26 Mei 2023 (Jumaat)
Assalamualaikum & Hi ...
Jumpa lagi dicerita baru. Kali ni cerita tentang Kashmir pula. Bercuti ke Kashmir ni sebenarnya tak dirancang. Idea datang tiba2 je. Pada mulanya kitorang merancang untuk ke Surabaya. Tapi ramai kawan2 yang tak dapat pegi. Tinggal aku dan KH je. Tak boleh berdua sbb kos akan jadi lebih tinggi. Aku sebenarnya ok je kalo tak jadi ke Surabaya, cuti sekolah kali ni aku balik kampong je. Kat kampung pun ok aper, banyak aktiviti boleh buat. Kemas rumah, potong bunga, cuci langsir...Heheh. Tiba2 satu hari tu kawan aku KH bagi poster Pakej ke Sri Lanka. Kos pun boleh tahan murah juga dalam 3k++. Aku cari maklumat tempat2 yang ada dalam pakej tu, nampak semuanya tak begitu menarik. Aku cakap kat KH aku tak minat. Satu hari tu lalu kat wall FB aku gambar orang naik kuda di Kashmir. Pemandangan dier cantik gillss... Aku pun DM orang tu...Pakej dalam 4500. Tidak termasuk lunch. Aku kira murah juga. Ok la. Aku pun tunjuk poster tu kat KH. Dier terus je setuju. Ehh..setuju macam tu je😃 yang penting cuti ni berjalan kan.. Part pembayaran kami masing2 berurusan sendiri dengan agent tu. Mulanya takut juga ditipu sebab macam tak banyak juga dia post gambar pasal percutian. Bukan tak ada langsung, ada....cuma tak banyak.
|
Tapi aku ada 1 lagi masaalah. Trip tu bermula pada 26 Mei, jam 700 malam. Masaalahnya jumaat tu masih sekolah, flight ke KL biasanya jam 10 pagi. Aku keberatan nak ambil cuti hari jumaat.Tapi aku beli je tiket ke KL jumaat tu. Konon2 datang awal ke sekolah nanti jam 9 terus ke airport. Malangnya apa yang diharapkan tak berjalan seperti yang dirancang. Tiba2 dapat msg dari airasia, menyatakan flight ke KL ditunda ke jam 3 petang. Mana boleh... Flight ke New Delhi adalah pada jam 7.00 malam. Tak sempat wehh, sebab kita berkumpul di aiport jam 4.00 petang. Nak tak nak aku kena ambil cuti hari jumaat dan terbang ke KL pada hari Khamis. Menyesal pun ada juga, sbb pada mulanya KH ajak aku pegi hari Khamis dan ambil cuti sehari tapi aku yang tak nak. Sayang cuti konon. Haa...amik kau, rugi ada penat pun ada. Rugi sebab aku terpaksa ambil Tune Hotel untuk 6 jam, sebab aku nak mandi dan tukar baju. Makanya mereput la aku di airport tunggu sampai jam 6 pagi untuk checkin di Tune Hotel. Oh ya... I (owner RK) dah bagi beberapa borang untuk diisi. Semuanya aku dah siapkan lebih awal. Borang tu ialah borang ketibaan dan pelepasan, wajib di isi sebelum masuk ke negara tersebut. Selain tu I juga uruskan visa kami semua. Bila aku tengok berapa harga visa India, mak aihh... terkejut aku cecah RM 400++ wehh....Kalo pegi sendiri, macam berfikir juga aku dengan visa semahal tu. Mungkin tak pegi la agaknya.....Bila dah ikut pakej ni tak la nampak sangat kan. Padahal sama je....
|
|
Kami |
|
Dalam gambar: aku dan Kak Nad Dipendekkan cerita jam 4.00 petang kami pun berkumpul di ruang hadapan bangunan pelepasan antarabangsa. Jumpa dengan I (Owner RK Travel). Trip kami ke Kashmir terdiri dari 11 orang sahaja. Z sekeluarga 7 orang, aku dan KH, dan KN dan suaminya. Oleh sebab kita tak cukup 15 orang makanya I tak join sekali. Dia bagi taklimat ringkas berkenaan perjalanan kami nanti. Perjalanan kami dari KUL- New Delhi (Transit)- Srinagar Airport. Oh ya I kata dia belum check in lagi tiket kami. Pernerbangan kami ke New Delhi akan menaiki Air Asia. Makanya kami kena bayar RM30, sebab kena checkin di kaunter. I kata dia baru je balik dari Indonesia, tak ada pun bayar apa2 walaupun lambat check in. Tapi setahu aku memang kena check in online siap2, tak silap aku AA ada maklumkan tentang hal ini, aku tak pasti bila tapi bukan dalam tahun 2022-2023. Lebih awal dari tu. Tapi tak pe la, bayar je la. Flight kami ke New Delhi adalah pada jam 7.00 malam. |
|
Akhirnya kami tiba di Indira Gandhi International Airport (Delhi Airport) pada jam 11.15 malam. Perbezaan waktu antara India dan Malaysia ialah Malaysia awal 2H30M daripada India. Kalo Malaysia jam 700 PM, makanya di India sekarang baru jam 3.30 PM.
|
|
Flight kami ke Srinagar akan dijadualkan pada jam 6.00 pagi 27hb Mei. Makanya mereput la kami di airport. Tapi ok je, tak kelan kabut. Aku ada beli burger kat KLIA2 petang tadi. Aku cium tak bau lagi, maka boleh la makan. Heheh....tak lapar pun sebenarnya sebab dalam flight tadi ada makan. Tapi kau tau aku ni suka mengunyah makanan. SElagi ada makanan dalam beg, selagi tu nak makan je keje nya. |
|
Besar New Delhi Airport ni....Yang best nyer dapat wifi free. Tapi kena pegi kiosk untuk claim guna pasport kiter |
27 Mei 2023 (Sabtu)
|
Akhirnya kami tiba di Srinagar Airport pada jam 7.30 pagi (Waktu India). Penerbangan dari ND ke Srinagar mengambil masa kira2 1 jam 30 minit. Selesai semuanya jam 8.00 pagi baru keluar. |
|
Di luar sudah ada guide kami menunggu dengan membawa kertas bertulis nama travel agent kami. Nama dia A. A kata kita breakfast dulu sebelum dia hantar kami ke houseboat (tempat penginapan kami sepanjang berada di Kashmir). Perjalanan dari Srinagar Airport ke Pusat bandar mengambil masa kira2 40 minit. Suhu di luar tak begitu sejuk jadi tak perlu pakai baju tebal. 40 minit nak buat apa? Jom kita menelusuri sejarah Kashmir dulu. |
|
Wilayah yang kami akan pergi ialah Kashmir, yang terletak di Utara India iaitu di negeri Jammur dan Kashmir. Lembah Kashmir yang memisahkan Banjaran Pir Panjal daripada Himalaya, disaliri oleh Sungai Indus dan akhirnya membentuk tasik dan paya yang indah. Menurut sejarahnya, Kashmir pada asalnya merujuk kepada Lembah Kashmir yang terletak di barat Himalaya sahaja. Namun, kini, ia telah merangkumi satu kawasan yang lebih besar iaitu meliputi wilayah kesatuan yang ditadbir oleh India di Jammu dan Kashmir (yang terdiri daripada Jammu dan Lembah Kashmir) dan Ladakh, wilayah yang ditadbir Pakistan iaitu Azad Kashmir dan Gilgit-Baltistan, dan wilayah yang ditadbir oleh China iaitu di wilayah Aksai Chin dan Trans-Karakoram Tract.
|
|
Menurut sejarah, Kashmir merupakan pusat penting bagi agama Hindu sehingga pada abad ke-14. Pada tahun 1339, Kashmir berjaya ditakluki oleh pemerintah islam iaitu Dinasti Shah Mir. Untuk 5 abad seterusnya, Kashmir sempat diperintah oleh Empayar Mughal dan Empayar Durrani Afghanistan sehingga pada tahun 1819. Pada tahun tersebut orang Sikh dibawah pimpinan Ranjit Singh berjaya mengihlak Kashmir. Makanya Ranjit Singh memerintah Kashmir sehingga pada tahun 1846, ia kalah dengan British semasa perang Anglo- Sikh. Kemudianya British menjual Kashmir kepada Raja Jammu iaitu Gulab Singh dengan terikat dengan perjanjian Amritsar. Walaupun Raja Jammu memerintah Kashmir, namun ia masih lagi tertakluk dengan British sehingga la pada tahun 1947. |
|
Menurut geopolitiknya Kashmir terbahagia kepada 3 bahagian iaitu Jammu dan Kashmir, Ladakh ditadbir oleh India, Kawasan utara dan Azad ditadbir oleh Pakistan, manakala Rantau Aksai Chin dan Karakoram ditadbir oleh China. Namun pembahagian ini tidak dipersetujui oleh India dan Pakistan. Pada tahun 1963, Pakistan telah menyerahkan Aksai Chin dan Trans-Karakoram kepada China.Tapi India kata semua kawasan Kashmir termasuk wilayah yang dimiliki oleh China adalah hak miliknya. Manakala Pakistan pula menuntut keseluruhan wilayah Kashmir kecuali Aksai Chin dan Karakoram. Pertikaian ini bermula pada tahun 1947, apabila kerajaan India menghantar tenteranya menakluki wilayah Jammu dan Kashmir.
|
|
India yang berada di bawah jajahan British, diperintahkan agar di bahagi kepada 2 dan hal ini termaktub di dalam Akta Kemerdekaan India dan Rancangan pemisahan. British membahagikan kawasan yang mempunyai ramai penduduk Hindu akan memerintah India, manakala kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam akan berada di bawah pemerintahan Pakistan. Oleh kerana ramai orang islam berada di Kashmir, secara logiknya, ia akan jadi sebahagian daripada Pakistan. Namun India kata, pada Oktober 1947, Maharaja Jammu dan Kashmir iaitu Hari Singh telah menandatangani penyerahan wilayah Kashmir kepada India. Tapi dokumen tu tak pernah didedahkan kepada umum secara terbuka, hanya gambar salinan asal dokumen tu je di paparkan melalui web rasmi kerajaan India.
|
|
Promosi persidangan Pelancongan G20 yang akan diadakan di Kashmir. G20 merupakan pertubuhan gabungan 19 negara berdaulat, Kesatuan Eropah dan Kesatuan Afrika. |
|
Sejak tentera India kalah pada tahun 1948, India minta PBB tolong dorang tapi PBB menetapkan bahawa penaklukan India ke atas Kashmir adalah tidak sah. PBB luluskan gencatan senjata dan mengistiharkan Kashmir sebagai bebas tentera dan punguan suara dengan pengawasan PBB. 1 dah buat tapi part " Bebas dari tentera " tu tak berjalan seperti yang diharapkan. Tengok dalam gambar ni, tentera berada di mana2. setiap 1 KM pasti ada tentera yang berkawal. Tapi depa tak ganggu orang ramai, termasuk kita sebagai pelancong. Sampai satu ketika konvoi tentera diserang oleh pihak pemisah Kashmir. India kata ini mesti Pakistan yang jadi dalangnya. Tapi Pakistan bukan depa yang buat tapi serangan tu berpunca dari masyarakat Kashmir yang berjuang membebaskan Kashmir daripada India. |
|
Sejak itu India tarik hak keistimewaan masyarakat di Jammu dan Kashmir untuk mempunyai perlembagaan negeri sendiri. |
|
akhirnya kami tiba di pekan lama Srinagar. A bawa kami ke restoran Punjabi Darbar. Pada mulanya agak was2 juga. hehhe......Oleh sebab masih pagi, kita order kopi panas dan roti bakar je. |
|
Kopi yang dicampur dengan susu lembu asli. Nasib baik kau dimasak wehhh...... |
HOUSEBOAT
|
Selesai sarapan kami di bawa ke Rumah Bot iaitu tempat penginapan kami sepanjang berada di Kashmir. Untuk sampai ke Rumah Bot, kita perlu naik "Shikara" (perahu) kayu berbumbung dengan dekorasi menarik, menuju ke seberang sana, dimana terletaknya deretan Rumah Bot. Apa yang menariknya semua Shikara di sini tidak menggunakan enjin tetapi dikayuh sahaja. Ini menjadikan Tasik Dal bebas dari bunyi bising dan sangat sesuai la untuk lari dari kebisingan kota. |
|
Seorang wanita sedang mengayuh perahunya untuk pegi ke pekan Srinagar. |
|
Srinagar merupakan bandar dimana terletaknya Rumah Bot tempat penginapan kami. Ia terletak di tepi Sungai Jhelum iaitu rangkaian dari Sungai Indus. Majoriti penduduknya terdiri dari masyarakat muslim. Bandar ini terkenal dengan Shikara dan tasik.
|
Kashmir mempunyai iklim sederhana sejuk tetapi bergantung kepala lokasi geografinya. Musim panas biasanya sedehana, tak begitu panas lit2 macam kat Malaysa 😆 dan kadang kala turun sedikit hujan. Namun tahap kelembapan biasanya agak tinggi, bila tiba tengah malam sejuk gilss. Hujan turun sepanjang tahun dan tak ada bulan yang kemarau. Paling hangat adalah pada bulan julai dengan min suhu maksimum 32* sahaja. Manakala nulan paling sejukialah pada bulan Dec-Januari.
|
Shikara membawa kami menyusur Rumah Bot dosepanjang pesisir Tasik Dal. |
|
Deretan Rumah Bot yang cantik dan kemas buatannya. |
|
Akhirnya kami tiba di Rumah Bot yang pertama. Namnya ialah Bul-Bul. Ingatkan kami dapat kat sini tapi A kata Z akan tinggal di sini dan kami akan pergi ke Rumah Bot yang satu lagi. Cantik Bul-Bul ni, I pun kata macam tu. Tempat ni agak jauh dari jalan raya jadi sunyi la sikit. Sebenarnya aku dah mula sakit kepala kat sini. Rasa macam nak baring je kat kerusi tu. Tapi A kata Rumah Bot yang satu lagi tak siap kemas lagi, jadi kami kena lepak kat sini dulu. Z bagi panadol actifast. Aku nak makan nanti bila dah tiba di rumah bot kami. |
|
Kemas, cantik dan nampak mewah |
|
Macam2 nama Rumah Bot kat sini |
|
Berdebar nak tau kat mana lokasinya Rumah Bot kami. Minta2 jangan la dekat2 dengan jalan weh.... |
|
Ingatkan ini..... |
|
Akhirnya tiba jua di Rumah Bot kami. Andu ba kesian.....nama dier Blue Jay. Bukan yang warna hijau tu tapi yang warna coklat ya. Yang hijau tu masjid....Sampai2 je aku terus makan ubat dan berehat. Jam 2 nanti kami kena ke sebarang pula untuk makan tengahari. |
|
Untuk lunch ni, bukan dari jeti kami jalan kaki menuju ke sini tau. Tak...kena naik bas juga cuma tak la jauh mana. Mulanya nak makan kat sini tapi dah penuh |
|
Lepastu jalan kaki ke restoran sebelah pula. |
|
Nama Restorant ni Syamyana.....Ehh...cantik pula namanya kan...SHAM & YANA |
|
Dekorasi ruang dalam restoran |
|
Memang ramai orang. ye la sebab dah tengahari, semua orang nak makan. |
|
Sebelum makan ambil gambar dulu |
|
Nasi Bariyani dia sedap gilss... |
|
Kalo korang ke Kashmir, jangan lupa makan kat sini |
MASJID JAMIA, SRINAGAR
|
Masjid Jamia adalah masjid tertua di Bandar lama Srinagar, Jammu dan Kashmir, India. Merupakan masjid terbesar di Lembah Kashmir dan ia juga adalah salah satu dari tarikan pelancong. Antara faktor yang menjadi daya penarik masjid ini ialah seni binanya yang mengkagumkan, saiz nya yang besar dan kepentingan sejarah & keagamaamnya.
|
|
Masjid Jamia dibina pada tahun 1402 oleh Sultan Sikandar. Ia banyak dipengaruhi oleh seni bina Parsi dan mempunyai persamaan dengan Pagoda Buddha. mempunyai keluasan 384 x 381 kaki dan berbentuk 4 segi dengan memiliki 4 menara. 4 menara ini terletak di tengah2 setiap sisi dan ditutup dengan bumbung piramid. Tidak dibiar kosong, halaman masjid juga ditata indah dengan 370 tiang kayu menambah pesona Masjid Jamia. Terdapat tiga pintu masuk di bahagian utara, selatan dan timur Masjid Jama dengan tiga menara berdiri di atas tiang tinggi kayu deodar. Masjid ini bersaiz besar dan boleh memuatkan 33333 orang pada satu-satu masa. |
|
Tengok waktu asar, adalah pada jam 5.40 pm. lamanya menunggu kan. |
|
Semasa era pemerintahan Sikh pada tahun 1819-1846, masjid ini ditutup oleh Maharaja Ranjit Singh. Moti Ram, Gabenor Srinagar pada ketika itu, melakukan sekatan masyarakat dari menunaikan solat di masjid ini. Ini bermakna tiada azan dan tiada solat dari masjid. Pada tahun 1843, alhamdulillah...ia dibuka semula oleh Gabenor Ghulam Muhi-ud-Din. Namun selama 11 tahun pemerintahannya, hanya solat jumaat saja dibenarkan dilakukan di Masjid Jamia. |
|
Tiang yang terdiri dari kayu asli mneyokong struktur bangunan. |
|
Tidak dibenarkan mengambil gambar menggunakan kamera. Tapi guna handphone boleh... |
|
Jama Masjid memainkan peranan penting dalam menyampaikan pendidikan agama. Bukan itu saja malah ia juga memupuk kesedaran politik. Ia menjadi tempat perbincangan berkaitan politik konflik di Kashmir. Pada tahun 2008, kerajaan negeri menghalang orang ramai menunaikan solat jumaat selama berminggu-minggu yang akhirnya membawa kemarahan besar masyarakat islam Kashmir.
|
|
Sisi lain masjid |
|
Cantik |
|
Naik shikara balik untuk ke seberang. Petang ni agak meriah pula Tasik Dal. Hari sabtu makanya orang ramai mengambil kesempatan untuk berehat menyusuri tasik. |
|
Shikara yang bakal membawa kami ke seberang sana |
|
Kadang shikara ni saja hanyut di tengah tasik. Atas permintaan penumpang pastinya. |
|
Bukit kat belakang sana tu kalo musim sejuk akan diliputi salji. Pasti cantik...
|
Jumpa lagi.....
Rujukan:
https://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Kashmir
https://www.astroawani.com/berita-dunia/kashmir-wilayah-indah-yang-kembali-bergolak-214665- Penulis: Hisyam Basabah
No comments:
Post a Comment