18 Dec 2023 (Ahad)
Laluan dari hotel kami dipenuhi dengan jualan barangan basah.... |
Sebenarnya hari ni kami akan pergi ke Smyrna Agora. Macam biasa kami keluar seawal jam 7 pagi. Keluar dari hotel, kami dikejutkan dengan Pasar pagi di luar hotel! Wow.....masing-masing teruja tengok buah-buahan segar, sayur, kekacang....pendek kata semua barang basah ada di sini. Kami memutuskan untuk membeli buah-buahan dahulu sebelum meneruskan perjalanan, sebab takut nanti pasar ni hanya sampai tengahari sahaja. Nanti balik dah tak ada, kempunan nak beli buah-buahan segar. kalo kita buat carian maklumat di internet, katanya pasar pagi ni buka jam 10 pagi hingga jam 2 petang, tapi sebenarnya pasar ahad ni buka dari pagi seawal jam 7- hingga lah ke petang. Ya mungkin jam 10 pagi orang ramai baru nak keluar ke pasar tapi penjual dah datang awal. Jadi pagi ni kami la yang paling awal datang dan bebas ambil gambar ...
AKu lupa nama buah ni tapi selalu nampak orang bakar dan jual. Sedap buah ni... |
Buah terung segar dari ladang |
Ini tak pasti buah apa... |
Buah delima |
Buah apple. Segar dan cantik |
Limau lagi |
Bunga kobis |
Strawberry & Brokoli |
bawang putih |
Ni buah apa ya lupa... |
Buah zaitun yang pada mulanya aku ingatkan manis..... |
cili hijau |
Brokoli dan bunga kobis |
Keju |
Pelbagai jenis keju di jual di sini. |
Buah zaitun pelbagai jenis |
Tomato yang cantik |
Merah-Hijau |
Penjual keju |
Cili ni besar tau. sebesar tapak tangan kawan aku tu ha.... |
Pakcik penjual yang peramah |
Penjual yang ceria di pagi hari |
Pelbagai buah-buahan. Tapi aku kalo ke luar negara tak pandang pisang...😁sebab kalo pisang kat kampong aku pun banyak. |
Jadi, kalo korang datang ke Izmir.....pastikan bertemu hari ahad. Sebab masa ni je akan jumpa pasar ahad ni. Dan penginapan paling strategik ialah Alsancak apartment hotel ni. Walaupun dia agak jauh berjalan sedikit dari stesen keretapi Alsancak tapi kedudukannya tu berada di tengah2.....antara pinggir laut dan ke stesen keretapi....
Bersambung......
No comments:
Post a Comment