg sederhana besaq, bawa juga nescafe, bawa biskut berasaskan coklat, bawa beras, makanan tin, bubur dalam paket, maggie (wajib)....tapi semuanya aku declare dalam 1 kertas panjang menjela...Ok yang tu tipu ;p....1 helai je seblah menyebelah. Oh ye, sardin aku kena buang la masa nak checkin kat airport Melbourne. Sebab aku tak simpan dalam beg msk kargo. Aku ingat sempat nak makan sambil tunggu masa nak berangkatkan, emhhh....tapi sbb kandas kat kaunter sbb kena bayo AUD 100, lupa nak makan. Padahal aku ada bawa nasi tu. Nasi yang Kak Nana masak semalam. Lebihan...eh elok lagi. Jangan membazir :D
|
di perkarangan airport, saje membuang masa. Malam ni checkin sini kot, buat2 la mcm rumah sendiri ye.....:p |
Malam ni nampaknyer kami akan berkampong kat airport ni. Dah nampak dah 2, 3 group yang join sekali trip kekawan. Depa pun sama tdoq sini juga. Kami lepak kat level int. arrivals hall tu sbb katanya En. Zikri akan jumpa kat sini. Aku tengok ramai je yg lepak kat situ termasuk la geng mat salleh yg siap bentang tilam 4 segi, bukan sleeping bag ye. Itu aku tau la bentuknyer. Ini tilam, bila dia lipat jd 4 segi besaq tapi yang bagusnyer tilam dier tu senang nak kemas, macam beg doremon aje. Hehhe...teringin pula nak beli. Tengah malam tu ader beberapa pegawai suh kami naik ke domestic arrivals area. Katanyer kat atas lg selesa. Padahal depa tak nak para pelancong yg baru tiba nampak " kebersepahan" para gelandangan seperti kami berada di mana2 ruangan tersebut, hingga menampakkan kesemakan......ehehehh.....sorry eh kalo korang pun termasuk dalam cop "gelandangan". Eh sambung cite pasal tilam Mat Salleh, dier pun kena halau juga. Pastu aku tengok dier lipat 2 tilam tu, then tutup macam beg. Yang bagusnyer ader pemegang pula tu, kalo tak tengok dier baring tadi, mesti tak perasan yang dier usung tu tilam. Cuma itu la besaq gedabak cuma nipis a. alaa.....macam kiter usung frame kanvas, macam tak biasa pula...:p
|
pelbagai info berguna |
Kat atas ni memang selesa, sebab kat atas ni juga ader cafe. Tapi bila cafe tu buka tak selesa dah nak terbaring kat sofa nan empuk. Terpaksa cari port lain. Kat atas ni juga ader tempat utk charge hp. Bagus. Malangnyer tak ada wifi free. Kedekutz. Bila tak dapat tido plus sejuk, mula la teringin nak minum ayaq panas, dengan tebal mula mintak ehsan air panas kat cafe. Nak bayar tapi dier tak nak. Moga murah rezeki ko nak....:) Ble la makan maggie dan nescafe buatan sendiri. Alhamdulillah......
|
sekitar ruang ketibaan antarabangsa |
|
Zymah n Pinguin :D |
|
selepas di halau...ekekek |
|
Kami beramai2 |
|
Kami ahli sukan negara..wekekekke.....
P/S: Sebelum meneruskan cerita ni dengan lebih panjang lagi elok la aku memohon maaf terlebih dahulu kepada kawan2 andai cerita ini nanti akan menyinggungkan perasaan kalian. Memang akan ada banyak luahan perasaan/ teguran. Agak pahit tapi itulah kenyataannya. Setiap kita ada kelemahan dan kekuatan masing2, dan mungkin ada ketikanya antara kita terkhilaf sesuatu, rakan disekeliling la yang bertanggungjawab menegur dan membetulkan agar kita sentiasa berada dalam landasan yang betul. Bila mengembara, perkara paling penting, kena jaga hubungan persahabatan agar siri kembara itu menjadi menarik seperti yang kita harapkan. Tak ada istilah ketua. kita semua adalah ahli. Cuba bertolak ansur sesama rakan, berfikir di luar kotak/ positif, berbincang dengan baik. Aku sangat mengalu2kan teguran dari rakan2 jika aku tersilap sesuatu tapi mohon jangan dengan cara yang kasar. inshaallah teguran itu ble diterima dengan hati terbuka....
|
Bersambung.......:)
No comments:
Post a Comment