Thursday, March 1, 2012

Puisi Senja


Photo By: Nanie Amat
Kg. Layang-layangan, Labuan F.T

Suatu Perjalanan

Itu batu-batu dan pasir pantai, 
adalah karang hidup yang sentiasa meneropong kehidupan di mata lautan. 
walaupun ia mungkin gerun, 
tapi keyakinan mempertahan diri atas kebenarannya, 
selalu diuji deburan, 
ia tetap enggan melepaskan buih-buih bencana melewati bentengnya. 

Mungkin ia tidak pernah lelah 
atau 
mungkin ia mahu sahaja beredar daripada asakan ombak, 
tetapi kalau ia bisa berlari, 
mungkin tetap tidak mahu melepaskan raksasa laut itu menghunjam tanah subur, 
kelak kalaupun hanya mengagguminya kerana halus berhamparan atau terbata-bata menahan rempuhan, 

kan manusia itu suka keindahan?
nah! 
akulah keindahan tempat alas kalian memuja-muja matahari yang mandi di dada lautan sambil mengirai warnanya sebelum kalian lupa menaksir bahawa matahari yang menyelam didasar lautan itu sebenarnya perjalanan umur

Nukilan: Saudara Yatim Ahmad




Monday, February 20, 2012

Ice Cream Tanpa Telur




aku pernah tengok kakak aku buat ais Krim. aku tak sangka dier pandai buat. ada campuran telur. Tapi sekarang aku baru tau ais krim boleh dihasilkan dengan menggunakan Roti sanwich!! Sungguh mengkagumkan aku...(yang tak terer masak2). aku nak cuba buat nanti kat kg. sbb kat sini serba serbi tak der. mesin kisar, peti ais....suma la tak der.

ok jom tengok resepi:

AIS KRIM TANPA TELUR

Bahan-bahan: (untuk 3 mangkuk )

2 keping roti sandwich gardenia

1 tin susu cair

5 sudu besar gula ( tambah lagi 1/2 @ 1 sudu bila wat perisa coklat )

1 sudu besar ovalette

perisa kegemaran

Cara-cara
Roti di buang tepi, potong kiub dan kisar dgn pengisar kering hingga jd serbuk.

Masukkan roti yg dikisar, susu cair, ovalette, gula dalam mixer dan pukul sehingga adunan kembang.

Bahagikan dalam mangkuk jika nk buat byk perisa. Cuma perlu sebatikan perisa dgn sudu atau garfu. Kacau sebati. Boleh juga kalo nak letak oreo, chipsmore yg dh dipecah2kan.

Tuang adunan berselang-seli atau ikut citarasa masing2 dalam mangkuk kecil. Tabur coklat urai atau coklat chip dan boleh sejukkan semalaman (biar beku dulu baru tutup mangkuk)


Ok selamat mencuba ya ibu-ibu....

Sunday, February 19, 2012

Makhluk Halus Yang Di Makan Tanpa Di Sedari

Dalam kehidupan kiter seharian, kiter tak perasan (@ perasan tapi kadang lupa @buat2 lupa) yang kiter ni terdedah dengan kekotoran yang di dalamnya sarat dengan bakteria yang kiter tak nampak dengan mata kasar. Pagi2 kiter sapu lantai, dah siap sapu, nampak bersih jer kan. kacang jatuh kat lantai pun amik balik....hehheh...sayang kononnyer. padahal jatuh jer. sang bakteria dah naik ke kacang yang kiter suap dalam mulut.

Baik lah mari kiter skodeng rupa/ wajah bakteria yang kiter dok makan tiap hari.


1. Bakteria @ Kutu Debu


Bakteria ni suka hidup kat sofa, tilam, toto @ yang sewaktu dengannyer. tempat yang lembut2 tu dier suka pegi. Kalo kiter boleh nampak, memang membunuh kutu ni jer la keje kiter. Oleh itu, kalo ada masa terluang rajin2 kan lah diri kiter menjemur tilah, toto di bawah matahari yang terik agar si kutu debu ni mati. Atau buka tingkap bilik agar cahaya matahari masuk ke bilik n secara tak langsung tilam kiter terjemur.

2. Bakteria di bulu kucing dan anjing

Macam burung aku tengok. Kepada pembikin filem kartun atau komik, kalo tak der idea nak buat baju besi @ watak kartun, yang ni boleh amik.

Yang ni pula biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Hati2 kepada mereka yang suka kucing lepak atas katil, terutama kepada Cik Jah, Izwan Azir, Norif :) Gambar ni merupakan hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan makhluk-makhluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali. Perghhh HEBAT!! Tang kamera dier...... bukan bakteria ni yang hebat. Maka selalu la cuci tangan selepas memegang kucing.

3. Bakteria di dalam roti


Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Cuba bayangkan, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Classic white yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Oleh itu, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.

4. Larva lalat hijau


Ok, tengok taring dier. tajam oooo.....

Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). Bayangkan bagaimana makhluk ini masuk ke dalam mulut kita? Eiiiii......GELIIIIIII!!!!!!

Bila tengok semua ni, geli tu memeng geli. Tapi teringat watak2 kartun yang pelik2 dalam TV kan. Mungkin dorang dapat idea dari makhluk halus ni tak??

***Sumber: Wootmedia

Friday, February 17, 2012

Modelling

Aku sangat kagum kepada insan yang punya ketinggian 170 cm ke atas. Dorang sangat beruntung dikurniakan sepasang kaki yang panjang. Aper je pakaian yang dikenakan mesti cantik. kalo g kedai pakaian, dress yang dah siap tu mesti panjang ikut saiz model, katenyer...pada aku kalo orang tinggi ni punya keyakinan yang tinggi. Cth. nyer kalo kat sekolah, kalo kiter tinggi dier lagi banyak rasa takut pada kiter berbanding kiter pendek. hehhehehh......errr...cana maksudnyer tu?? Maksud aku: contoh la, aku arahkan jangan bising, (aku kan pendek)...dier diam kejap, tak sampai 5 minit bising balik. berbanding kawan aku yang tinggi, dier arah jangan bising, satu masa tu budak2 diam n tekun buat keje.  Hebatnyer orang tinggi.

Ok, Keje aper yang sesuai untuk orang tinggi? Dulu aku minat ngan sorang mamat tu, badan dier tinggi gilerr......(aku memang minat pon ngan org tinggi. kalo dier main bola, aku salu dok tengok dier. wakakkaka........tapi dier keje sebagai warden penjara. ok la tu, sesuaikan.. Kalo pompuan, salu dikaitkan dengan kerja paling glamer iaitu modelling. Ye la glamer....ble pakai pakaian cantik2. Round keliling dunia, gaji (bayaran ble tahan lumayan). Tapi adakah ianya selamat????

Dalam satu artikel, dikatakan kerjaya modelling adalah satu kerjaya yang berbahaya. Ye ke? Alasannyer, ada beberapa kejadian semasa memeperagakan pakaian di atas pentas, model ni terjatuh/ terpeleot a, sebab  kaki terpijak kain sendiri, kadang baju tu ketat giler atau kasut terlalu tinggi. Meh kiter tengok model yang terjatuh atas pentas...

Ni terjatuh pon, nampak sopan sket, skirt dier panjang, tutup la jugak bawah tu. Tapi tang atas nampak. Ader org cakap, model ni tak pakai bra maser memperagakan pakaian..


Wayang Free...barisan depan mesti nampak..


macam nak main bowling pon ader....


Sempat pulak dier gelak. adoiii...hehheh. Tengok kasut si baju Hitam tu, aduhhh....tiingginyer. Yang dok barisan depan, jika sudi, hulurkan la tangan anda membantu mangsa yang terpeleot.
lucu tengok yg ni. . :) Teringat tarian MJ



tak biasa pakai baju kurung ni

Yang belakang kalo tak bantu, memang hang telangaq la. tengok yg kat depan tu...nampak je muka slumber giler, tapi mesti tengah mengatur langkah takut terjatuh.


stress ye kak?

ooopocot!!!

lantai ni licin la....



Wednesday, February 15, 2012

Budak Comel


Comel kan budak ni? Muka ala2 Mat Salleh. Aku ajar PSK kat kelas ni. Kelas 1F. Aku SANGAT TIDAK BERMINAT mengajar PSK. Masuk sekolah baru ni, aku langsung tak diberi ngajar Pendidikan Seni Visual. Yang aku ajar Geografi n PSK (Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan). Geografi tu ok la, walaupun aku hanya sempat belajar sampai tingkatan 3 jer, ok tak pe aku boleh belajar balik. lagipun itu subjek teras n masuk PMR. Yang buat aku geram, (Geram dalam ati jer la, guru baru..harus terima semuanya walaupon pahit), aku dia bagi ngajo PSK, tapi banyak kelas yang tak dek cikgu PSV. Sedangkan dua2 pon tak masok PMR, dua2 pon elektif. uhhhh....tu pon nasib baik aku buat relief, ble la aku intai2 sket kat jadual induk. Kalo tak....haram aku tak taw. Rupenyer Mr. A (cikgunyer tak datang2 lagi tuh) ngajo seni.

ok membebel la pulak. sambung cite. Aku poning ngan budak ni. Student aku..... nama Syed Firdaus Syed Nasrin (bih kurang la nama aboh dier). Mula2 dulu aku tanya la soalan PSK kat dier, suh dier jawab, rupernyer dier tak paham cakap aku. Faham kot, faham sket.... Budak ni tak Pandai sangat cakap Melayu. Ingatkan MIX, salah sorang parents om putih, ghupenyer...dua2 melayu. Khabonyer, Mak aboh dier sebelum ni blajo kat England, dorang adik beradik pon sempat sekolah kat sana. tu sebab dier tak fasih BM. yang sedihnyer tu cikgu blajo BM pon dier cakap omputih....sian kak zarina.

Kadang2 hayal, aku tengok dier ni. bukan aku yg hayal, dier la. mungkin sbb dier tak faham aper yg diajar. aku salu suh dier cakap melayu kalo maser belajo. (kadang aku masuk kls ni kalo ader relief aku ajo geo). sampai hari ni dier tak begitu pandai BM. kadang slumber dek dier g beli air kat cafe, maser aku ngajo, tp aku keluar kejap masa tu alih kete. sekali aku balik, tetiba aku tgk dier minum air bandung. laaa aihh.....kawan2 dier sume dok ngadu, cikgu.....Firdaus pg kantin beli air"...."biar la" dah dier terbeli tak kan aku nak halang dier minum. kejam la tu name nyer.


Tuesday, February 14, 2012

Coklat

Ari ni tadi, masa 1, aku ader kelas dengan 1J. Biasa la awal masuk kls aku sibuk tengok nota budak2 takat maner nota yang aku bagi minggu lepas. Sekali baru aku TERperasan ader coklat kat atas meja cikgu. Aku cakap, " eh, coklat, sape punya ni"? aku ingatkan budak2 pagi yang tertinggal coklat. Dialognyer bih kurang cam ni la.....


1J: Syahirah bagi cikgu.

aku: Syahirah? kenapa? 

syahirah: sebab cikgu ajar saya.

aku: (still blurrrr......) errr...tapi kenapa?

syahirah: sebab esok saya dah nak pindah sekolah

aku: sekolah mana?

Syahirah: SMK Sains cikgu

aku: ooooo....tahniah la. terima kasih banyak2 syahirah. semoga kamu lebih cemerlang di SMS.

Meh tgk gambo aku n Syahirah. Untuk kenangan supaya aku tak lupa wajahnyer...

Aku n SYahirah. Esok dier dah pindah ke SMS. Budak2 1J ni Kelas Arab....


Tarraaaaa........Coklat Fruit & Nuts. Thanx Syahirah. Cikgu makan ngan Cikgu Erna kat bilik guru.....
Rupa nyer, syahirah ni anak Kak Ramlah. Cikgu kat skola ni jugak. Tadi aku tanya, "kamu dapat aper Syahirah bagi?" "Dapat baju cikgu n coklat". Dalam hati kata banyak nyer duit dier. " mak abah syahirah keje apa?" " dier anak cikgu Ramlah cikgu"...........laaaa...patut la mampu. lagipon coklat memang murah kat sini.

Sunday, February 12, 2012

Sandi Macam Saya

Aku memang salute la pada insan2 yang dilahirkan dengan jiwa, minda yang kreatif. kreatif n ada mesej postitif dalam karya drg. Ye la bukan sume orang yang boleh n ada/ memiliki/ dikurniakan bakat sebegini.

Aku salu dok tengok/perati lukisan2 orang. Contohnye macam Latif Maulana. (Sekadar mengambil satu contoh). Uhhh...lukisan dier tu, sebijik macam gambar betul yg diambi dgn menggunakan kamera. Realistik habis........aku memang tak boleh buat macam yang dier buat. uhhh......Penulis2 lagu, Pencipta puisi, penuis skrip semua nya hebat belaka.

Tapi tang ni aku tak faham. Lagu Tubik Masuk. Aku bukan la pencinta lagu2 irama dangdut....Tapi lirik lagu yang sedikit pelik, bak kata penulis blog Mynewshub: Syahril A. Kadir.



Tubik Masuk Lagu Dangdut Lucah?
Wani, Pelantun lagu Tubik Masuk
Gambaq hok kecik dah la, tok sah bg besaq gedabak.

Tajuk lagu: Tubik Masuk. Dicipta menggunakan loghat Kelantan. Lebih kurang maksudnyer macam Keluar Masuk lah. Yang menariknyer sehingga kini lebih 100,000 orang telah menontonnya di Youtube. Lirik nyer memang bersifat lucah jika kita amati. Mula tu tak nampak mana yang lucahnyer. Ingatkan tariannyer. Cuba la dengaq kan....Sekaliiii, na amik ko...

Ok ni sedikit lirik lagunyer...


Suk suk tubik masuk
Masuk lagi aarrghhhh!!! tubik lagi
Jak jak jak memey sedap
Lamo lamo ah ah ah kohok sedap
dipegey-pegey disedut-sedut

Lagu ini sebenarnyer berciter pasal ‘nikmatnya’ bila menghisap rokok.

Ni serba sedikit, latarbelakang si penyanyi Tubik Masuk.

Harian Metro 17 September 2011 ada menyiarkan berita tentang Wani, seorang penyanyi dikir barat moden sensasi Kelantan yang menampilkan imej seksi dan goyangan-goyangan dangdut.

” Saya bukan perosak dikir barat Kelantan, ” kata Wani (Azmahirwani Nordin, 21) yang buat pertama kali ‘membuka mulut’ berhubung pelbagai cemuhan dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

Wani mengakui banyak menerima kritikan yang mengatakan dia artis murahan dan mencari publisiti dengan imej seksi.

Dia dikatakan mencemar seni dikir barat Kelantan gara-gara lagu yang dinyanyikan dan penampilannya.

” Saya tidak berniat untuk mencemarkan nama baik dikir barat di negeri ini. Mungkin ada yang salah faham bahawa dikir moden tiada kaitan dengan dikir barat asli kerana dikir moden lebih kepada nyanyian versi loghat Kelantan yang disadur dengan pelbagai irama seperti pop.

” Mengenai imej seksi, saya mohon maaf andai penampilan saya itu keterlaluan,” katanya.

Berbalik pada lagu Tubik Masuk tu, apa-apa ajalah, sama ada ia berbaur lucah, atau menghisap rokok, bagi penulis ia tetap TAK KENA LANGSUNG! Yupp memag tak kena. Buat lirik kena pandang kiri kanan. Meh la dengo lagu Tubik Masuk...


Cane?? Suka Tak?

** Bangga dengan lagu Anak kampung nanyian anak jati Sabah yang penuh mesej dan pengajaran.





*** Kreadit to MynewsHub.


Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...