Photo By: Nanie Amat Kem Biro Tatanegara, Kundasang |
Tembok Belantara Kau Mengamit Cinta
Lihat lah
Tidakkah kau cemburu kepada tuhan
Menghias aku dengan langit biru
lalu kebiruan itu turun ke dinding
pergunungan dan dedaun yang dekat
kepadamu kehijauan menyejuk mata?
Kemudian lembah itu menyanyikan
lagu kedamaian dan kau terpana
kerana kami selalu berkata-kata
kepada matahari
dan bukan pada bulan,
Kerana apimu adalah cinta
dan jangan kau ikut bakar kami
seperti tangan manusia
memetik marah
Aku bukan gunung atau perbukitan itu
Juga bukan lembah atau si warna
biru atau hijau
Tetapi aku naluri insan
yang selalu mengintip pada
mata batin
Yang terkadang bosan
Lalu mencuri helaan nafas
Kalian untuk bebas menjadi angin
dan terbang di belantara
Yatim Ahmad
Kota Belud
3 Julai 2012
3 Julai 2012
No comments:
Post a Comment