Andai ini Jalannya
Di kiri jalan berliku
Di kanan lautan nan biru
Di hadapan menanti takdir & waktu
Di Belakang kau akan melihat ku berdiri di sini sambil memandangmu dengan senyuman.
Saturday, February 12, 2022
Mengejar si Aki: Cuti Tahun Baru Cina 2022 (Part 1)
30 Jan 2021 (Ahad)
Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni aku dan kawan2 pergi ke Kundasang. Ini bercutian pertama kami di Tahun 2022. Biasanya jumpa akhir tahun atau cuti bulan Mei-Jun. Bercuti ke Kundasang agak lewat dirancang sebenarnya. Pada mulanya hanya kami bertiga yang akan pergi. Tapi akhirnya KT setuju untuk join, A pun yang pada mulanya tak nak join sebab sudah ada rancangan bersama keluarga.....tapi 2, 3 hari sebelum bercuti dia call, tanya kalo boleh dia join kami sebab rancangan bersama keluarga terpaksa ditangguhkan atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan. Wah....bila ada orang yang mengoffer diri tu....kami bagai "kecik Tapak tangan, nyiru kami tadahkan".
Aku mula cari homestay. Depa kata kalo boleh homestaynya...buka pintu/tingkap je nampak gunung. Kalo di saat akhir payah nak cari homestay yang strategik dan bersesuaian. Aku memang bercadang untuk mencari penginapan di sekitar Mensilou, sebab kat atas tu sejuk....dan ia dekat nak pergi kemana-mana kawasan yang menjadi tumpuan pelancong, ada tempat memasak dan yang penting selesa. Memang banyak homestay/ cabin yang nampak pemandangan gunung tapi lokasinya agak jauh dari Mensilou. Tak nak cari jauh-jauh sebab agak rugi kena pergi dan patah balik banyak kali. Oleh kerana agak terlewat, banyak homestay yang aku hubungi sudah penuh pada tarikh yang kami inginkan. Akhirnya aku pilih Big Rock Homestay, Mensilou. Aku cadangkan perjalanan kami bermula pada:
30 Jan-1 Feb (di Kundasang)
1 Feb: Hantar KT ke Ranau (Menginap semalam di Vanilla lodge)
2 Feb: Ke Polumpung
3 Feb: Balik KK
4 Feb: Balik ke tempat masing-masing
Ini bunga raya saiz dia biasa saja. sama macam yang kita ada di halaman rumah. Tapi saya pernah jumpa bunga raya yang bersaiz gergasi. Lokasinya di Biro Tatanegara (BTN), Kundasang. Masa tu pigi Kursus BTN di sana....Terus saya rasa, apa yang sudah saya buat sampai saya ada rezeki jumpa bunga raya besar hari ni!!!! hehhehe...
Oleh kerana perjalanan bermula pada 30hb, maka 29hb tu kami semua sudah bergerak dari kediaman masing-masing dan bertemu di KK. Menginap semalam di hotel Qlio. Hotel ni KH yang tempah, kerana mengambil kira lokasinya yang dekat dengan medan selera dekat ikan todak tu. Medan selera tu memang popular dikalangan pengunjung luar kerana ia menghidangkan juadah makanan laut yang fresh, murah dan santai. Selain itu Hotel Qlio ni juga menurut KH, banyak review yang mengatakan ianya selamat dan bersih. Tapi reaksi pertama aku bila tau kedudukan hotel tu di Segama, aku macam....."Errrr...."😕......Hehehh.....Aku memang biasa ke kawasan Segama. Parking kereta kat sana untuk cari kain, atau jalan kaki ke Wisma Merdeka atau ke KK Plaza, tapi itu semua waktu siang. Kalo waktu siang tempat tu memang susah nak cari parking. Dan kalo malam aku agak was-was dengan keselamatan kereta. Mungkin juga sebab aku tak biasa menginap di hotel sekitar Segama.
Untuk kereta pula, kami memang bercadang untuk sewa kereta saja untuk naik ke Kundasang. Aku cari nombor tel sewaan kereta di FB, dapat, aku terus hubungi. Tapi dia kata kereta dah penuh ditempah untuk tarikh yang kami mahukan. Tapi dia janji untuk tolong tanyakan pada kawan2nya. Tak lama tu berderu msg masuk bertanya samada aku dah dpat kereta sewa ke belum. Wah, bagus juga la dorang ni....Tapi akhirnya kami tak jadi sewa kereta sebab KT offer guna kereta dia. Aku mulanya was-was juga, betul ke KT ni nak bagi guna kereta dia. Aku msg KT, "Kak, kakak ok ka ni mau guna kereta kakak? jalan di Kundasang tu...tidak juga rata sangat"....begitu aku memulakan penulisan. "Ok ja, kereta tu banyak tempat sudah di pigi, sampai Keningau, Ranau sudah di jejaknya....". Kalo sudah begitu bilang tuan empunya kereta, apa lagi kau mau cakap, aku pun mengiakan "Myvi is king on the Road"!! 😅
Ahh...Saya guna slang Sabahan la. Baru siuk becerita. Jadi semalam saya kasi tinggal kereta di rumah KL. Untuk pigi Kundasang ni kami ada buat group telegram, supaya senang mau masuk gambar nanti, konon. Jadi semalam saya atur perjalanan kami. Kan dorang geng2 saya ni dari Tawau, jadi dorang naik Flight pigi KK. Tapi dorang ni ambil flight petang punya, sampai kk maghrib sudah. Saya mau kasi tinggal kereta di DPM (sekolah lama saya). Tapi bila fikir balik, banyak kerja dia...Jadi saya bagitau KT, boleh ka saya tumpang tinggalkan kereta di rumah abang dia? Kan kami mau guna kereta KT ni pigi Kundasang. Jadi plan asal kami, saya ambil dorang di airport, kemudian kami terus pigi rumah abang KT, simpan kereta saya di sana...kemudian kami terus bawa kereta KT ke Qlio hotel. Tapi akhirnya plan kami tu bertukar, bila KT bilang, kalo mau kasi tinggal kereta boleh tapi parking di bawah pokok. Kalo sudah bawah pokok sudah pasti la ada tahi burung kan. Ehh...nda jadi la. heheheh...terus saya msg KL untuk tumpang simpan kereta di rumah dia. Kenapa saya tidak awal2 tanya KL.....sebab dia pun awalnya bercadang mau pigi kundasang sama keluarga dia tapi akhirnya tidak jadi. Itu sebab saya boleh tumpang simpan kereta di rumah dia.
Ini bunga lonceng pun cantik. Baru pernah saya tengok
Jadi pagi ni 30 jan 2022, awal kami bangun, lepas subuh terus pigi SAFMA. Safma ni tempat jual ikan fresh dari laut. Murah gilerr ni harga dia. Kalo kawan2 dari Semenanjung mau beli ikan fresh, nah beli kamu di Safma....Kalo di pasar besar, mahal sudah harga dia. Di buka seawal jam 2 pagi- jam 6. Pada saya kalo turun selepas subuh tu kira lewat sudah. Tapi kami tiada pilihan sebab kami tiada box untuk simpan ikan. Lupa beli semalam. Jadi pigi la kami selepas subuh tu, agak siang sudah juga. Parking pun payah mau dapat ni kalo sudah lewat. Saya bilang sama KT dan KH....saya tunggu di kereta, double parking saja ni, jadi dorang 2 la pigi sana. Saya sebenarnya agak seram juga ni, time covid ni.....takut di sana terlampau ramai orang dan bersesak-sesak tiada penjarakan. Tapi bila saya tengok gambar dorang....macam tiada ramai orang tu. Alhamdulillah juga la. Dorang dapat beli sotong dan ikan besar, murah harga dia. Cuma saya lupa ambil gambar.
Lepas pigi Safma, kami balik hotel dan bersiap mau checkout. Sebenarnya kami 2 sama KH sudah mandi awal tapi geng bilik sebelah belum mandi sebab KT bilang nanti balik dari Safma baru dia mandi supaya tiada bau busuk ikan. hehheh......Dalam jam 8 pagi kami pun bergerak. Saya champion sangat jalanan di KK tu tidak juga, tapi boleh la. Konon tidak mau pakai waze kan, nah sekali tersesat kami sampai masuk stesen bas Inanam. Saya punya penanda aras jalan mau pigi Kundasang tu ialah City Mall. kalo dari Penampang, saya akan guna jalan Lido, terus ke Jalan Lintas....dari sana jalan terus saja sampai la ke persimpangan roundabout Tamparuli-Kundasang. Sudah tersesat tu apa lagi kami terus la bersarapan di restoran di sekitar stesen bas Inanam. Minta Nasi Ayam, sekali datang nasi putih, ayam panggang sama sambal kicap dia sama timun 2 hiris. Saya ingat macam nasi ayam yang biasa saya makan di kantin sekolah tu, rupanya berbeza pula, tapi tetap juga ba nama dia nasi ayam. Emhh....sudah la jangan banyak komplen, makan saja!
Kami singgah di Shell Tamparuli. Ini stesen minyak terakhir sebelum mendaki ke Kundasang. Kalo saya sama keluarga pigi Kundasang, kami tidak singgah di Shell ni, kami singgah di petronas, awal lagi sebelum stesen shell ni. Sebab saya biasa pakai minyak petronas. Lagi tempatnya besar, tandas pun ok. Padahal tandas di shell ni lagi bersih biar pun hanya ada 1. Kami singgah sini sebab sudah berjanji dengan A, dia kan dari Tuaran. Dia drive sendiri guna kereta dia, jadi dia minta seorang kawan pigi temankan dia sebagai co-pilot. kami sampai awal dari dia, lepas isi minyak, parking tepi, kemudian pigi beli jajan di kedai dalam shell tu. Bila saya keluar dari kedai Shell....saya nampak KT pegang polistrin yang berisi durian dalit...Terus tebeliak mata saya tengok tu durian, apa lagi melantak la kami makan durian di tepi shell, depan tandas lagi tu....! Bilang KHana, jangan kamu makan benda lain, biar lama rasa durian tu di mulut. Aduhh...ni orang kan berapa lama sudah dia nda makan durian ni. Tapi peliknya kami ikut juga saranan dia.😅 Dalam perjalanan naik ke Kundasang kami singgah ke Pekan Nabalu. Saja singgah sebab bilang kak Maz, ada beras kampung di sini, jadi kami mau beli. Bukan beras kampung saja dorang dapat, malah macam2....Nanas, sambal tuhau, Serunding Tuhau dan busow. Semua makanan yang dibeli ni laku dimakan sampai habis kecuali busow. Tau kenapa? Sebab dia ada bau sikit. hehehh.....
Ini bukan gunung Kinabalu tapi banjaran Crocker.....tidak nampak si Aki sebab berkabus
Pendek cerita setelah menempuh perjalanan panjang lagi memeritkan (kamu tau la kenapa memeritkan itu ya) kami pun sampai Kundasang. Sebelum naik ke Mensilou, kami singgah dulu di Pasar Sayur, macam biasa, saya kalo singgah sini pasti la beli buah. Pilihan saya buah lemak tu. Sedap....dia punya rasa kombinasi durian + ciku. Saya suruh dorang cuba makan buah lemak tu kan, semua suka....bila kami balik kk, masing-masing menapau buah tu untuk di bawa balik. Selain itu kami juga beli sayur. Kemudian kami singgah di bataras.....pigi beli barang dapur termasuk la membeli telur 1 tray. Pelik saya dorang tidak beli serbuk kunyit, kari pun tiada....yang ada garam, lada sulah, serbuk perasa maggie sedap, bawang merah, putih....Ohh...dalam hati saya mungkin sebab kami mau panggang ikan jadi tidak perlu tu kunyit. Lepastu baru kami naik ke Big Rock Homestay......
Untuk kawan2 yang tidak kenal tarap, nah ini la dia yang 3 biji dalam gambar ni. Dorang beli 1 biji tarap di Pekan Nabalu, besar, tapi harga dia.....masyaallah.....RM15 sebiji!!! Itu kategori mahal ya kawan2. Tapi mau makan punya pasal, dibeli juga asal tidak kempunan dorang bilang. Sekali KT goreng biji dia tanpa minyak, uihhh....sedap gilerrr. Lama sudah tidak makan begini teringat masa kecil2 dulu. Masa saya kecil, kami tinggal di Kg. Gadong, Limbang. Ni tarap nda payah dibeli....sekeliling rumah kami banyak pokok buah-buahan termasuk la tarap. Puas makan dan saya teringat tarap muda ni di jadikan sayur....sedap!!
Kau tengok ba orang tu, dia letak nama manggis di buah limau.😅.....kalo org putih datang sini, mesti dia bilang...."wahh...manggis di Sabah lain ya, macam buah limau"....😆
Bah....Nanti saya sambung lagi cerita ni ya....panjang sangat pula....Jumpa lagi di Part 2
No comments:
Post a Comment