Thursday, December 15, 2016

Kembara New Zealand (10): Queenstown

3hb Dec 2015
Hari-2

Cantiknya rumah depa kan....
Perjalanan sepanjang 100km dari Wanaka ke Queenstown Berjaya kami redah tanpa sebarang halangan. Alhamdulillah…. Queenstown agak besar juga bandarnya. Tiba di sini kami disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik. Dengan air tasik yang membiru, gunung ganang tinggi menjulang., rumah di pinggir tasik tersusun cantik… perghhh, sangat mengujakan. Cuaca agak cerah, berangin dan tidak begitu panas. Kami berpusing2 2, 3x mencari parking. Dari Cardrona tadi kami dah bertukar driver. Kali ni Zymah yang bawa sebab Zymah agak berani dan berkeyakinan memandu di kawasan Bandar. Kalo Kak Yan memandu Mustang di Highway Kalabakan, Zymah pula memandu Ferrari Di Highway: Labuan-Beaufort/ Kuala Penyu-Bongawan-Papar-KK. Dia boleh bawa caravan ni dalam apa jua bentuk muka bumi. Tinggi, datar, kawasan Bandar, desa, cuaca hujan, panas…semua bole. Inshaallah….1 kelebihan dia ialah dia tak rabun...:D

Padang bola
Pusing2 cari parking. Nanti nak p Moke Lake lalu sini a....Cantik tersusun rumah depa. Kalo la dibei kesempatan tinggal di New Zealand ni kan bagus, syukur alhamdulillah sangat2. Bagi masa setahun je, tu pun dah cukup. Doa je...moga2 jumpa Pak We Mat Salleh, ke jumpa Mamat Malaysia yg sambung study kat sini...;p 
Ok sambung cite. Kami berpusing, 2, 3 kali untuk mencari parking yang dikira agak strategik. Dekat dengan Bandar dan senang untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Apa yang aku perasan kebanyakan parking di kawasan Bandar dikenakan bayaran dan kami cuba untuk mengelakkannya. Dan satu lagi jarang sekali aku nampak caravan parking di kawasan Bandar. Maksud aku di tepi bangunan kedai. Memang tak ada. Ke tak dibolehkan? Ntah…Akhirnya kami pusing di kawasan Dumping Cemetry Road. Tapi, ya Allah ramainyer banyaknya caravan sedang berbaris menanti giliran untuk buat dumping. Jadi kami pusing balik ke Bandar. Tiba2 Kak Hasnah nampak Fresh Mart. Kami ambil keputusan untuk parking di kawasan itu. Sesuai sangat sebab kita memang nak beli sedikit barang dapur untuk masak Solmon yang dibeli tadi. Merasa juga kiter makan Solmon yang berenang2 manja di kolam glasier tadi. :D

Kalo aku ader rumah kat sana, tiap hari kot jogging kat bukit tu. Mesti kaki jadi Fit, berat pun maintain aje 45 kg. 


Kat queenstoon ni ada banyak aktiviti boleh dilakukan. Tinggal ko ader duit atau tidak aje. Untuk perjalanan hari ni, aktiviti yang boleh dilakukan ialah menonton Haka Show yang akan bermula pada jam 5.00 Pm (waktu NZ). Kalo tak nak tengok boleh naik skyline aje. Haka Show tu katanya nun di atas bukit. Jadi nak naik atas tu kena naik cable car ($18-108). Kenapa ada perbezaan harga yang agak ketara sekali? Kan….aku pun heran giler asal macam ni? Ok kalo nak tau ble rujuk sini



http://www.skyline.co.nz/queenstown/pricing/. Nak terangkan pun payah panjang giler. So, baca aje lah. Kami tak naik pun ke Queenstown skyline tu. Jadi tengok aje la dari bawah…Hehhe. Ramai juga orang tengah Q nak naik atas. Oleh sebab kami tak buat apa2 aktiviti di sini, selesai aje beli belah di Fresh Mart. Kami mula menyediakan makanan tenghari di dalam caravan. Fuhhh…berasap. Hehhe…Geng kak T pun sama lepak kat sini juga. Jadi berlawan la kami, dapur sape paling berasap..:D. 








Bersambung....

**aku stop dlu citer kembara bersama trip kekawan sbb nak masuk cite siri kembara balik kampong vol 2..nti sambung balik ye..




No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...