Tuesday, January 18, 2022

Hari Pertama Ronda-Ronda Negeri Perlis: Part 3

14 Dec 2021 (Selasa)
Misi mencari kereta sewa. Sebenarnya sejak dalam train lagi aku dah mula mencari maklumat tentang kereta sewa untuk digunakan sepanjang berada di sini. Aku cari info di FB, sasaran aku kereta sewa yang berdekatan dengan kawasan Arau, Kangar atau Kuala Perlis, senang nak ambil dan pulangkan nanti. Ada beberapa orang yang aku hubungi melalui whatsap, dengan harapan dapat balasan ketika sudah sampai di Arau. Ya, ada juga yang membalas, tetapi jawapannya menghampakan, semua sudah penuh ditempah orang. Pilihan terakhir ialah menyewa kereta dengan Tuan Hj Ghani. Tuan Hj. ni ada kedai berdepan dengan Jetty K.Perlis. Agak keberatan sebenarnya nak sewa kereta pada Tn. Hj, sbb tahun lalu sewa kereta dengan beliau tapi dapat kereta yang……aduhh bisa jadi luruh jantung! Sebenarnya bukan kereta beliau, tapi orang lain. Kitorang jumpa owner kereta tu tapi sewa melalui Tn. Hj. Oleh sebab hingga ke malam pun tak dapat lagi kereta sewa, akhirnya malam tu aku hubungi A, minta no tel Tn. Hj. Kot la A masih simpan no tel T. Hj kan…sebab tahun lalu A yang cari kereta sewa. (A ialah geng travel kami yang join trip utara tahun lalu). Alhamdulillah, A masih simpan dan bagi no tel Tn. Hj pada kami. Aku tengok jam masih awal lagi dan kami call Tn. Hj malam tadi untuk tanya ada tak kereta sewa yang kosong. Ehh…..ada la! Jadi pagi ni selepas sarapan ala kadar, kami ambil grab dan terus ke Kuala Perlis.
Urusan sewa kereta di sini...

Padang Besar
Selesai urusannya, Tn. Hj bagi kunci kereta axia hitam. Untuk hari 1 ni aku yang drive sbb Z belum kenal jalan lagi. Jadi Z tukang tengok waze. Mula-mula kami singgah dulu di kedai runcit area Hotel Savanah untuk beli jajan. Biasa la aku kan, kudapan mesti ada, kalo tak aku rasa macam... kosong tanpa arah......😅Tak....jajan tu sebenarnya aku beli untuk bekalan makan2 kat hotel ke, (mana la tau lepas ni tak jumpa dah kedai) untuk makan kat dalam kereta ni ke.... Kan mengunyah ni pun salah satu cara untuk hilangkan mengantuk. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar. Harap2 tahun ni ramai dah yang buka kedai. Perjalanan menuju ke Padang Besar berjarak 55km dari Kuala Perlis. 45 minit kemudiannya kami tiba di Padang Besar. Pusing 2x baru jumpa parking. Tempat pertama yang kami terjah, pergi makan dulu....supaya tengok2 barang nanti tak la perut ni memberontak lapar.
Jalan nak ke P. Besar
Bangunan P. Besar
Masih suram...
Barangan yang dijual
Keadaan di Arked Niaga masih agak suram seperti tahun lalu. Tak begitu banyak beza. Aku pernah ke sini beberapa tahun dulu. Sangat meriah, siap beli toto tapi sekarang dah tak banyak kedai di buka. Kalo ikut aku macam malas dah ke sini, tapi sebab Z belum pernah lagi jejak kami ke sini, jadi ikut je la. Tapi ada 1 yang sangat menarik perhatian. Apa dia?? Ni ha...aiskrim kelapa. Perghhh...panas2 sambil makan aiskrim....terus terasa sejuk. Terubat rindu nak ke Hatyai. Biarpun rasanya tak boleh lawan dengan aiskrim kelapa original Hatyai, tapi boleh la....
Aiskrim kelapa Padang Besar
Mangga ni pun memang aku suka gills. 2 makanan yang aku mesti beli kalo ke Hatyai ialah mangga dan aiskrim kelapa. Dia punya perencah asam boi tu cukup, pedas, manis, masin...semua ada
Z kat tangga arked

Taman Rekreasi Tasik Melati
Destinasi ke-2 kami seterusnya ialah ke Taman Rekreasi Tasik Melati. Berjarak 24km dari Padang Besar dan mengambil masa kira-kira 27 minit untuk sampai ke sini. Tasik Melati mendapat nama sempena bunga teratai yang kelihatan banyak terapung di atas air. Keluasan tasik kecil sahaja dan airnya juga cetek. Terdapat jambatan dibina di tengah tasik untuk memudahkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik. Di sepanjang jambatan di bina gazebo untuk pengunjung berehat dan mengambil angin petang. Berkunjung ke sini, mengingatkan aku tentang Yuyuan Garden, Shanghai. Rekabentuknya agak mirip dengan jambatan zigzag yang menjadi kebanggaan Yuyuan Garden. Di kawasan tasik ni juga terdapat kedai menjual cenderahati, disamping menjual makanan ringan. Kemudahan surau juga ada di sediakan. Kalo cuaca sejuk, dah rasa macam kat Shanghai...😁
Depan tasik
Tahun lalu, tempat ni adalah salah satu tempat yang kami memang nak pegi, tapi bila nampak van pos laju terus kami terlupa sebab nak kejar masa beroperasi pejabat pos. Rupanya Perlih tak cuti ye 1hb Januari...😀Kenapa nak kejar pos laju?? Sebab kitorang nak pos barang ke Sabah. Malas nak mengangkut barang banyak. 
Bercirikan senibina China
Opppss......Tumpang lalu 😎

Ladang Nipah Kipli
Lokasi seterusnya ialah ke Ladang Nipah Kipli. Berjarak 32km dan mengambil masa kira-kira 40 minit. Ketika kami sampai, dari jauh nampak tak banyak kereta, aku ingatkan tak ramai pengunjung yang datang. Sekali masuk....nahh kau! 2, 3x pusing cari parkir. Nasib baik kakak ni dulu pernah berguru dengan Dominic Toretto, setakat menyelit2 di tempat sempit tu kacang bagi kakak. 😜Rupanya kereta semua tersorok, parkir kat belakang bangunan macam sarang burung tu dan di sebalik pokok nipah, jadi tak nampak dari luar. Menurut Mada, Ladang Nipah Kipli (LNK) ni terletak di Kampong Tanah Timbul, Kuala Sanglang, Perlis. Terdapat lebih 2,000 pokok nipah yang mampu mengeluarkan air nira nipah yang manis dan terkenal dengan khasiatnya. Ketika kami sampai air nira nya dah habis, ok tak pe...lain kali kena datang lagi ni.
Pemandangan cantik dalam perjalanan masuk ke Ladang Nipah Kipli
Ini bukan pokok padi ya adik-adik...
Aku tak sangka kawasan pokok nipah boleh diushakan sebegini rupa. Sebelum cari info tentang tempat ni, aku ingatkan ianya kawasan hutan yang penuh dengan pokok nipah, emm......satu hal pula aku nak merentas masuk hutan cari buah nipah semata nak merasai pengalaman mengambil buah nipah.....begitu aku bermonolog sendiri. Ehh...sekejap! Tapi kenapa dia masuk dalam senarai tempat yang perlu dikunjungi?? Tak boleh jadi ni, kena cari tahu apa sebabnya. Dah google, baru nampak gambaran, wah menarik ni......Maka akhirnya kami berada di Ladang Nipah Kipli hari ni. 💖
Kami tak sampai pun masuk dalam/ celah2 rimbunan pokok nipah ni sebab ada ramai orang duduk sambil makan kat dalam tu. Kat dalam tu sebenarnya ada disediakan buaian dan pondok untuk berehat sambil2 makan. Selain dari tempat yang menarik untuk mengambil gambar ladang ni juga ada menyediakan makanan seperti laksa K. Perlis, ketam sawah, air kelapa.... Jadi kalo mai sini jangan lupa merasai makanan ni. Sebut pasal nipah ni sebenarnya mengingatkan aku memori ketika kecil2 dulu. Dulu masa zaman sekolah kami tinggal di Kg. Gadong Limbang. Datuk & Nenek (saudara) suka pegi memancing. Bila balik, depa bawa setandan buah nipah dan bagi pada kami. Kalo tak kerana itu, kemungkinan besar sampai sekarang aku tak kenal nipah dan tak pernah pun rasa makan buah nipah. Rindu pula zaman tu.....💖
Taman Bunga Kertas, Tuanku Lailatul Shahreen, Kangar, Perlis

Lokasi terakhir kami kunjungi hari ni ialah di Taman Bunga Kertas, Tuanku Lailatul Shahreen, Kangar. Berjarak 20.8 km dan mengambil masa kira-kira 23 minit dari Ladang Nipah Kipli. Taman ini dibina di Laman Cenderawasih bersebelahan dengan Taman Budaya Negeri. Dinamakan sempena nama Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen. Ketika kami sampai awan nampak gelap mendung, sekejap lagi pasti akan hujan.
Pintu masuk ke Taman Bunga Kertas
Tak meriah bunga kertasnya. Aku tak pasti samada belum musim bunga atau memang kejadiannya memang macam ni....😀
Perlis ni memang kaya dengan bukit bukau. Sana Bukit, sini bukit...dimana2 ada bukit...😂
Tak mampu nak masuk dalam lagi sebab hujan dah turun renyai2
Lanskap yang menarik
Aku ingat kalo musim bunga memang tempat ni cantik gills... Tak mengambil masa yang lama, kami pun bergerak balik. Berlarian kami dalam hujan renyai menuju ke kereta, tinggal lagi tak ada muzik Bollywood....kalo tak macam kat dalam filem hindustan dah 😀 Ingat nak nak cari tempat makan sepanjang perjalanan balik tu, gerai tepi jalan ke....tapi tak jumpa. Akhirnya kami terus balik dan makan di restoran berdekatan dengan hotel. Tak ada gambar sebab batri hp aku dah habis.

Bersambung...

No comments:

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...