Thursday, January 27, 2022

Dari Wang kelian ke Gua Kelam: Part 4

 15 Dec 2021

Wang Kelian View Point

Hari ke-2 di Perlis. Hari ni juga merupakan hari terakhir kami di sini. Sekejap kan? 2 hari je...Destinasi pertama yang kami kunjungi hari ini ialah ke Wang kelian View Point. Semalam dah bagitau pada Z, kita kena bertolak awal pagi supaya sampai sana belum ramai pengunjung yang datang, dan kalo ada rezeki boleh menyaksikan awan carpet. Maka selepas bersarapan ala kadar di bilik, kami memulakan perjalanan seawal 730 pagi. Perjalanan ke WKVP mengambil masa kira2 33 minit, berjarak sejauh 30.5 km dari Padi-Padi Hotel. Apabila tiba di sana sudah ramai pengunjung yang datang.


Wang Kelian merupakan sebuah perkampungan yang terletak di Sempadan Malaysia-Thailand. Tepatnya di  kaki Banjaran Nakawan dan dikelilingi oleh bukit bukau batu kapur yang sangat cantik. Sangat popular dikalangan pelancong dan penduduk tempatan kerana ia merupakan lokasi pasar besar yang merentasi kedua-dua belah sempadan. Pastinya harga barangan juga "mampu milik". Kerajaan Malaysia dan Thailand memberi kebenaran kepada orang ramai bergerak bebas tanpa perlu cop pasport untuk merentasi sempadan dengan tujuan membeli-belah...tapi dengan syarat hanya dalam lingkungan pasar sahaja. Hanya Rakyat Malaysia sahaja perlu tunjuk kad pengenalan mereka untuk merentasi sempadan manakala warga Thailand boleh menyeberang tanpa sebarang dokumentasi. Pelawat tanpa dokumen dihadkan pada radius 1 km dari lintasan sempadan.
Wahhh....sedondon rupanya minah ni dengan rumput rampai kat belakang tu, bersatu dengan alam katanya.....Dia pun sekali pandang ingatkan pokok 😂

Namun kepopularan (opss, perosak bahasa 😜) pasaran itu agak menipis apabila ditemui kubur besar di dalam hutan di utara Wang Kelian iaitu Wang Burma, pada tahun 2015. Menurut berita, kubur besar tu,  dipercayai orang Rohingya yang menjadi magsa pemerdagangan manusia. Terdapat sebanyak 139 kubur dan 29 kem tahanan haram ditemui semasa operasi dijalankan oleh polis Malaysia. Pihak berkepentingan (penyeludup) mengambil kesempatan atas kelonggaran keluar masuk orang ramai di garis sempadan ini, dengan menyeludup orang untuk dibawa masuk ke Malaysia dari Thailand. Sejak itu Malaysia telah mengambil keputusan untuk mengetatkan prosedur melintas sempadan atau dengan kata lain sudah tidak dibenarkan melintas sempadan tanpa dokumen sah. 

Tak nampak mata minah ni
Nampak macam tak ada orang kan... jangan tertipu. Hakikatnya.......
Setelah puas mengambil gambar di sini kami pun bergerak pulang. Dalam kereta, aku tertanya2 ada apa kat atas sana, sebab aku nampak ada geng basikal datang dari arah ke atas. Maksud aku, kalo kita nak balik kita kena balik ikut jalan tadi, maknanya berpatah balik....Aku ajak Z untuk teroka jalan atas tu, dia pun ok. Dalam perjalanan tu perasan yang jalan raya tu semakin menurun dan tak lama tu dah sampai jalan besar. Kami masih berteka teki, ohh....mungkin ini jalan lama yang boleh tembus ke jalan yang kami lalui tadi semasa memandu naik ke Wang Kelian View Point. Jalan punya jalan nampak signboard "Wang Kelian Satun". Satun aku tau, itu sudah masuk wilayah Thailand. Kami meneruskan perjalanan...nak bertanya tak ada orang di tepi-tepi jalan. Jalan tu pun agak tenang dan sunyi, kereta tak banyak yang berselisih dengan kami. Akhirnya kami nampak nun dihujung sana ada check point, beberapa orang yang berpakaian polis. Z turunkan cermin, "Ässalamualaikum Encik... nak tanya, jalan ni boleh tembus nak ke Gua Kelam ke? (Z sebut Gua kelam sebab memang kami nak ke sana lepas pegi WKVP tu tadi). Pak Polisi: "Eh tak, jalan ni kalo terus akan pegi ke Thailand, Cik pusing kat depan tu, patah balik"......Laa....baru tau, rupanya laluan ni akan bawa kami ke Satun....Patut la ada signboard "Wang Kelian Satun" tadi.  Dalam perjalanan patah balik tu terasa menyesal pula tak tanya kat Pak Polisi tu, kalo2 kami boleh meneruskan perjalanan sampai imigresen untuk tengok2 tempat je, kemudian baru patah balik. Sayang sekali! Sebelum ni selalu dengar kawan2 yang duduk Perlis kata depa p Satun, rupanya dekat je. Kalo ikut sejarah, Satun ni dulu Malaysia punya. Ia merupakan wilayah di bawah pemerintahan Kerajaan Melayu Kedah Tua. Masa tu ia dinamakan sebagai Setul, sebelum diserahkan kepada kerajaan Siam di bawah perjanjian ‘rahsia’ Siam – British pada 1909. Saduran info daripada siakapkeli. Tq Siakap)
Nasib tak bawa pasport kalo tak ke satun dah kami...😜

Perjalanan menuju ke Satun

Gua Kelam


Gua Kelam merupakan sebuah gua batu kapur yang terletak 33 km di utara Kangar, iaitu di Hutan Simpan Wang Mu dengan kawasan seluas 2000 hektar dan telah diwartakan sebagai sebahagian dari Taman Negeri Perlis. Kedudukannya tak jauh dari Wang Kelian View Point, hanya berjarak 5 km dan mengambil masa 8 minit saja untuk sampai. Di dalam Gua Kelam terdapat sebuah terowong semula jadi sepanjang 370 meter di dalamnya. Untuk memudahkan pengunjung meneroka ke dalam Gua ni, sebuah jambatan gantung selebar 8 kaki telah dibina dan secara tidak langsung ia menjadi tarikan pelancong.

tempat parkir di luar. masih banyak yang kosong.....tapi sebenarnya orang parking kat dalam. 
Makan dulu. Minta nasi goreng kampung, dapat nasi goreng sea food. Z minta mi goreng sea food dapat nasi goreng kampung. Tapi dimaafkan la sbb aku teruja kakak tu tulis guna tulisan Thailand. Katanya dia berasal dari Thailand dan berkahwin dengan orang Malaysia. Dia tulis guna tulisan Thailand sebab lagi cepat berbanding guna tulisan rumi.
Nasi goreng sea food buat alas perut
Ramai orang mandi manda kat sungai di bawah sana. Kalo malas nak masuk gua, boleh jalan2 di luar ni je. Kawasannya pun agak luas, ada taman permainan, ada sungai dan sebagainya

Gua Kelam tu kat dalam. Kena scan My Sejahtera dulu dan bayar RM5. Sebenarnya boleh bawa masuk kereta sampai dalam tu tapi Pakcik tu kata, jalan kaki je la bukan jauh pun.....Emm betul juga. Bila lagi kita nak berjalan lebih 1000 langkah kan....
Tandas
Ruang parkir di dalam dekat pintu masuk gua
Pintu masuk ke Gua Kelam. Tak perlu bayar apa-apa dah. 

Gua Kelam merupakan sebuah gua batu kapur yang terletak 33 km di utara Kangar, iaitu di Hutan Simpan Wang Mu dengan kawasan seluas 2000 hektar dan telah diwartakan sebagai sebahagian dari Taman Negeri Perlis. Kedudukannya tak jauh dari Wang Kelian View Point, hanya berjarak 5 km dan mengambil masa 8 minit saja untuk sampai. Di dalam Gua Kelam terdapat sebuah terowong semula jadi sepanjang 370 meter di dalamnya. Untuk memudahkan pengunjung meneroka ke dalam Gua ni, sebuah jambatan gantung selebar 8 kaki telah dibina dan secara tidak langsung ia menjadi tarikan pelancong.
Menurut sejarah, Pada zaman dahulu Gua Kelam terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi. Pada ketika itu, penduduk setempat menggunakan Gua ini sebagai jalan penghubung antara Wang Kelian dan Kaki Bukit. Gua Kelam mendapat nama bersempena dengan kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Terdapat Sungai bawah tanah yang mempunyai kepanjangan lebih kurang 400 meter yang mengalir melalui banjaran batu kapur. Ketika melalui jambatan ini pengunjung akan dapat melihat atau sekadar mendenar deruan aliran air semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Pada masa kini, pihak berkuasa telah menyediakan bekalan elektrik untuk memudahkan pengunjung menikmati keindahan di dalam gua.

Kementerian Pelancongan telah merancang untuk menjadikan gua ini sebagai destinasi pelancongan utama dengan membina satu Projek "Secret Garden of Perlis", yang mana pengunjung boleh masuk dari pintu utama gua dan keluar di lokasi yang berbeza. Terasa seperti berada di alam lain, mula2 melalui jalan yang gelap, suram dan menakutkan, akhirnya tiba di kawasan yang terang dengan lanskap semulajadi yang memukau. Tak ka terkejut tu??? 😀 Semasa kami tiba di sini kelihatan ramai pengunjung yang mandi manda di sungai ini. 









Pada mulanya kan aku cakap kat Z, kita ambil gambar kat luar gua je tak payah masuk. Aku ingat gua ni gelap dan meakutkan, rupanya bila sampai sana ramai yang masuk gua, jadi tak ada la rasa takut sangat. Nasib baik masuk gua ni kalo tak, kami tak tau pun gua ni ada penghujungnya dan membawa kita tengok lanskap yang berbeza dari yang ada di bahagian depan....

Bersambung...

Rujukan:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Gua_Kelam,_Perlis 

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...