29 Mei 2023 (Isnin)
Salam dan Hi ....
Hari baru, lokasi baru. Hari ni kami dijadualkan akan ke Pahalgam. Semalam A kata kena ada di jetty pada jam 8.30 pagi. Ingatkan perjalanannya dekat rupanya jauh. Pada pendapat aku 8.30 pagi tu agak sedikit lewat dah tapi mungkin kalo ikut jam sana 8.30 pagi tu masa yang sangat sesuai untuk memulakan perjalanan. Subuh agak awal juga sebenarnya. Tapi tak apa ikut je kata guide, dier lebih tau kondisi di tempat dia. Sarapan pagi disediakan pada jam 7.00 pagi. Tak dan nak ambil gambar, nampak macam tak manis pula sebab Mustafa sentiasa ada berdekatan tempat makan sambil berbual2. Tapi si Mustafa ni baik, kalo kita minta air panas, dia bawa kan.
|
Kekacang dan buah-buahan kering dihidangkan, untuk dirasa oleh pelanggan sebelum membeli barangan tersebut. |
Dipendekkan cerita, dalam perjalanan ke Pahalgam, A bawa kami singgah ke kedai Zamidar Kesar King terlebih dahulu. Mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan dengan jarak 24 km dari Jeti Dal Lake. Kedai Zamidar merupakan kedai yang menjual makanan khas Kashmir. Seperti kekacang, Saffron, buah-buahan kering, rempah, teh, produk kecantikan yang diperbuat daripada saffron, herba, minyak, berry dan bijih benih. Kedainya kecil saja tapi bersih, barang jualan juga disusun kemas, agak banyak juga. |
Bangunan kedai. Kebetulan kita datang tu ada rombongan pelajar sekolah tapi dorang dah nak balik... |
|
Ada disediakan Cai di luar kedai. Ambil je, gratis dong... |
Kashmir mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan orang Kashmir berbangga dengan keistimewaan ini. Di Kashmir ada satu tempat yang dinamakan sebagai Pampore, tempat ini berdekatan dengan Srinagar yang mempunyai tanah yang subur. Pampore merupakan salah satu dari tempat di dunia ni, (selain Iran dan Spanyol), yang menanam bunga Saffron atau nama saintifiknya "Crocus Sativus". Daripada bunga Crocus Sativus ini la datangnya saffron yang terkenal sebagai julukan "emas merah". Ini kerana saffron merupakan tanaman yang bernilai tinggi. Bunga Crocus Sativus biasanya tumbuh setinggi 8-12" dengan setiap kuntum bunga mempunai 3 stigma sahaja dan berwarna merah terang. Ia hanya hidup selama 1 minggu dalam setahun. Stigma ini akan di ambil dan dikeringkan. Untuk menghasilkan 1 paun saffron, memerlukan ribuan kuntum bunga Crocus. Ini bukan kebun biasa-biasa, ini sudah tahap ladang bunga Crocus, nak dapatkan sekilo saffron. Maka tidak hairan la, ianya berharga sangat mahal kerana kesukaran untuk mendapatkannya dari segi masa dan kuantiti stigma yang diperolehi. Saffron yang dikenali sebagai Kesar di Kashmir, biasanya digunakan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam penyediaan nasi Bariyani, selain digunakan juga dalam pelbagai industri pembuatan manisan dan tembakau.
|
Pemandu bas kami dan pekerja kedai |
|
Kedai ni memang mesra pelanggan, disediakan sofa yang selesa untuk kita mengambil gambar, atau untuk anak-anak, atau untuk mereka yang tak nak membeli. Tapi aku tengok semua orang fokus tengok barang. |
|
Rombongan lain |
|
Ibu-ibu |
Saffron yang berkualiti tinggi boleh mencapai harga sekitar 5000 dolar US, hanya untuk 450 gram. Kalo tukar duit Malaysia sekitar RM 23, 235.00! 90% saffron di dunia, datangnya dari Iran dan selebihnya datang dari Kashmir. Selain berfungsi sebagai rempah masakan, ia juga mempunyai khasiat kepada kesihatan. Antaranya ialah ia bersifat antioksidan, memelihara kesihatan mental (kalo korang ada depresi, boleh la minum teh saffron), menyembuhkan gangguan saraf (sesuai bagi pesakit yang mengidap penyakit Alzheimer dan Parkinson), meningkatkan fungsi penglihatan, mengurangkan risiko penyakit jantung (Yang ada penyakit darah tinggi dan kolestrol, sesuai sangat amalkan minum saffron), mengawal diabetes, meningkatkan sistem imun, mengurangkan gejala senggugut, mengawal radang dan mampu menghilangkan jerawat dan masalah kulit.
|
KH beli saffron. Aku pun beli juga tapi sampai sekarang masih didalam botol tak dibuka2 lagi...😅 |
|
Teh dari saffron..... |
Selesai membeli ole-oleh di Kedai Zamindar, kami akhirnya beransur pergi dan meneruskan perjalanan menuju ke ladang Epal. Dibawah adalah pemandangan sepanjang perjalanan.
|
Burung yang sedang makan sisa makanan |
|
Dipertengahan jalan bas berhenti di tepi jalan. Mulanya aku hairan, kenapa? Tak ada apa2 pun kat depan sana. Rupanya, setiap kali ada konvoi tentera, maka kenderaan lain akan diminta berhenti untuk memberi laluan yang lancar kepada konvoi tentera. |
|
Tengok lori kecil tu, mentang2 dier kecik, selamba je dia cilok celah2 lori gergasi.....😁Hati kau keras Joe... |
|
Lama juga dier tahan semua kereta tu tau, A kata kadang2 mencapai tempoh 1 jam. Dia tahan bukan masa tu lori tentera dah ada kat depan/ belakang.....tapi lagi 10-15 minit lori nak sampai, dia tahan dulu semua kereta. Yang ini pun lama juga tunggu lori tentera tu melintas, sampai aku kebosanan, orang buat kerja dengan hitachi pun aku ambil. 😁 |
|
Akhirnya selesai konvoi tentera melintas, kami pun bergerak. Jalan raya yang sedang kami lalui ni sebenarnya punya 2 fungsi. Saat2 darurat ia sebenarnya adalah landasan untuk kapal terbang tentera yang besar tu mendarat di sini. |
|
sawah nan terbentang luas. Ehh...sawah ke? tu macam jerami padi yang dah kering kan?? |
|
Kambing biri-biri sedang menyantap makanan |
|
sawah lagi.... |
|
Setiap 1 km akan ada tentera yang berkawal di jalanan. Dorang tak kacau atau tahan mana2 kereta, cuma berkawal je. |
|
Laluan tol. |
|
Pos kawalan tentera di depan sana.... |
LADANG BUAH EPAL
Akhirnya kami sampai di kebun Epal, setelah menempuh perjalanan selama kira-kira 1 jam. Itu kalo perjalanannya lancar. Tambah lagi tadi bersantai menunggu konvoi tentera lalu, dah berapa puluh minit berlalu. Sepanjang perjalanan menuju ke Pahalgam ni memang banyak kebun Epal. Bas berhenti di tepi jalan sahaja. Tapi malangnya bulan Mei bukan la masa yang sesuai untuk memetik buah Epal, sebab musim Epal di Kashmir adalah pada bulan Oktober hingga November. Pada bulan tersebut memang meriah la dengan epal. Besar2 pula tu, pasti teruja kan. Bila tengok kat pokok ada buah epal berwarna merah tapi sebenarnya itu epal plastik je yang sengaja digantung di sana.
|
Tengok pokok Epal je la |
|
Sebenarnya ada je buah epal kat pokok tapi tak banyak. Ibarat kata buahnya masih kanak2 lagi. Haaa.....istilah apa kau guna tu N?? |
|
Lanskap gunung ganang yang memukau |
No comments:
Post a Comment