Wednesday, June 20, 2012

Kau Senja Umpama Panggung Wayang

Photo By: Mohd Salim Mohd Ibrahim
Dan kau lihat juga ada anak kecil memerhatikan dari jauh bahawa umurnya juga kau bawa menyeberang lautan. Dia mungkin berfikir kau belon yang sama tergantung di ayunan, tapi belon ini aneh yang dia khuatir jika raksasa.


Tapi, kau mungkin mengisyaratkan bahawa esok kau akan kembali dan dia menjadi dewasa. Kau adalah matahari yang mendewasakan tapi ketika kau tercungap-cungap dan menggelagak di hujung lautan, rupa-rupanya kau sudah menyahut suara Bilal dan awan yang melipat sejadahnya, lantas berlari--lari lagi membuka tirai bulan.


"Salam!" Bulan pun senyum, Tuhan menjadikan dia umpama suatu umur yang bermula melengkung seperti janin, kemudian mekar pada umur empat belas, sebelum sgagah laki-laki atau perempuan yang berasakan manis berhias untuk memikat kejora supaya mencintainya sebelum kembali semula seperti sabut kelapa dan lali!


Matahari yang kau pinjamkan apinya hanya bergilir menjaga umur insan, juga unggas dan yang melata. tapi senja selepas kau jatuh bergeggaran menyelami lautan, dan bulan yang kononnya digilai pungguk hanya hiasan bidalan yang kadang-kadang tidak bererti bagi pengembara yang sesat di belantara duniawi. Kau itu bagai kereta peronda polis yang mengejar pencuri atau kereta ambulans yang bergegas ke hospital. Apa yang hairankan?


Atau kala kecemasan, mereka mahu kau umpama peluru tornando yang diharapkan segera memadam kerkebakaran di hotel enam bintang.


Atau kau bukan penanda umur supaya kemudaan terus menjadi makanan yang enak dan lazat. Walaupun ada yang mengatakan kau itu dewa perempuan yang sweet seventeen!


Tapi pujian itu lantas membunuh mereka senyap-senyap


Yatim Ahmad
Putatan
20 Jun 2012

No comments:

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...