Tuesday, February 14, 2012

Coklat

Ari ni tadi, masa 1, aku ader kelas dengan 1J. Biasa la awal masuk kls aku sibuk tengok nota budak2 takat maner nota yang aku bagi minggu lepas. Sekali baru aku TERperasan ader coklat kat atas meja cikgu. Aku cakap, " eh, coklat, sape punya ni"? aku ingatkan budak2 pagi yang tertinggal coklat. Dialognyer bih kurang cam ni la.....


1J: Syahirah bagi cikgu.

aku: Syahirah? kenapa? 

syahirah: sebab cikgu ajar saya.

aku: (still blurrrr......) errr...tapi kenapa?

syahirah: sebab esok saya dah nak pindah sekolah

aku: sekolah mana?

Syahirah: SMK Sains cikgu

aku: ooooo....tahniah la. terima kasih banyak2 syahirah. semoga kamu lebih cemerlang di SMS.

Meh tgk gambo aku n Syahirah. Untuk kenangan supaya aku tak lupa wajahnyer...

Aku n SYahirah. Esok dier dah pindah ke SMS. Budak2 1J ni Kelas Arab....


Tarraaaaa........Coklat Fruit & Nuts. Thanx Syahirah. Cikgu makan ngan Cikgu Erna kat bilik guru.....
Rupa nyer, syahirah ni anak Kak Ramlah. Cikgu kat skola ni jugak. Tadi aku tanya, "kamu dapat aper Syahirah bagi?" "Dapat baju cikgu n coklat". Dalam hati kata banyak nyer duit dier. " mak abah syahirah keje apa?" " dier anak cikgu Ramlah cikgu"...........laaaa...patut la mampu. lagipon coklat memang murah kat sini.

Sunday, February 12, 2012

Sandi Macam Saya

Aku memang salute la pada insan2 yang dilahirkan dengan jiwa, minda yang kreatif. kreatif n ada mesej postitif dalam karya drg. Ye la bukan sume orang yang boleh n ada/ memiliki/ dikurniakan bakat sebegini.

Aku salu dok tengok/perati lukisan2 orang. Contohnye macam Latif Maulana. (Sekadar mengambil satu contoh). Uhhh...lukisan dier tu, sebijik macam gambar betul yg diambi dgn menggunakan kamera. Realistik habis........aku memang tak boleh buat macam yang dier buat. uhhh......Penulis2 lagu, Pencipta puisi, penuis skrip semua nya hebat belaka.

Tapi tang ni aku tak faham. Lagu Tubik Masuk. Aku bukan la pencinta lagu2 irama dangdut....Tapi lirik lagu yang sedikit pelik, bak kata penulis blog Mynewshub: Syahril A. Kadir.



Tubik Masuk Lagu Dangdut Lucah?
Wani, Pelantun lagu Tubik Masuk
Gambaq hok kecik dah la, tok sah bg besaq gedabak.

Tajuk lagu: Tubik Masuk. Dicipta menggunakan loghat Kelantan. Lebih kurang maksudnyer macam Keluar Masuk lah. Yang menariknyer sehingga kini lebih 100,000 orang telah menontonnya di Youtube. Lirik nyer memang bersifat lucah jika kita amati. Mula tu tak nampak mana yang lucahnyer. Ingatkan tariannyer. Cuba la dengaq kan....Sekaliiii, na amik ko...

Ok ni sedikit lirik lagunyer...


Suk suk tubik masuk
Masuk lagi aarrghhhh!!! tubik lagi
Jak jak jak memey sedap
Lamo lamo ah ah ah kohok sedap
dipegey-pegey disedut-sedut

Lagu ini sebenarnyer berciter pasal ‘nikmatnya’ bila menghisap rokok.

Ni serba sedikit, latarbelakang si penyanyi Tubik Masuk.

Harian Metro 17 September 2011 ada menyiarkan berita tentang Wani, seorang penyanyi dikir barat moden sensasi Kelantan yang menampilkan imej seksi dan goyangan-goyangan dangdut.

” Saya bukan perosak dikir barat Kelantan, ” kata Wani (Azmahirwani Nordin, 21) yang buat pertama kali ‘membuka mulut’ berhubung pelbagai cemuhan dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

Wani mengakui banyak menerima kritikan yang mengatakan dia artis murahan dan mencari publisiti dengan imej seksi.

Dia dikatakan mencemar seni dikir barat Kelantan gara-gara lagu yang dinyanyikan dan penampilannya.

” Saya tidak berniat untuk mencemarkan nama baik dikir barat di negeri ini. Mungkin ada yang salah faham bahawa dikir moden tiada kaitan dengan dikir barat asli kerana dikir moden lebih kepada nyanyian versi loghat Kelantan yang disadur dengan pelbagai irama seperti pop.

” Mengenai imej seksi, saya mohon maaf andai penampilan saya itu keterlaluan,” katanya.

Berbalik pada lagu Tubik Masuk tu, apa-apa ajalah, sama ada ia berbaur lucah, atau menghisap rokok, bagi penulis ia tetap TAK KENA LANGSUNG! Yupp memag tak kena. Buat lirik kena pandang kiri kanan. Meh la dengo lagu Tubik Masuk...


Cane?? Suka Tak?

** Bangga dengan lagu Anak kampung nanyian anak jati Sabah yang penuh mesej dan pengajaran.





*** Kreadit to MynewsHub.


Rumah Terbalik

Aku ingat kat sabah tu je yg ader rumah terbalik, rupanyer sebelum ni dah ada di luar negara. Idea tu diambil dari luar negara. Aper pon tahniah pada Alexander Lee sbb mampu merelisasikan impiannya. Klo tak der kesungguhan n juga wang ringgit (off coz) xmungkin yer nyer terjadi. Jom kite tengok gambar2 rumah unik tuh....

Rumah 1

Rumah Terbalik di Jerman
Kredit: Kosmo online


Dibina oleh tiga orang tukang kayu Jerman yang diketuai Gerhard Mordhorst bersama rakannya, Gesellse Splettstober dan Manfred Kolax mencipta sebuah rumah terbalik seberat 40 tan dekat sini.

Kediaman unik itu dicipta untuk sebuah zoo tempatan di Gettorf, 308 kilometer dari sini dengan mengandungi sebuah dapur, bilik mandi, bilik tidur dan ruang tamu yang disusun secara terbalik.

Bangunan kayu tersebut mencapai ketinggian lebih tujuh meter dan mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan sebelum dibuka secara rasmi kepada orang awam

dikatakan, rumah itu mirip kisah daripada sebuah buku cerita kanak-kanak terkenal The Twits karya penulis British, Roald Dahl.

Antara kelengkapan dalam rumah itu ialah katil, ketuhar gelombang mikro dan lukisan.

Perabot paling berat ialah almari pakaian yang mencecah 45 kilogram.


Rumah 2
Ok Rumah 2-6 ni paling unik. walaupun ianya dibina secara terbalik namun fungsinyer tetap sama seperti bangunan yang lain. Sangat unik.. Tapi tak pening ker org yang berada dalam bangunan tu????



Wonderworks Amusement Park- Florida & Tennessee

Rumah 3
House Of Katmandu-Spain
 Yang ni cantik, dibantu oleh cahaya lampu berwarna-warni. Nampak macam ader cafe kat situ, orang tengah lepak minum.


Rumah 4

Restoran Sakasa- Japan



Rumah 5
Szymbark, Poland


Rumah 6
RT: Jerman


Rumah 7

Yang ini korang kena hati2. Tengok kete dier terbalik sama. Tergantung okeh......Sambil2 naik tangga tu, tengok2 kat atas...:)
RT: South Korea
**Kredit: SENYUMSMILE.COM


RUMAH 8



Bangunan ini disebut Device to Root Out Evil n menjadi perhatian warga yang melintas di Vancouver. Terletak di Vancouver – British Columbia, Kanada yang dibangun sejak ta­hun 1997. Dennis Op­penheim merupakan orang yang bertanggungjawab merancang pembinaan monumen itu.

Bangunan Device to Root Out Evil terletak di kawasan lapang dan hijau. Me­na­ra bangunan itu tertancap di tanah. Sekilas gedung itu mi­rip dengan menara gereja. Ber­topang pada satu tiang, Den­nis membangun monumen itu dengan menambah­kan dinding-dinding dengan lantai terbuka.

Kota Vancouver memang ber­usaha memberi sesuatu yang unik namun selesa ba­gi warga dan para penda­tang. Vancouver sudah lima kali mendapat kreadit kota paling nyaman dihuni sedunia.

Untuk monumen Device to Root Out Evil, Dennis mengaku gereja adalah tempat ibadah yang boleh menghapus dan memusnahkan sifat-sifat iblis. Makanya, ujung dari bangunan mirip gereja ini tertancap di tanah. Dennis meninggal dunia pada 21 Januari lalu dan monumen karyanya menjadi simbol karya yang unik. (Info/ kreadit to: medan.jurnas.com)





Tuesday, February 7, 2012

Kurus Keremping

Ishhhh........Kurus + Kerempeng??? Lawa ker???? aku kadang heran apsal la org kemaruk nak kurus sangat, sangat, sangat kurus....Tak lawa okey......Kurus sket dah la. Muka tembam tu lagi comel n cute ok.....:)


Ni aku tebaca kat MyNewshub, pasal model Eropah Spangenberg,  paling kerempeng, saiz pinggang 20 inci, katanyer.  Perghhhh...kerengga pon kalah. aper lagi biola! Tapi dier sendiri tak suka tau, malah cuba berusaha seupaya daya untuk jd gemuk, tapi malangnyer tak berhasil. Sama seperti wanita2 yg dok diet2 nak kurus tak jugak kurus. Kakak aku la antaranyer. hehheh......


Nampak Janggal la pulak tgk pinggang kecik gilerr


Spangenberg ni punya tinggi 170cm tp beratnyer hanya 38 kilogram!! perghhh...cane dier jalan ek? ader macam ranggka bejalan tak? Meh kiter skodeng usaha dier nak menggemukkan diri.

Menurutnya, dia makan tiga kali sehari termasuk makanan berlemak seperti kerepek, pizza dan kebab.


“ Nampaknya tidak seorang pun yang percaya, tapi setiap hari saya makan tiga kali sehari…coklat dan kerepek sepanjang waktu.

” Mungkin saya hanya memiliki perut yang kecil kerana jika makan terlalu banyak saya akan merasa sakit,” katanya kepada akhbar The Sun.

Laaa...patut la berat ko tak naik beb. Makan kerepek, pizza, kebab..Cua ko makan nasi 3 kali sari. emmm.......payah jumpa nasik ek? Meh sini meh, tak yah sesusah cari tempat, datang mesia. Duk sini 3 bulan. Tgk boleh dak nyer berat ko naik.

Masa lahir, berat Spangenberg adalah normal ok tp dah naik remaja dier mula rasa kekurusan mula menghantui dirinyer. Tu mungkin rasa nak jd model kuat sangat sampaikan makanan depan mata pun tak lalu.

“ Di Romania adalah lebih baik sekiranya anda gemuk dan mempunyai berat badan yang berlebihan, kerana itu bererti anda berasal dari keluarga kaya,” jelasnya.


Okey, "Gemuk adalah simbol kekayaan". hehhehh.....dengar tu. Meh tgk gambo2 si Spangenberg.

Aku syak dier ni ader Anorexia, kekurusan melampau. 2-3 tahun akan datang akan dapat sakit kaki sbb ketinggian tak imbang ngan berat. Giler 38kg vs 170. aku lagi berat dr dier...uhhhh........ngeri.


Kepada kiter semua, bersyukur la dengan tubuh badan kiter seadanya. Yang tak punya masaalah, jangan menambah masalah. yg gemuk melamppau, kuruskan sket. Yang kurus melegkeng, gemukkan sket. Yang sederhana kurus.....jaga kesihatan, jgn nak sibuk2 gak nak lagi,lagi,lagi kurus.....


Sekian.

Sunday, February 5, 2012

Ek Eleh

Apsal orang sebelah ni. Bukan main kuat lagi ko pasang radio....ke tergugat aku layan lagu rock kapak. Ek eleh salu tu aku tak kecoh pun ko pasang muzik kuat, itu tak campo lagi anak ko gilerrr meroyan, melalak tak tentu pasal, ketuk2 dinding segala....

Saturday, February 4, 2012

Motosikal



Ari tu aku cakap kat Erna.....

aku: "Er, ko tgk tu keta, perghhhh.....lawaaaaa".
Erna: ko ni suka sgt kete sportkan?
aku: suke gilerrr beb....aku ingat nak angkat 1 moto. Bukan aper supaya senang balik kg....hehhehe.erna: eh, saya pon nak beli
aku: jom nanti kiter tgk sama2.

*******************************************************************************
ari ni aku skodeng2 kat tenet, moto yg aku suka tu. Jom tengok..........


KAWASAKI ER6F (Full Fairing)


Green Colour.....aku suka warna ni.


NINJA 250 R




Ader 3 warna. Pilih mana satu nak. Aku Hijau. Tapi ni dah lama. tp tetap cantik dr ER6F kat atas tu


































 KAWASAKI ZX-6R
HONDA CBR 150 

  Agak-agak ble tak aku bawa? Besow n berat ni.....:)

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...