Thursday, March 1, 2012

Puisi Senja


Photo By: Nanie Amat
Kg. Layang-layangan, Labuan F.T

Suatu Perjalanan

Itu batu-batu dan pasir pantai, 
adalah karang hidup yang sentiasa meneropong kehidupan di mata lautan. 
walaupun ia mungkin gerun, 
tapi keyakinan mempertahan diri atas kebenarannya, 
selalu diuji deburan, 
ia tetap enggan melepaskan buih-buih bencana melewati bentengnya. 

Mungkin ia tidak pernah lelah 
atau 
mungkin ia mahu sahaja beredar daripada asakan ombak, 
tetapi kalau ia bisa berlari, 
mungkin tetap tidak mahu melepaskan raksasa laut itu menghunjam tanah subur, 
kelak kalaupun hanya mengagguminya kerana halus berhamparan atau terbata-bata menahan rempuhan, 

kan manusia itu suka keindahan?
nah! 
akulah keindahan tempat alas kalian memuja-muja matahari yang mandi di dada lautan sambil mengirai warnanya sebelum kalian lupa menaksir bahawa matahari yang menyelam didasar lautan itu sebenarnya perjalanan umur

Nukilan: Saudara Yatim Ahmad




No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...