Sunday, May 19, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Menjejak Bunga Matahari di Saraburi (Part 10)

16 Dec 2018
Ahad
Gambar:S
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Ladang Bunga matahari di Saraburi. Sebenarnya ada satu lagi ladang di Lop Buri, tapi sebab depa yang lain dah pegi tahun lalu, jadi pegi ke Saraburi pula. Tempoh masa perjalanan dari kebun strawberry tadi ke Saraburi lebih kurang 1 jam 15 minit. Saraburi merupakan salah satu daripada wilayah pusat (changwat) Thailand. Berjiran dengannya ialah Lopburi, Nakhon Ratchasima, Nakhon Nayok, Pathum Thani, dan Ayutthaya. Kawasan ini dipercayai dibina pada tahun 1548 semasa pemerintahan Raja Maha Chakkraphat Ayutthaya, untuk dijadikan sebagai pusat merekrut tentera.



Terletak di sebelah timur lembah Sungai Chao Phraya, yang mana ia terlindung oleh dataran tinggi manakala bahagian barat pula kebanyakannya adalah dataran rendah. Terdapat 2 taman negara terletak di wilayah ini iaitu Namtok Chet Sao Noi dan Phra Puttachai. Taman Negara Namtok melindungi 28 km persegi hutan di sekitar air terjun yang indah. Taman Negara Phra Puttachai pula melindungi Hutan Khao Sam Lan, yang terdiri daripada landskap berbukit dan merupakan sumber air kepada beberapa sungai dan air terjun disekitarnya. Puncak tertinggi ialah Khao Khrok, berketinggian 329 m dari aras laut. Kawasan 44.57 km persegi ini telah diisytiharkan sebagai taman nasional pada tahun 1981.

Akhirnya kami tiba di Saraburi. Saujana mata memandang, tapi depa kata tahun lalu kat Lop Buri bunganya lagi tinggi dari ketinggian manusia dan lebih luas dari ni. Oleh kerana ia adalah kawasan ladang, maka panasnyer boleh tahan. Z tak nak turun sebab panas katanya, lagipun depa dah pegi tahun lalu. Aku, KD dan KT yang tak penah pegi lagi, kena turun, rugi owhhh.....tapi kena bayar la pula. Depa kata kat Lop Buri tu tak payah bayar pun, free je. Ini la namanya dugaan hidoppppp......di saat kau nak menjimatkan ongkos selagi boleh, ader2 je dugaan. dengan tangan terketar2 aku keluaqkan duit sebanyak 80 Bath, nanti boleh p ladang carnolla. Ya Allah ya tuhan ku, kau jauhkan la aku dari tipu helah duniawi...Giteww aku menitip doa dalam hati. 😎 Macam banyakkan 80 Bath tu, Rasa bagai 80 hengget, padahal RM 10.50 je lebih kurang. 😂

Bunga-bunga matahari, kembang mekar, harum mewangi....
Begambar dengan Raja Rimba...
Nasib baik ader payung, kalo tak rentung, korang pun tak kenal aku. Dah la balik Labuan seminggu sebelum meeting.....
Bergambar dengan awek Jepun.
Masa kecik dulu tak puas main buai, jadi dah besaq ni, teringin pula....
Kami di ladang carnolla dan sunflowerrrrrr.......
Saraburi mempunyai iklim savana tropika atau iklim lembap kering tropika. Kebiasaannnya kawasan yang mengalami iklim sebegini mengalami musim kering yang agak ketara. Hujan turun sesekali sahaja. Namun sekitar bulan mei- oktober, kawasan sekitar Saraburi menerima hujan paling banyak. Purata suhu tahunan ialah 28-29*C. Suhu maksimum purata 33-34* C dan purata minimum suhu 23-24* C. Bunga matahari yang ada di Thailand tidak akan berbunga sepanjang tahun. Kalo nak tengok kena datang dari Nov- Januari. Itu sedang2 elok bunga mekar dan meninggi. Bunga matahari yang matang boleh mencapai ketinggian diantara 90-170cm dan ia tumbuh menghadap arah matahari terbit. Biasanya ia akan hidup subur di kawasan tanah tinggi dan menerima cahaya matahari yang banyak. Dari jauh kita boleh terhidu bau harus kuaci yang digoreng tanpa minyak. Banyak gerai menjual makanan ringan di sini termasuk lah kuaci tadi. KH whatsapp, kalo dah siap amik gambar dier ajak g ladang Carnolla pula, sebelah ni je. 




Teruja, tempat sama, gaya je lain....😂
Panas menyebabkan perut terasa sangat lapar. Kami maklumkan pada Pakcik untuk bawa kami ke Restoran Salasa. Ia dipunyai oleh keluarga muslim, ibu nya boleh berbahasa melayu loghat kelantan. Sebelah restoran ni pula ada Resort Salasa Hill. Boleh tahan sedap menu di restoran Salasa ni. Dari saraburi ke sini mengambil masa kira2 1 jam perjalanan. Kami jemput Pakcik makan sekali, tapi dier tak nak. Rupanya restoran salasa ni akan bagi makan free kepada para pemandu pelancong. Alhamdulillah moga murah rezeki....


Muka tak sabar nak makan....
menu
Tempat solat
Tempat amik air semayang-wanita
Lepas makan kami terus je solat kat sini. Ada disediakan musolla. Ketika kami sampai tak ramai yang datang makan kat sini.....Destinasi seterusnya ialah ke Piazza Palio......

Bersambung.....

Rujukan:

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...