Andai ini Jalannya
Di kiri jalan berliku
Di kanan lautan nan biru
Di hadapan menanti takdir & waktu
Di Belakang kau akan melihat ku berdiri di sini sambil memandangmu dengan senyuman.
Sunday, May 12, 2019
Dari Selatan ke Utara Thailand: Maek long Railway Market & Amphawa Floting Market (Part 7)
14 Dec 2018
(Jumaat)
Maeklong Railway Market
Destinasi ke-3 kami hari ni ialah ke Maeklong Railway Market. Ini memang ku hajati benar kok. Hehhehe.....Katanya ia merupakan pasar paling berbahaya di dunia. Bahaya macamana? Tu la nak tengok ni. Destinasi ni dah masuk dalam pakej Pakcik Harris, jadi kitorang tak merasa nak cari jalan sendiri. Kalo baca blog orang, memang ramai yang share cara nak ke sana. Salah satunya aku rujuk blog ni------->:😎, sbb mulanya tak de plan nak amik pakej, tu yang gigih cari info. So, nikmati aja perjalanan santai, mengikut keselesaan masing2. Dipendekkan cerita, Pakcik Harris parking kete dekat pekan. Nampak lenggang aje pekan tu, ala2 pekan Membakut. Lepastu dier bawa kami jalan kaki menuju ke Pasar Maeklong . Haaaa......kat sini la rupanya orang ramai berkumpul menunggu keretapi. Kami pun mencari port paling strategik untuk ambil gambar atau paling tidak suasana kemeriahan semasa ketibaan keretapi.
Meriah. Kelihatan pak polis menghalau orang ramai menjauhi landasan. Bahaya. Nampak gayanya macam tak berkesan je walaupun abam polis tu menjerit bagai nak rak.
Ramai betul orang
semua hp menghala ke subject matter yang ditunggu2
Keretapi semakin mendekat, tak mengetarkan pengunjung yang menunggu dari tadi.
Tengok mamat atas keretapi tu teruja gila dier 😂
Sebelum keretapi sampai, orang ramai berkumpul di landasan.
Pasar Maeklong merupakan pasar tradisional yang terletak di Mae Klong, Samut Songkhram, Thailand, berjarak lebih kurang 70km dari Kotaraya Bangkok. Penduduk setempat menjadikan landasaran keretapi sebagai tapak perniagaan menjual barangan harian seperti sayuran dan buahan segar, makanan, pakaian dan sebagainya. Apabila siren keretapi dibunyikan para peniaga akan menarik/ mengalihkan payung gerai mereka ke tepi. Depa dah siap2 ubah suai payung, letak tiang beroda agar mudah untuk proses mengalihkan payung ketika keretapi tiba. Keretapi akan bergerak perlahan sahaja di kawasan ni, macam tau2 je ramai peminat dier nak amik gambar kan....
Muka teruja
Bila tengok ramai sangat orang, macam best pula, rasa macam pesta, padahal kiter tengok keretapi aje.
Bila keretapi ni berhenti dan penumpang tadi dah turun kami pun siap2 naik, sebab Pakcik Harris akan amik kami kat pitstop satu lagi. Orang lain pun dah ramai yang naik, jadi ble la cop tempat yang strategik. Keretapi ni akan berhenti dalam beberapa minit, sebelum kembali meneruskan perjalanan balik.
Kami ber3
Pindah2 duduk je...
Masih tak ramai yang naik jadi ble la mengedik....ehhhhh....🙊
Dapat bergambar dengan tingkap keretapi ni pun dah happy semacam....😂
Bila tiba waktunya, keretapi pun mula membunyikan siren dan kemudian bergerak perlahan2. Ada penjual tiket yang datang untuk jual tiket tapi aku tak ingat berapa tambang untuk satu stesen ni je.
Payung mudah alih akan ditarik ke tepi sekejap untuk bagi laluan kepada keretapi. Kadang2 ader penjual yang biarkan je jualan depa di tepi landasan sebab depa dah tau setakat mana ketinggian lantai dan roda kereta api yang tak mengenai barangan jualan walaupun ia di letak di bibir landasan. Pihak berkuasa tak amik tindakan pun sbb depa tau itu je punca rezeki masyarakat setempat, jadi depa cuma bagi peringatan agar sentiasa berwaspada dan berhati2 agar tak ada kemalangan jiwa berlaku. Sewa tapak milik Jabatan Keretapi Thailand ni juga sangat murah iaitu 30 Bath sehari.
Tengok Sayuran tu depa biaq je tepi landasan sbb dah tau tak kan rosak punya.
Giliran kami pula tengok orang dari dalam keretapi....😂
Jalan ditutup untuk bagi laluan kepada keretapi dlu. Tetiba aku rindu pada Tanjong Malim....😘
Petak sawah ditepian jalan
Akhirnya sampai.....
Turun dekat stesen Lat Yai, wajib amik gambar dulu kat sini....😁
Sampai sini baru terasa lapar. Jadi Pakcik Harris terus bawa kami ke Amphawa Floting Market. Dibuka pada hari jumaat hingga ahad dari jam 2.00 pm- 8.00 pm. Ketika kami sampai, walaupun sdh menginjak ke jam 2 masih belum ramai pengunjung yang datang. Masih boleh berjalan santai dan tak banyak orang yang berjualan. Pasar Terapung Amphawa juga merupakan salah satu pasar terapung yang sudah lama bertapak di Thailand dan ia juga masih tersenarai sebagai tempat yang menjadi pilihan pengunjung. Salah satu sebabnya ialah kedudukannya yang tidak jauh dari Kota Bangkok. Selain dari ingin menikmati makanan yang enak di sini, pengunjung juga boleh menaiki bot untuk melihat pemandangan dan gaya hidup di sepanjang terusan Amphawa. Jika kebetulan ingin berkunjung pada waktu malam, kita boleh ambil pakej untuk melihat kunang-kunang/ kelip2. Untuk sesiapa yang tak pernah tengok ble la pegi kan. Kalo kat Sabah banyak je port melihat kunang2 di pinggiran laluan antara Beaufort-Menumbok. Kalo nak free, pegi je tepi sungai malam2 pasti ada kelip2.....
Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana puntungnya;
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya.
Duduk tepi terusan
Makanan tak sampai lagi.....amik gambaq dlu
oh....ada lagi? Kiter makan seafood bakar je sambil minum kopi. Tapi.....gantung sangat! kiter nak nasi......😭
Lepas makan, jalan2 sat.....atas tu ader signboard tapi potong lah, kabur.
Yeahhhh....akhirnya dapat air
Selesai hari ni kami pun balik. Sebelum tu depa ni dah deal dgn Pakcik Harris untuk sewa van dier sampai ke Ayutthaya, bermula lusa. Sampai di hotel, kami berehat dan malamnya keluar makan dekat muslim street. Malam tu baru aku nampak masjid, rupanya tempat kami tinggal tu dekat je dengan masjid, sederet dengan restoran tempat kami makan malam tadi. Okehhhhh.....sebelum aku tamatkan cerita hari ni aku nak hadiahkan korang dengan lagu si kelip2.......😂
Satey ayam sedap versi Thailand......ader kat deretan muslim street tu
No comments:
Post a Comment