Thursday, July 28, 2016

Kembara New Zealand (6): The Wrinkly Ram & Lindis Pass

3hb Dec 2015
The Wrinkly Ram

pokok tirus

Dari Salmon Farm tadi kami memulakan perjalanan menuju ke destinasi seterusnya iaitu di The Wrinkly Ram (TWR), sebuah tempat penternakan kambing biri-biri. Kat sini kiter ble tengok bagaimana cara depa mengetam bulu kambing, bagaimana depa menguruskan kambing yang bilangannya beratus2 lemon dengan bantuan anjing dan kuda. Eh kuda?? Kalo anjing aku tak heran kalo dier digunakan untuk memburu, tapi kuda tu aku agak pelik sket. Heheh.....aku tak penah tgk kuda dari dekat itu la tak tau. Dan kemudian kalo kiter bercadang nak membuka ladang ternakan biri2 ble lah mendapatkan info berguna di sini. Kalo nak tengok depa mengetam bulu kambing, kena booking dan cornfirmkan lebih awal dalam 2, 3 hari sebelum nak p tu, sebab biasanya depa tak buat depan org ramai, buat pertunjukan hanya pada group yang request saja. Pertunjukan mengetam bulu kambing ni depa buat jam 9 pagi. Bayarannya ialah NZD25 (dewasa), kanak2 pula: separuh harga. 

photo by kak Cath
Address:
24-30 Omarama Ave
Omarama
New Zealand

Phone: +64 3 4389751
Fax: +64 3 4389731

Kami tak masuk sbb berbayar ;p... Jadi lepak aje kat luaq. Jumpa pula geng yang suka bunga. Rasa nak petik bawa balik je.






Lindis Pass

Lindis Pass adalah kawasan kering berbukit bukau  yang terletak kira-kira 32 km di barat daya Omarama. Sepanjang perjalanan kita disajikan dengan pandangan yang sangat indah. Dapat tengok rumput yang menjdi hamparan permaidani di lereng bukit, rumputnya berwarna kuning kecoklatan, lembut dibuai angin. Oleh kerana jalannya yang berbukit bukau dan berliku, maka kiter tak dapat bawa kete lebih laju melebihi 100kmj. Selang beberapa tempat akan ada tempat berkhelah, tapi selain tu memang tak ada apa2 di sini. Lanskap kosong tapi pemandangan sangat cantik. Gambar dari cik google aje....

Creadit photo: http://www.newzealand.com/int/feature/lindis-pass
Creadit photo: http://www.newzealand.com/int/feature/lindis-pass/
Bersambung...

Rujukan:
http://www.newzealandtravelinsider.com/scenic-drives/new-zealand-scenic-drive-lindis-pass.htm
http://www.newzealand.com/int/feature/lindis-pass/

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...