Friday, May 3, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Damneon Saduk Floting Market & Chang Puak Camp (Part 6)

14 Dec 2018
(Jumaat)



Semalam, balik dari makan KD tanya kat lobi hostel, tanyakan tentang pakej ke Maeklong Railway Market. Jadi depa dah arrange 1 van untuk kami. Selesai Breakfast, rupanya Pakcik tu dah ader depan hostel. Dier kenalkan diri dengn nama Harris/ Halis. Seorang muslim. Baik orangnya. Peramah. Sebenarnya nama Thailand dier lain, nak sebut payah jadi kami panggil dier Pakcik Harris je.

DAMNEON SADUK FLOATING MARKET. 

Destinasi pertama kami hari ni ialah ke Damneon Saduk Floating Market. Terletak di Daerah Damnoen Saduak, Ratchaburi, kira-kira 100 km ke barat daya Bangkok. Ia dikatakan sebagai salah satu floting market paling terkenal di Bangkok. Mulanya aku macam malas nak join, sbb ader kawan yang tak nak join juga. Apa lagi katanya bayaran untuk bot sahaja 500 Bath seorang. Ok la jalan2 sekitar tebingan je la, malas nak naik bot (Konon). Sekali sampai, tak de aper ditebingan ni melainkan orang yang bekerja di sini yang mengurus perjalanan bot, para driver yang menanti penumpang yang sedang berlayar dengan cruise bot, dan....ya, kalo aku duduk aje kat sini, rentung aku menanti 2 jam. Nak tak nak join juga. Teringat aku ayat2 cinta dari FB: "Kalo tak de duit, tak payah sibuk nak mengembara, duduk kampong tanam jagung". Malu sendiri aku ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ..... Jimat itu penting untuk kelangsungan hidoppp.....gitewwww! Sebab, kalo mengembara, aku dah tetap kan bajet sendiri. Kalo itu jumlahnya, itu la yang dibelanjakan.

Gambar atas tu bersama Pakcik Harris yang baik hati.
Gambar Bawah: Lepas abis merempit bot, dapat gambar tersenyum terus padahal tadi tak nak pegi....๐Ÿ˜
Gambaq atas bot, kan main lagi senyum sampai telinga sebab dapat driver comel....๐Ÿ˜…
Comel, tapi comel sangat payah juga...pantang ada masa membelek cermin je, tengok jerawat dier. Siap buh bedak baby johnson's pink lagi, sumpah aku tak tipu!....๐Ÿ˜‚
Klong Damnoen Saduak merupakan terusan lurus terpanjang di Thailand. Ia dibina atas inisiatif kerajaan semasa pemerintahan Raja Rama IV atas tujuan untuk menghubungkan sungai Mae Klong dan sungai Tha Chin. Ia mengambil masa lebih 2 tahun untuk digali, dan akhirnya selesai dibina dibawah pemerintahan Raja Rama V. Terusan Damneon Saduk sepanjang 32 km panjang ini mempunyai lebih dari 200 cawangan, yang kebanyakannya digali sendiri oleh penduduk kampung. Selepas pembinaannya aktiviti perniagaan dari bot semakin rancak. Kemuncaknya popularitinya adalah sekitar tahun 1971-1973 dimana para petani menjual barangan pertanian mereka dari atas bot. Sampai sekarang pasar terapung ni masih kekal hingga ke hari ni. Tapi masa pegi ni, tak ramai pula orang berjualan atas bot, mungkin sebab hari jumaat.




Ada beberapa tempat kitorang singgah tapi tak de membeli pun. Tak pasti orang lain ya. Aku memang tak membeli. Tempat tumpuan pelancong macam ni biasanya mahal mencekik. Jadi cuci mata aje la kita ye. Tak ada yang berkenan dihati sebenarnya. Yang menarik di mataku cuma lukisan2 cat minyak yang banyak terpamer di kedai di tepian terusan. Sapuan berus yang halus, teratur kemas, sudah tentu lahir dari kejujuran dan minat yang tinggi dalam berkarya.





Tengok lukisan harimau tu, teringat aku tajuk kerja kursus seni 3 tahun yang lalu. 
Amik gambar je. 
Akhirnya selesai 2 jam, kami pun balik. Yang aku geram si comel ni, masa nak balik tu.....bukan main lagi dier merempit. Rasa nak terpelanting je ke sungai. Aku takut je masa dier merempit tu, terlanggar dengan bot kat depan. Nauzubillah.......Seram aku. Aku rasa bukan aku sorang je berdoa dalam hati, depa 3 orang ni pun sama........ke korang seronok kena tiup angin?? Hehheheheh..... Taubat aku, lain kali kalo pegi tempat macam ni, tak ble pakai tudung bawal, kena pakai tudung saji bokitta. Hilang ayu bila tudung penyek! Nasib baik tadi tudung aku tak terbang, kalo tak abih si comel ni gelakkan aku. Kuang hajaq kau comel!! ๐Ÿ˜‚ Bila naik dengan selamat kan, tetiba ada pula gambar kau atas pinggan, tengah senyum simpol, ayu. Terus nak beli.....kalo gambar tudung penyek tadi, tak dan aku nak beli. Dua2 gambaq aku cantik. So beli 2 pinggan, dengan harga 500 Bath. Ehhh....ehhhh......tadi bukan nak berjimat giler ke??

Jom tengok tepi sungai pula.....

Mesti sejuk ni kan....
Binaan yang kemas
Rumah atas air? tak ada halangan untuk kau tanam bunga. 
Cantik kan?
Bunga kertas....
Rumah tinggal
Berehat sebentar bersama kit kat

Mencari rezeki


CHANG PUAK CAMP, DAMNEON SADUK, BANGKOK

Destinasi ke-2 kami ke sini pula. Ingat tak hari tu kat Hatyai kami ader ke Chang Puak Camp? Rupanya kat Bangkok pun ada juga. Pakcik Harris bawa ke sini. Dier ingat kiter nak naik gajak kot na?? Tempat ni dekat je dengan floting market tadi, kira2 2 km sahaja. Memandangkan tempat ni masuk adalah percuma, jadi kami layan je tengok gajah. Ye, masuk adalah percuma....memang tak salah dengar dah tu, bayar jika kau join aktiviti yang depa tawarkan. Contohnya naik gajah ke, amik gambar dengan haiwan, atau nak bagi makan pada haiwan. 
Saje letak gambaq ni ataih sekali ๐Ÿ˜Ž
Tengok harga pakej. 
Aktiviti menembak pun ada. Kat sini bukan gajah je ada ye.....harimau, monyet pun ada.
Duduk2 sambil tengok harimau....
amik gambaq macam ni tak bayar. Tapi awas.......gajah kat belakang tu nakal, pandai menyondol punggong orang.....๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™Š
Kesian gajah ni....
Macam biasa kitorang tak de nak join aktiviti, kecuali kawan aku ni ha...... dapat anak angkat, sopan ayu gitewww.....๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Comel je. Yang ini aku tak pasti berapa bayaran dier, aku lupa. Di satu sisi memang nampak lucu, comel, pintar.....kan. Satu sisi lagi, kesian sangat. Dier tak dapat menjalani kehidupan di habitat asalnya, berkawanan dengan monyet lain dan macam2 lagi. ๐Ÿ˜ช



Bersambung......

Rujukan:

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...