Semalam rakan aku Miss T, tanya samada aku berminat nak ke India/ Kashmir? Lalu beliau unjukkan 1 tentatif. Baru plan. Arge dalam Rm 4480/=. Bila sebut India aku teringat seorang kawan yang aku baru kenal mase traveling ke HK 2010 dulu, Kak Nana. Dia penah kata teringin nak ke India...:)
So malam tadi aku mula contact kawan2 yang memang kaki travel. Kak H, Kak N.....Kak S. salah sorang mesti la kak nana. Kak N, tak berminat. tp kalo pg negara Kanggaroo baru dier berminat. Kak H, on je, kak E pun. kak Nana tak nak join sbb dier baru balik dr Indo tarikh nak p tu, lain kali saja, katanya. ok, ader rezeki ble pg lain kali.
Aku salu dengar beberapa potong ayat dr sahabat2.....yang kadang2 aku tak berapa nak setuju
Cth 1:
"Kenapa India"? ada apa di sana?
Cth 2:
aku: teringin la nak pg beijing......
Frenz: apa yg ko nak sangat g sana tu? Kiter dah penah g korea. Pesen muka drg sama je. mata sepet. cuaca pun sama mcm tempat kiter. pg la tempat yg lain dr tempat kiter penah lawat.
Ya...secara peribadinya aku memang tak setuju pendapat tu. (tapi.....ahhh itu kan pendapat dier, terpulang la kan, aku nak sentap apsal). heheh....aku bukan nak menyentapkan diri tp oleh kerana ayat tu ditanyakan balik pada aku, aku kena nyatakan pendirian sendiri. Sebenarnya kena balik kepada niat masing2 kenapa nak melancong. kenapa tempat tu kiter nak p? Pada aku sendiri, yang menjadi keutamaan aku pg ke satu2 tempat adalah untuk meluaskan pengetahuan, mengetahui cara hidup, budaya masyarakat, sejarah, seni reka bangunan, kesenian.........Shopping? itu perkara terakhir yang ada dalam kepala aku. kalo kata tak beli langsung tu tipu la. kalo pg mana2 tempat ada la juga beli sesuatu untuk kenang2an.
Yupp....Beijing memang salah satu dari wilayah China. Aku penah pegi HK, Shenzen, Korea. Wajah, mata sepet, kulit putih kapas, kiter akan jumpa di sana. Persoalannyer adakah wajah figura saja yang kiter nak tengok? barangkali kesenian yang ada di Shenzen tak sama dengan yang ada di Beijing. Kalo tak ke HK barangkali aku tak penah tau (sbb tak nak amik tau) bahawa, ada orang yang sanggup berenang merentasi sungai yang luas untuk menyeberang ke HK, Semata2 nak mencari rezeki di HK. Menurut Jessica, tidak ramai yang akan berjaya menyeberang sungai. kalo pun ada itu barangkali 1 bonus. Selalunya cubaan itu kecundang, kalo tak di baham buaya, ada yg akan ditembak. Itu semua pengalaman/ ilmu yang sangat berharga.
Sebahagian photo tentang India.....(Ehsan Cik Goggle): sblom pg kena cari sebanyak mana info dulu.....:)
|
Cantik sangat. |
Proses pembelajaran tu sebenarnya banyak. Melalui pembacaan, Pemerhatian, mendengar....tinggal kiter nak pilih mana 1 je. Jangan kiter menyempitkan ruang pembelajaran tu, kalo itu berlaku kiter yang rugi. 1 Lagi yang aku fikirkan, kalo ada rakan yang ajak pg, kebetulan ader rezeki, jangan tolak pelawaan tu. Sebabnyer kalo kiter tolak sekarang tak tau bila masa lagi nak p. ble je pg ikut travel agent tp kalo tak de geng tak best juga. Lain la kalo kiter pg backpacker, itu lain cerita. Setakat ni aku dah rugi 2 trip sbb tak join kwn2. Beijing n Jepun. Salah 1 tempat yang memang kaya dengan pemandangan yang cantik, kesenian yang memukau. (Ini mesti pengaruh maser blajaq dulu, sbb buat kajian seni oriental, banding budaya dinasti ni dgn dinasti sblom @ selepas :)). Takpe la....kalo ader rezeki, insyaallah dapat pegi. Mana tau dapat bakal2 (H) yang sama minat, kaki travel, ble ajak dier pegi...:p....
Aher sekali, aku nak share ayat ni. Pendapat dari seorang rakan. aku suka n setuju sangat.....
"Sesekali kita perlu pegi melawat tempat yang kurang maju dari segi ekonomi, infrastuktur tetapi kaya dengan kebudayaan negara bangsa kerana dari situ kiter dapat belajar tentang erti kehidupan yang sebenar2nya"....
*ayat diolah sedikit tanpa mengubah maksud asal supaya lebih manis didengar...:)
Sekian....