Sunday, June 18, 2023

Bercuti ke Turki: Hari terakhir di Izmir, Cerita tentang Ikan....(Part 11)

18 Dec 2022 (Ahad)

Kemeralti Market

Kedai pertama yang baru buka, kedai rempah ratus

Selesai melihat arca Atarturk kami kembali ke teksi kami. Hairan dier kenapa kami terlalu cepat selesai sebab dia kata kami boleh memperuntukan masa sehingga 40 minit dan dia akan tunggu. Ni tak sampai 30 minit dah siap..😁Dalam kebingunggan dia pun masuk kereta, start enjin dan meneruskan perjalanan. Dalam kereta dia translate ayat: katanya kalo kami nak pergi kemana-mana dia boleh bawakan, ke Ephesus misalnya...KH sebagai wakil menjawab bagi pihak kami semua, menyatakan bahawa kami dah pergi ke Ephesus semalam, dan hari ni kami ingin pergi ke Kemeralti Market. Dia meneruskan pemanduan menuruni laluan sempit dan berbukit. Akhirnya dia berhenti di tempat kami mengambil teksi tadi. Hairan kami, KH kata kami nak pergi ke Kemeralti Market, kenapa berhenti di sini? Mana bazaarnya? Bagai peluru berpandu KH memuntahkan ayat tanpa noktah...😀Dia senyum dan membalas: This is the Kemeralti Market. The market is a large area and this is one of the entrances... sambil menunjuk ke satu lorong. Agak menghairankan sebab tak ramai orang, sempat kami berfikir dia tipu ke ni? Ke awal sangat? Awal tak awal, tengok jam dah pukul 9 pagi juga....Dalam berteka teki, KH bayar tambang dan kemudian kami bergerak masuk ke lorong yang di tunjukkan. Jalan masuk dalam sikit baru la ada nampak rupa market. Ada yang baru nak buka kedai....patut la tak ada orang lagi....
Sunyi je, sebab banyak kedai tak buka lagi
Masa ni kawan aku batuk teruk tak baik2 dari Malaysia lagi, jadi dia cari madu sebagai rawatan alternatif melegakan batuk....sebab makan ubat tak jalan juga. 
Bahan masakan
Sabun

Kemeraltı merupakan bazaar bersejarah dan ia kekal sebagai salah satu kawasan paling meriah di Izmir. Meliputi kawasan yang luas dari Agora Smyrna (kawasan Namazgah, Mezarlıkbaşı dan İkiçeşmelik) sehinggalah ke pantai di sepanjang Dataran Konak. Banyak barangan boleh di dapati di sini, daripada barangan dapur, pakaian, eletronik dan pelbagai lagi. Kami datang ke sini bukan untuk bershopping sakan. Saja nak cuci mata, jika ada berkenan boleh la rembat sehelai dua. Dan perkara paling penting, kami kena cari makan di sini sebab tak sempat bersarapan pagi tadi. Emm....sebenarnya terfikir juga, nak makan apa pagi tadi?? Sebab beg yang berisi bekal makanan dari Malaysia tercicir entah di mana dan beg tu sekarang dalam perjalanan menuju ke hotel kami di Istanbul! Tak sabar nak jumpa dia esok....😁

Beg bermacam design. KH cari beg juga...
Warna warni...
Rambang mata terlalu banyak beg
Pakaian sejuk untuk lelaki. Cantik...
Selipar di rumah pun ada. Comel2 belaka
Cenderahati
Kasut
Lagi kedai cenderahati. Dia baru buka kedai..Aku rasa urusan harian mereka bermula pada jam 10 pagi kot. Sebab ketika berada di Cappadocia, Mr. Yunus juga memulakan perjalanan kami pada jam 10 pagi...
Lagoda
Kedai pakaian
Lagi kedai pakaian
KH beli winter jacket. Cantik...
Masjid
Pintu masuk
manisan Turki
Tiba di area makanan
Kedai makan
Pelbagai buahan kering
Kami singgah di kedai ni. Depa sedang tanya menu. Sebelah tu kedai minuman....
senarai menu yang ada
Makanan kami yang dikongsi bertiga 😁 Kopi tu rasa dia pekat gilerr....Yang putih tu gula. kalo nak bubuh je....
Ni macam burger. Dalam dia ikan. Yang ini sedap gills.....cukup rasa masin ada manis pun ada. Menyesal beli 1, tapi roti ni besar tau....
Yang ini pun kira ok, boleh masuk tekak. Warna kuning tu ikan goreng selut tepung. sedap juga...yang lain salad....kita sendiri boleh bubuh garam ...

Dah selesai di sini kami kembali ke hotel dengan menaiki teksi. Berehat sebentar di hotel, buat apa yang patut, kemas barang dan lain-lain. Agak2 petang cuaca dah kurang panas kami turun dan jalan-jalan ke arah tepi laut. Mengambil angin petang kononya....Ini hari terakhir kami di Izmir, Esok akan terbang semula ke Istanbul. 

Cantik macam di Eropah
Cafe terbuka macam ni banyak di Izmir. 
Hari ahad orang ramai mengambil kesempatan berkumpul bersama keluarga
Gerbang cantik di laluan pejalan kaki di tepi laut Alsancak
Mercu tanda Izmir....
Senja di Alsancak, Izmir
Tram pun ada. tapi kitorang tak naik sebab dah nak malam
Arca
Ingat tak masa mula2 sampai Izmir, aku ada cerita yang orang hotel tu ada bagitau kami restoran yang menghidangkan menu2 yang sedap? Ini la restorannya. Nampak mahal je kan...sebab dia terletak di tepi laut Alsancak. 

Tengok menu di bawah....😀

Cai ni wajib ada ketika makan
Menu tu datang satu2 tau....Roti ni macam biasa mesti ada
Sayur dan yang putih tu macam sambal la kalo kat tempat kita cuma nya ini tak pedas dan tawar. Sedap sebab dia kentang

Taraaaaaaa.......Yang ini special...

Dah kau minta ikan, kau dapat la ikan 2 ketul 😂 Tergelak kami semua tengok menu ni. Yang pergi ambil order dan tengok makanan depa 2, aku tanya aikk, ini ka ikannya? Semua macam terkedu. Tak kan kau jauh2 datang ke Turki semata-mata nak makan ikan merah ni!!!😅Tak tau dimana silapnya, mungkin la faktor bahasa kan. Depa ingat ikan yang dihidangkan tu sebesar ikan yang macam kami makan kat pasar tempoh hari. Dah orang hotel kata ini restoran paling sedap, jadi tak sangka la ada ikan merah dijual di sini....Tapi tak apa, anggap la ini rezeki pada hari tersebut. Alhamdulillah....😁Pekerja restoran tu asyik melirik je ke meja kami. Mungkin dalam hati dia berkata2: Pelancong dari negara mana la dorang ni ya???😂


Mengembara ni banyak benda yang kau dapat kutip. Semuanya berkisar tentang pengalaman, cerita tentang kehidupan. Ada gembira, ada sedih, ada lucu.....Begitu la...

Bersambung.....
😅😀

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...