Friday, January 14, 2022

Naik ETS ke Utara Malaysia (Part 2)

13 Dec 2021

Bermulanya trip kami ke utara pagi ni menaiki ETS. Aku beli tiket ni melalui online di website KTM https://online.ktmb.com.my/Trip. Pada mulanya aku nak pilih je tiket yang paling murah iaitu tiket gold berharga RM79. Masaalahnya tiket gold tu dah habis, yang tinggal hanya tiket platinum iaitu berharga RM 104. Tak ada pilihan, jadi beli saja la sebelum habis. Sengaja aku beli tiket sehala je sebab aku bercadang untuk singgah di beberapa bandar dalam perjalanan balik ke KL nanti. Perjalanan kami nanti akan bermula dari KL- Arau-Alor Setar-Butterworth-Ipoh- KL. Z ikut saja apa yang aku rancang sebab beliau terlalu sibuk hingga ke saat akhir nak bercuti, dia masih gigih menyiapkan kerjanya 😀. Selain dari tiket sehala ke Arau, aku juga dah beli siap2 tiket ETS dari Butterworth-Ipoh dan Ipoh ke KL. Tiket Arau-Alor Setar- Butterworth aku tak beli lagi sebab aku nak naik komuter je sebab tiketnya murah. Tiket komuter rupanya tak boleh dibeli awal. Kena beli pada hari nak pergi tu samada beli online atau beli di mesin di stesen keretapi.
Cari tempat duduk
Duduk dulu, tunggu dipanggil masuk
KL Sentral- Arau
Bantai tido untuk 5 jam seterusnya...
Train kami akan bergerak pada jam 9.20 pagi. Sebelum tu pegi sarapan dulu. Dipendekkan cerita, kami tiba di Arau pada jam 3.05 PM. Dari Stesen Keretapi Arau, ambil grab menuju ke Padi-Padi Hotel yang terletak di Kangar iaitu Berjarak 10.8 km dan mengambil masa kira-kira 18 minit sahaja untuk sampai ke destinasi. Kenapa aku pilih hotel ni? Tak ada sebab khusus...masa tengok2 kat agoda tu ada beberapa senarai hotel yang berdekatan dengan stesen KTM Arau, tapi bila tengok review orang ramai, agak menghampakan. Tapi Padi-Padi Hotel, ada 1 review orang yang ditulis pada bulan Nov 2021 (baru lagi tu), menyatakan tentang hotel ni hotel baru. Kalo baru pasti la kebersihan nya tip top kan, parking juga senang. Itu yang menyebabkan aku pilih ni... Part parking tu kena ambil kira juga sebab aku bercadang untuk menyewa kereta sepanjang berada di sini nanti. Lagi senang bergerak jika ada kereta.
Sampai di Stesen KTM Arau
ikut je Pakcik dan Makcik ni p mana
Sempat jepret 1 gambar
Sementara tunggu grab sampai aku ambil gambar dulu
Kantin 
20 minit kemudiannya kami sampai di Padi-Padi Hotel. Sekilas dalam pemerhatian aku tempat ni, agak tenang-tenang je, tak bising....tak begitu ramai orang. Betul la hotel baru....tapi aku ingat ia terletak di pinggir sawah padi, rupanya tak. Namanya je Padi-Padi..😏Berderetan dengan hotel ni terdapat beberapa buah kedai/ bengkel kereta, ada 1 restoran nun di hujung sebelah kanan, tapi hanya buka waktu petang...., ada dobi (yang ini patut ada, alhamdulillah)...ada salon, tapi tak ada kedai runcit. kalo nak p Dominos, 7E...ada tapi kene menyeberang jalan. Tiba2 saja aku teringat2 Savanah Hotel, tempat kami menginap tahun lalu yang terletak di Kuala Perlis. Hotel tu hotel baru dan kat bawah terdapat beberapa kedai Eco, Mr. DIY, Dobi, ada beberapa buah restoran....agak2 hari ni kau tak nak makan kedai ni, kau ble makan kat kedai sana pula...jadi banyak pilihan. Parking pun banyak...Tapi itu la tempatnya kat hujung di Kuala Perlis la pula. Jauh....dan kurang strategik sebab kami tidak bercadang untuk ke Langkawi (Hotel tu dekat dengan jetty K. Perlis). 
Padi-Padi Hotel
Bengkel kereta je ada banyak
Satu je yang tak best hotel ni.....dia tak ada lift. Kalo beg banyak dan berat macam kami yang datang dari jauh ni, emm....satu hal kau nak mengusung beg naik atas. Tak kalah juga hotel kat Malaysia ni dengan Jepun ye. Sama tak ada lift! 😝 Tapi Hotel Savanah dulu ada lift, alhamdulillah....
Nasib baik dapat bilik T2....
Air minum boleh ambik kat luar
Iron juga ada di sediakan. Yang ini penting untuk kami2 yang pakai tudung....kat Malaysia ni aku belum ada keyakinan lagi keluar dengan tudung/ baju berkedut 1000😅.
Bilik air, ok bersih...

ada 2 katil, sebelah tu Z tengah baring, jadi aku ambil sebelah je

TV, gelas ada di sediakan....minuman 3in1, sudu tak ada
Selepas menyelesaikan urusan, kami keluar semula. Nak cari makan pula. Aku ajak Z ke Kuala Perlis. Kat situ memang banyak tempat makan. Kami ambil grab dan sepakat untuk ke Medan Selera Jetty Kuala Perlis. Jaraknya sekitar 10.3 km, mengambil masa kira-kira 13 minit. Arghhh...sampai di Medan Kuala Perlis, agak panas pula. Kat hotel tadi kepala dah rasa macam tak selesa, ditambah terangnya matahari, makin berdenyut la kepala ni. Aduhh...tak sporting betul la. Dalam pada tu aku mengekor juga Z dari satu gerai ke satu gerai melihat ikan yang berkenan di hati. Akhirnya kami ambil ikan pari dan 2 ekor ikan rumahan (kalo kat semenanjung, ikan rumahan panggil apa ye? lupa...)...aku order nescafe panas (dah la panas minum lagi air panas) bukan apa....kalo kat rumah kalo sakit kepala aku minum air teh panas, dia akan reda sikit2, order juga sayur campur, di tambah pula dengan sambal belacan...perghhh....sedap gillss! Tapi malangnya kesedapan ikan bakar yang terhidang, langsung tak menaik kan selera makan, dek kerana sakit yang menyucuk2. Aku makan sikit je, sebab aku takut aku tak ble bangun...hehheh! Hajat dihati lepas makan ni nak la pegi kedai runcit kan...nak beli cemilan. Tapi, tak ada nyer...lepas makan terus balik. Sampai hotel, mandi....baru la lega sikit sebab dah sejuk.. hehheh........Verlagak!

bersambung.....

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...