29 Mei 2023 (Isnin)
Jalan kaki sampai ke sini.Aku tak begitu pasti nama tempat ni. Kalo ikut itinerary, aktiviti di Pahalgam ialah ke Basairan dan Aru Valley. Mungkin ini la namanya Basairan. Kalo musim sejuk kawasan ni akan diliputi salji. |
Aku tunggu juga aktiviti PonyRide tu, tapi tak ada pula. A cuma maklumkan untuk ambil gambar berlatarbelakangkan gunung |
Sebenarnya boleh jalan kaki lagi menuju ke belakang, cuma mungkin agak jauh. Tapi kata A, kat situ ramai orang. |
Kuda ni boleh disewa untuk pergi ke kawasan kampung2 sekitar sini. Pasti cantik kan tengok suasana kampung. |
KH mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan pergunungan |
Baru2 ni aku terdengar seseorang berkata "Kashmir tak ada apa la", aku senyum je. Cantik dan menarik itu sesuatu yang subjektif. Berbeza mengikut perspektif masing2 yang melihat dan merasainya. |
Kalo kau pencinta alam, pasti kau suka Kashmir. |
Secara jujurnya, aku memang suka Kashmir. Terutamanya dikawasan yang bersalji. Ada gabungan warna putih dan warna2 alam. Jika aku diberi pilihan untuk berkunjung semula ke sini. Jawapan aku Ya pasti aku akan ke sini lagi |
Selesai mengambil gambar di lokasi pertama tadi, kami meneruskan perjalanan ke lokasi ke-2. Yang ini baru la di lokasi Aru Valley. |
Sungai Aru merupakan cabang sungai Lidder. Airnya mengalir dari pergunungan... |
Aru merupakan sebuah kampung yang popular sebagai tempat pelancongan yang terletak di daerah Anantnag di J&K. Kampung Aru ni tak jauh dari lokasi pertama yang kami pergi di awal tadi. |
Kampung Aru terkenal dengan padang rumputnya yang nan hijau apabila tiba musim panas, tasik dan gunung yang indah. |
Kampung Aru merupakan titik mula bagi pengembara yang ingin menjejaki Glasier Kolahoi, Tasik Tarsar-Marsar dan lembah Katrinag. Selain itu juga, ia merupakan check point awal untuk trek ke Lidderwat, Tasik Vishansar-Kishansar dan Kangan. |
Kolahoi ialah glasier terbesar di Lembah Kashmir dan terletak berhampiran Gunung Kolahoi yang mempunyai ketinggian 5425m.Gunung Kolahoi boleh diakses melalui Lembah Aru. Puncak Gunung Kolahai sebenarnya adalah sebahagian daripada Banjaran Himalaya. |
Di sekitar Lembah Aru, terdapat 20 Tasik Alpine. Apabila tiba musim sejuk, Lembah Aru menerima turunan salji yang lebat, maka aktiviti bermain ski dan heliski menjadi pilihan bagi peminat sukan ini. Jangan risau bagi pemancing tegar, di Sungai Lidder juga ada disediakan aktiviti memancing ikan trout. Selain itu, aktiviti trekking, mendaki, menunggang kuda, atau sekadar mengambil gambar sambil menikmati angin segar dari pergunungan boleh kita lakukan di sini. |
Menurut catatan sejarah, Gunung Kolahoi berjaya ditakluki buat pertama kalinya oleh Team Perubatan British yang diketuai oleh Dr. Ernest Neve pada tahun 1912. Laluan pendakian yang paling mudah, adalah dari Lembah Aru di Pahalgam dengan jarak perjalanan menuju ke puncak glasier sekitar 21 km. Namun, jika kau nak menguji ketahanan mental dan fizikal, boleh juga lalu dari Sarbal Nallah, Sonamarg dengar jarak perjalanan lebih pendek iaitu sekitar 15km, namun perjalanannya lebih sukar. |
Seiring berjalannya waktu, Glasier Kolahai juga sedang menghadapi kesan pemanasan global. Glasier yang pada mulanya dicatatkan seluas 13.57 km persegi pada tahun 1963, kini keluasanya semakin mengecil. Pada tahun 2005, keluasan glasier hanya sekitar 1069 km persegi. |
Tenang dengan suara alam. |
Pemandangan dari atas bukit |
Kami mengabadikan kenangan di sini |
Akhirnya kami meninggalkan Perkampungan Aru dan meneruskan perjalanan balik menuju ke pekan Pahalgam. Di tepi jalan berhenti lagi sebab nak ambil gambar. |
Akhirnya kami tiba di Pekan Pahalgam |
Perkara pertama yang dilakukan ialah mencari tempat solat. Kat sini memang banyak masjid yang kita nampak di tepi jalan. Tapi A kata Masjid kat sini tidak dibuka untuk orang luar. Aku tak pasti kenapa, mungkin masjid dikunci atas faktor keselamatan. Yang solat di masjid kebiasaannya orang-orang lelaki sahaja, menurut kata A ya. |
Akhirnya A bawa kami ke salah satu hotel yang ada di pekan Pahalgam. A dah tanya pada pengurus hotel dan dia membenarkan untuk kami solat di sana. Mereka bawa kami ke satu ruangan (Bilik). Ruangan tu sebenarnya macam tempat berehat sebab ada sofa kat situ, tapi tempatnya bersih, maka di situ la kami solat sebelum balik ke Srinagar..... |
Bersambung....
No comments:
Post a Comment