Tuesday, November 13, 2012

Aku & Sesuatu

Photo By: Sang Semut Hijau
"Dijemput Pulang"


AKU DAN SESUATU

Biarlah aku terus menarikan masa silam disini, antara benih yang meminta simpati pada air masin, pasang atau surutnya seperti mereka tidak lagi berteduh rimbunan dedaunku, hanya ranting yang ia tak pernah sesal pernah muda, tetapi masih ada angin dari lautan bersiul di ranting, jika ia berlagukan sendu buatku, biarlah.

Dan matahari, kau kala senja seolah simpati pada tiang kurus
ku menunggu maut menumbangkan jasad, biarpun aku sebenarnya masih hidup, seperti kalian mungkin menanggung uzur yang mengira waktunya matahari jika selesai menyeberang lautan menarik malam, umur ku pun bertambah, tak perlu dirisaukan kerana aku tidak pulang pada reputan yang dimamah pasir, tetapi adalah aku hilang di sebelah matahari, mungkin menjadi tetamu Tuhan yang diampunkan

Aku pohon indah kala senja, tak perlu kalian memuji kerana selama aku bagai tugu hijau di persisiran ini, ramai sahabat ingin bersalam dengan ku, ikan-ilan, penyu, ketam atau todak sekalipun, dan saatnya aku tumbang mereka mungkin membisikan rindu, bukan tidak diratap untuk suatu kematian, seperti kalian, mati meninggalkan nama atau sejarah enggan menyebut nama mu lagi, manusiaku

Yatim Ahmad
KOTA KINABALU

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...