Wednesday, July 4, 2012

Sahabat baik



Ni Kawan aku, nama dier Monica Ak Tambi. Baik orang nyer, lemah lembut. Kami sama-sama baru berpindah ke SMKL, tahun 2012. Dier dari Tambunan, aku dari penampang..:) Bezanya dier pindah sini ikut husband (org sini), aku pula pindah sini ikut SUKA....hehheheh :P

Tadi dier call aku, katanyer dier MC arie ni sbb dr pg td jam 3 dier rasa sakit perut sangat2. Tapi dalam padi sora dier sayu2 begitu sempat lagi risaukan kelas dier tingkatan 3 arie ni. Pastu risau lagi pasal budak2 perbarisan yang nak dibahagikan hamper. Itu lah cikgu berdedikasikan, walau sakit2, minda masih memikir tentang anak2pelajar. Budak2 jer yang kadang nakal tak dengar cikgu cakap.

Emm....Petang td Moon Call. kater nyer dier dah masuk wad. Doktor kata dah ada tanda2 bersalin, tapi Dr bg dier makan ubat supaya dier tak rasa sakit nak bersalin sbb kalo dier bersalin skg, baby tak cukup bulan.

To Moon: Moon, iboh wisau2, pasal hamper aku dah sattle kan. dah berik  kat sidak ya sume. tinggal gik ader bape bungkus miak 6hadi. Ko rehat2 jak kat umah. Iboh fiki dolok pasal kije. Pasal relief ya pun ko iboh risau juak n iboh rasa bersalah. aku tau ko ya 6 penah curik tulang, nang bena2 ko sakit ya. Harap Kitak tabah sampai arie besalin kelak. nang sakit ya. kmk 6penah la merasa tp pengalaman kakak2 kamek....:D


Coretan Hati 1

Photo By: Arief Afandy
Kepulauan Anambas


Coretan Hati 1


cahaya itu kini telah berangsur redup,
langit biru telah tergantikan jingga dan merah cerah dari sisi barat...
senja telah tiba,
sang penerangpun telah siap memberikan tongkat estafetnya kepada bulan
lalu beranjak pergi menerangi sisi lain bumi ini.
kala itu aku sedang duduk santai diatas deck kapal sambil menikmati roti bakar dan coffee susu sembari mengikuti irama merdu angin dan ombak laut yang lembut di kepulauan Anambas...
ah, sore ini begitu indah...
semoga malam ini akan menjadi malam yang syahdu..

Arief Afandy
Kepulauan Anambas, Indonesia

Tuesday, July 3, 2012

Tembok Belantara Kau Mengamit Cinta

Photo By: Nanie Amat
Kem Biro Tatanegara, Kundasang

Tembok Belantara Kau Mengamit Cinta

Lihat lah
Tidakkah kau cemburu kepada tuhan
Menghias aku dengan langit biru
lalu kebiruan itu turun ke dinding
pergunungan dan dedaun yang dekat
kepadamu kehijauan menyejuk mata?
Kemudian lembah itu menyanyikan 
lagu kedamaian dan kau terpana
kerana kami selalu berkata-kata
kepada matahari
dan bukan pada bulan,
Kerana apimu adalah cinta
dan jangan kau ikut bakar kami
seperti tangan manusia
memetik marah

Aku bukan gunung atau perbukitan itu
Juga bukan lembah atau si warna
biru atau hijau
Tetapi aku naluri insan
yang selalu mengintip pada
mata batin
Yang terkadang bosan
Lalu mencuri helaan nafas
Kalian untuk bebas menjadi angin
dan terbang di belantara


Yatim Ahmad
Kota Belud
3 Julai 2012



Monday, July 2, 2012

Unggu Karmilla

Photo By: Nanie Amat
Bangkalalak Village, Beaufort Sabah

Unggu Karmilla

Kau itu antara tempat singgah bisikan angin
yang berlegar-legar manja dicelah lalang segar

dan pagi
kau adalah kuntum yang sejuk
antara celah hati
yang kagum
melepaskan semua 
gusar mimpi malam

sore ini
ku mengharapkan kau terkatup layu
bersama tibanya kabut malam
ku tunggu, namun hampa
lalu ku hayunkan kaki meninggalkanmu
sungguh! aku kecewa

Moga saja mentari esok
bisa menyibak sebuah sangsi
tentang hari ini, esok dan seterusnya
kau berikan harapan
untuk suatu kembangan yang wangi



Yatim Ahmad/ Nanie Amat
Malaysia
1 Julai 2012







Monday, June 25, 2012

Antenna Patah


Ari ni tadi aku memang tak plan g mane2. Nak rehat je kat umah, sbb smlm aku dah kuar seharian. Pagi ader Program bagi buku rekod anak2 sekolah, pastu terus ke bandar beli sarung tangan untuk sukan. Dapat. Balik rumah. Tdo. Ingat ble la rehat jap..baru nak lelap mata, budak seblah ni melalak la pulak. Ilang menan pun nak nangis. Aku dengar mak dier dok sembang ngan kwn dier kat dapo. Datang kejap pujuk dier then biar kan. Nak perhatian tu sbb mak dier kan ader tetamu, makin la dier nek minyak. Trep tu, bukan aku tak taw...Uhh...bangun terus siap2 ke pantai. so ari ni aku memang tak keluaq2 umah, kecuali buka pintu dapo untuk jemur pakaian.

Sekali malam ni tadi aku kluaq nak cuci kete. Punyer la tekejut bila tengok antena kete aku terkulai layu di tasik madu!! Shittt....kan. Tak laen a, aku syak anak jiran seblah ni yang dok amai tangan, gentel2 antena aku. Malang sungguh aku dapat jiran sakai gilerrrr....dier ingat ini antena ultraman ke aper. Ini antena kete la bongok......aihhhh geram la! Aku baru je tukaq bulan 5, skang dah patah. Dah la aku beli mahal,  terpaksa ikat perut tau. Itu pun sbb yg lama dah pecah. Cari yg murah tak jumpa. Terbang juga RM 45. Rm45 tu kalo aku simpan ble beli minyak kete. ko senang2 je patahkan. Pastu, yang aku nyampah tu, mak bapak dier buat tak tau jew.......

Datang bagitau takdek. Apatah lagi nak mintak maaf. Dier tak ble rasa ke yg aku akan tuduh anak dier buat? Anak org lain tak der main depan umah aku, melainkan anak dier. Aku ader gak anak sedara lelaki, ramai plak tu. tapi tak der la sakai tahap gaban macam dier ni. Ntah dari ulu mana dier datang sampai jakun macam tak penah tengok bendalah ajaib. aku tau la ko tak der kete....tak yah la ko nak menjahanamkan kete aku.

aku redha tapi aku tak izin, tak maafkan n etc.... sbb aku teringat aku ikat perut sbb terpaksa kuar duit beli antena ni. ko ingat senang ke carik duit. 5 sen pun aku bekira tau. kalo org kata..."ala 2, 3 hengget je pon......."aku peduli aper, itu ko jumpa 2, 3 hengget. Yang aku tau aku jumpa n beli ni di kedai cina dgn age 45......

To Jiran: harap ko sedar sket yang anak ko tu sakai n dah patahkan antena kete aku. Kalo ko bayar bagus. tapi kalo ko tak bayar len kali ko perati salu anak ko tu buat aper. jangan dok tgk tv je manjang.....!!


Wednesday, June 20, 2012

Kau Senja Umpama Panggung Wayang

Photo By: Mohd Salim Mohd Ibrahim
Dan kau lihat juga ada anak kecil memerhatikan dari jauh bahawa umurnya juga kau bawa menyeberang lautan. Dia mungkin berfikir kau belon yang sama tergantung di ayunan, tapi belon ini aneh yang dia khuatir jika raksasa.


Tapi, kau mungkin mengisyaratkan bahawa esok kau akan kembali dan dia menjadi dewasa. Kau adalah matahari yang mendewasakan tapi ketika kau tercungap-cungap dan menggelagak di hujung lautan, rupa-rupanya kau sudah menyahut suara Bilal dan awan yang melipat sejadahnya, lantas berlari--lari lagi membuka tirai bulan.


"Salam!" Bulan pun senyum, Tuhan menjadikan dia umpama suatu umur yang bermula melengkung seperti janin, kemudian mekar pada umur empat belas, sebelum sgagah laki-laki atau perempuan yang berasakan manis berhias untuk memikat kejora supaya mencintainya sebelum kembali semula seperti sabut kelapa dan lali!


Matahari yang kau pinjamkan apinya hanya bergilir menjaga umur insan, juga unggas dan yang melata. tapi senja selepas kau jatuh bergeggaran menyelami lautan, dan bulan yang kononnya digilai pungguk hanya hiasan bidalan yang kadang-kadang tidak bererti bagi pengembara yang sesat di belantara duniawi. Kau itu bagai kereta peronda polis yang mengejar pencuri atau kereta ambulans yang bergegas ke hospital. Apa yang hairankan?


Atau kala kecemasan, mereka mahu kau umpama peluru tornando yang diharapkan segera memadam kerkebakaran di hotel enam bintang.


Atau kau bukan penanda umur supaya kemudaan terus menjadi makanan yang enak dan lazat. Walaupun ada yang mengatakan kau itu dewa perempuan yang sweet seventeen!


Tapi pujian itu lantas membunuh mereka senyap-senyap


Yatim Ahmad
Putatan
20 Jun 2012

Aku Si Kucing Jalanan

Photo By: Hkhtt Hj

aku si kucing jalanan
hidup bebas tanpa tuan
comot, kurus tak terurus
namunku tak minta dimewahkan
cukup, kau beriku sepotong makanan
buatku mengalas perut


aku si kucing jalanan
mengigil dek kebasahan
tak ku peduli insan mulia menghulur makanan
duduk diam tanpa reaksi
barangkali bisa meredakan kesejukan ini

Aku si Kucing Jalanan
setiap detik perjalananku adalah perjuangan
perjuangan mencari rezeki
demi kelangsungan hidup
seringku lihat si kucing parsi

tika duduk berehat kepenatan

dikendong manja, dilayan bak bidadari
ibarat menekan remote
semua tersedia di depan mata

perlahan ku bangkit
ku tinggalkan moment indah untuk si kucing parsi
maaf aku tak pernah menyesal, apa lagi mencemburuimu
malah terbit kebanggaan di hati kecil
aku lah wira, hidup di atas ikhtiar sendiri
walau aku hanya si kucing jalanan




                                                                       Nanie Amat
                                                                          Labuan
                                                                       20 Jun 2012




Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...