28 Mei 2023 (Ahad)
|
Selesai makan tengahari, kami meneruskan perjalanan menuju ke Artisane Art & Cultural Centre. Tak ada pula gambar restoran tu. Lapar sangat agaknya sampai lupa ambil gambar restoran. Aku makan Nasi Bariyani- share dengan KN. Sebab portion makanan dier banyak, boleh makan untuk 2 orang. Kawan2 yang biasa travel dengan aku faham sangat dah, aku jenis tak makan banyak. KH pula makan kebab. Akhirnya kebab yang sampai tak seperti mana yang dia banyangkan (seperti yang ada di Malaysia) 😁 Kebab yang sampai tu macam fish ball...Perjalanan mengambil masa kira-kira 40 minit dengan jarak 23 km dari Gulmarg. |
|
Artsane dibina pada tahun 1860. Ia adalah Pusat Kebudayaan kraf buatan tangan Kashmir, yang diwarisi secara urun temurun sejak enam belas dekad. Penubuhan pusat kebudayaan ini diilhamkan daripada idea Renaissance, iaitu kebangkitan semula amalan peribumi industri seni dan kraf Kashmir. Ia mewakili seni bina luar bandar Kashmir, yang mencerminkan budaya agung, ruang kerja asli yang diiringi dengan muzik sufi tradisional. Artisane menyediakan platform yang mampan bagi para tukang dan penenun yang berkemahiran tinggi demi memastikan kualiti produk terjaga dan dalam masa yang sama kestabilan kewangan turut terpelihara. Ia adalah model inklusif yang meliputi ketabahan; kemahiran dan pertukangan serta menyokong industri kraftangan bakal pupus sekiranya tidak dijaga. |
|
Para penenun yang terdiri dari golongan lelaki sedang menenun carpet. |
|
Artisane ditubuhkan dengan visi bahawa "Seni tidak bermakna sama sekali sekiranya seseorang itu tidak mampu untuk memenuhi keperluan hidup melaluinya dan makmur sebagai sebahagian daripada rakyat yang terhormat". Pendek kata, jika kau mempunyai kemahiran dalam satu2 bidang, ia tidak akan membuatkan kau lapar tak berduit. Gunakan kemahiran itu untuk menjana ekonomi keluarga. Jadi kat Kashmir sendiri ramai para penenun yang berkemahiran dalam bidang tenunan, sayang sekiranya tidak dipromosikan kepada generasi kemahiran menenun tu. Makanya, Artisane ditubuhkan bertujuan untuk menyumbang kepada masyarakat secara keseluruhan dengan menyokong artis yang tidak didendang ini dan menonjolkan kemahiran seni mereka yang sangat berharga untuk diwarisi dan diwar-warkan kepada generasi muda dan masyarakat |
|
Di sini kita mengambil kesempatan untuk menunaikan solat. Disediakan satu ruangan untuk tujuan itu. Selepas itu kami dibawa ke ruangan jualan carpet. Memang cantik dan halus buatannya. Sudah pasti harganya juga mahal, ini kerana ia dihasilkan dengan menggunakan tangan sepenuhnya. Z dan suaminya banyak "mencover" dalam hal ini... 😁 Bila di bawa ke satu2 tempat kraftangan, depa la yang akan membeli barangan tersebut. Sebab selagi kau tak membeli, selagi tu macam sukar untuk kau keluar dengan tangan kosong. Dorang beli satu carpet. Memang cantik. |
|
Dah selesai belian Carpet kami meneruskan perjalan balik ke Rumah Bot kami di Tasik Dal. Perjalanan mengambil masa kira2 1 jam 7 minit dengan jarak sekirat 35.5 km dari Artisane. Sepanjang perjalanan balik ni aku tidur je...Penat Berkuda tadi...hehheh. Oh ya sebelum sampai ke jetty Dal Lake, A bawa kami ke kedai cenderahati. Oleh kerana hari ni hari ahad dan petang pula, banyak kedai yang dah tutup. Makanya tak banyak pilihan untuk ole2 nak dibawa pulang. |
|
Handsome penjual ni....😆KN dan TH banyak beli barang kat sini untuk anak cucunya, sebab lepas ni dah tak ada singgah kedai souvenir lagi. |
Tasik Dal
Tasik Dal merupakan sebuah tasik yang terletak di Srinagar. Seperti yang aku tulis dalam cerita sebelum ni, Srinagar memainkan peranan sebagai ibu kota sepanjang musim panas bagi negeri Jammu dan Kashmir. Ia merupakan tasik kedua terbesar di J&K dan sering dikunjungi oleh pelancong dan masyarakat tempatan. Tasik Dal mendapat julukan dengan beberapa nama. Antaranya ialah "Tasik Bunga" dan "Permata Mahkota Kashmir/ Permata Kashmir". Tasik Dal meliputi kawasan seluas 18 km persegi dan merupakan sebahagian daripada tanah lembap semula jadi yang meliputi 21.1 km persegi. Ini termasuk taman terapungnya yang dikenali sebagai "Rad" di Kashmir, mekar dengan bunga teratai pada bulan Julai dan Ogos. Tanah lembap dibahagikan dengan tambak kepada empat lembangan iaitu Gagribal, Lokut Dal, Bod Dal dan Nigeen (walaupun Nigeen juga dianggap sebagai tasik bebas). Apabila tiba musim sejuk, suhu boleh mencecah serendah sehingga -11*C dan ini menyebabkan tasik menjadi beku.
|
Kawan kami KN dan TH. Akhirnya selesai juga trip untuk hari ni. Masih awal lagi, boleh la menikmati angin petang sambil melihat banyak shikara di Tasik Dal. Hari ni Hari Ahad, maka banyak sangat shikara di atas tasik... |
|
Suka tengok pergunungan di belakang sana. Cantik sangat. Teringat kampung halaman ku di NZ....😀 |
Tasik Dal juga memainkan peranan sebagai kawasan tadahan air yang berkeluasan sekitar 316 km persegi. Peranannya sebagai kawasan tadahan sangat bersesuaian dengan lokasinya yang terletak di lembah gunung Zabarwan dan di kaki bukit Shankaracharya Hill. Lembangan utama yang mengalirkan air ke dalam tasik terdiri daripada lima lembangan yang saling bersambung. Antaranya ialah lembangan Taman Nehru, lembangan Nishat, lembangan Hazratbal, lembangan Nigeen dan lembangan Barari Nambal. Purata ketinggian tasik ialah 1,583 meter dan ia mempunyai kedalaman air yang berbeza-beza.
|
Kedai runcit shikara di atas Tasik Dal. Dalam teks sanskrit kuno, ada disebutkan tentang kewujudan Tasik Dal yang dikenali sebagai Mahasarit. Catatan sejarah kuno menyatakan bahawa sebuah kampung bernama Isabar yang terletak di sebelah timur Tasik Dal, merupakan kediaman Dewi Durga. Tempat ini dikenali sebagai Sureshwari. |
|
Gambar diambil dari pelantar Rumah Bot kami. Nasib baik la juga rumah bot kami terletak di pintu masuk tasik. Menuju ke sebelah kanan, akan membawa kita masuk ke anak sungai. Rumah bot yang ada kat situ dah tak best dan tak ada privacy. Berdekatan dengan jalan raya. Kita datang sini nak tenang2 je...tak nak bising2 bunyi kereta dan sebagainya. Paling best jika dapat Rumah Bot yang terletak di sebelah kiri kami. semakin berada di tengah tasik semakin sunyi sepi... |
|
Tengok bot sambil makan buah di pelantar Rumah bot kami |
|
Selepas kemerdekaan India, orang Kashmir Hanji telah membina, memiliki dan menyelenggara Rumah Bot ini. Mereka juga mengusahakan taman terapung dan mengeluarkan komoditi untuk pasaran. Secara tidak langsung ini menjadi lubuk rezeki bagi mereka. Rumah bot yang ada di Tasik Dal kebiasaannya menyediakan penginapan bagi para pelancong yang akan berkunjung di Srinagar. |
Dinner di Rumah Bot
Part sebelum ni aku ada cerita kan, pakej yang kami ambil ni tidak termasuk makan tengahari, tetapi ia termasuk dengan makan malam. Ye la, macamana nak include lunch kan, sebab kita seharian berada di luar. Ok ini ialah menu makan malam kami pada hari ke-2 di sini. Hari pertama tu aku lupa menunya apa, macam tak ambil gambar. Penjaga rumah ni ialah Mustafa dan kawan dia, tapi lupa nama dia. Jadi kita panggil dia Hafiz la. Dorang akan sediakan sarapan dan makan malam. Dorang serve makanan macam kat hotel tau. Siap berdiri di belakang kita dan tunggu sampai kita siap makan....Hari pertama hingga ke2 dia masih buat macam tu, tapi bila dia tengok kami macam segan2 nak makan...dia pun cakap kat kawan dia (dalam bahasa dorang la kan)....dorang ni malu nak makan bila kita ada di sini. Jadi lepastu setiap kali kami makan dorang akan berada di dapur atau di luar rumah. Cuma kat sini kita tak boleh masak air panas sendiri, kena minta air panas kat dorang. Aku kan suka minum air panas malam2, terasa lain bila tak dapat minum air nescafe pada hari pertama tu. |
Nasi ku |
|
Menunya ialah ikan goreng masak sambal. Tapi jangan pernah terfikir sambalnya macam kat tempat kita ya. hehehh.....Yang ini ada kisah lucu. Aku memang suka makan ikan, jika diberi pilihan antara ayam dan ikan memang aku akan pilih ikan. Ceritanya macam ni, tengah sedap2 makan tu kan, KN cakap, " Kat mana la agaknya dia dapat ikan ni ya?" Aku terus pandang KN, cuba mencerna maksud ayat dia tu. Dia sambung lagi. "Dia pancing dari tasik ni agaknya ya" Ah... Sudah. KH cakap: "Ahh..makan saja la". KN pun terus tanya pada si Mustafa kat mana dia beli ikan tu. Mustafa kata dia pancing dari dalam tasik ni. Lepas tu masing2 macam tak ada selera nak makan. Nasib baik aku kaut nasi sikit je. Jelak2 je TH. Nak menyedapkan hati, TH kata ala makan je la...nanti tak makan depa ambil hati pula. Lepas dari tu masing-masing cakap, kak ada lagi ikan goreng tu, abiskan. KN kata, akak tak berapa makan ikan sungai ni. 😆Yang faham tu, faham la ya. Yang tak faham tu, alhamdulillah...jangan cuba untuk menyelidik maksudnya. 😅 |
|
Ulam-ulaman yang menjadi penyelamat. Malangnya, jangan cuba mencari sambal ataupun sos, memang tak ada. |
|
Seperti yang kita tahu orang India ni memang terkenal dengan masakan kari. Yang ini ialah Brokoli masak kari. |
Tamat untuk hari ni. Bersambung...
Rujukan:https://en.wikipedia.org/wiki/Dal_Lake
No comments:
Post a Comment