Tuesday, January 18, 2022

Hari Pertama Ronda-Ronda Negeri Perlis: Part 3

14 Dec 2021 (Selasa)
Misi mencari kereta sewa. Sebenarnya sejak dalam train lagi aku dah mula mencari maklumat tentang kereta sewa untuk digunakan sepanjang berada di sini. Aku cari info di FB, sasaran aku kereta sewa yang berdekatan dengan kawasan Arau, Kangar atau Kuala Perlis, senang nak ambil dan pulangkan nanti. Ada beberapa orang yang aku hubungi melalui whatsap, dengan harapan dapat balasan ketika sudah sampai di Arau. Ya, ada juga yang membalas, tetapi jawapannya menghampakan, semua sudah penuh ditempah orang. Pilihan terakhir ialah menyewa kereta dengan Tuan Hj Ghani. Tuan Hj. ni ada kedai berdepan dengan Jetty K.Perlis. Agak keberatan sebenarnya nak sewa kereta pada Tn. Hj, sbb tahun lalu sewa kereta dengan beliau tapi dapat kereta yang……aduhh bisa jadi luruh jantung! Sebenarnya bukan kereta beliau, tapi orang lain. Kitorang jumpa owner kereta tu tapi sewa melalui Tn. Hj. Oleh sebab hingga ke malam pun tak dapat lagi kereta sewa, akhirnya malam tu aku hubungi A, minta no tel Tn. Hj. Kot la A masih simpan no tel T. Hj kan…sebab tahun lalu A yang cari kereta sewa. (A ialah geng travel kami yang join trip utara tahun lalu). Alhamdulillah, A masih simpan dan bagi no tel Tn. Hj pada kami. Aku tengok jam masih awal lagi dan kami call Tn. Hj malam tadi untuk tanya ada tak kereta sewa yang kosong. Ehh…..ada la! Jadi pagi ni selepas sarapan ala kadar, kami ambil grab dan terus ke Kuala Perlis.
Urusan sewa kereta di sini...

Padang Besar
Selesai urusannya, Tn. Hj bagi kunci kereta axia hitam. Untuk hari 1 ni aku yang drive sbb Z belum kenal jalan lagi. Jadi Z tukang tengok waze. Mula-mula kami singgah dulu di kedai runcit area Hotel Savanah untuk beli jajan. Biasa la aku kan, kudapan mesti ada, kalo tak aku rasa macam... kosong tanpa arah......😅Tak....jajan tu sebenarnya aku beli untuk bekalan makan2 kat hotel ke, (mana la tau lepas ni tak jumpa dah kedai) untuk makan kat dalam kereta ni ke.... Kan mengunyah ni pun salah satu cara untuk hilangkan mengantuk. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar. Harap2 tahun ni ramai dah yang buka kedai. Perjalanan menuju ke Padang Besar berjarak 55km dari Kuala Perlis. 45 minit kemudiannya kami tiba di Padang Besar. Pusing 2x baru jumpa parking. Tempat pertama yang kami terjah, pergi makan dulu....supaya tengok2 barang nanti tak la perut ni memberontak lapar.
Jalan nak ke P. Besar
Bangunan P. Besar
Masih suram...
Barangan yang dijual
Keadaan di Arked Niaga masih agak suram seperti tahun lalu. Tak begitu banyak beza. Aku pernah ke sini beberapa tahun dulu. Sangat meriah, siap beli toto tapi sekarang dah tak banyak kedai di buka. Kalo ikut aku macam malas dah ke sini, tapi sebab Z belum pernah lagi jejak kami ke sini, jadi ikut je la. Tapi ada 1 yang sangat menarik perhatian. Apa dia?? Ni ha...aiskrim kelapa. Perghhh...panas2 sambil makan aiskrim....terus terasa sejuk. Terubat rindu nak ke Hatyai. Biarpun rasanya tak boleh lawan dengan aiskrim kelapa original Hatyai, tapi boleh la....
Aiskrim kelapa Padang Besar
Mangga ni pun memang aku suka gills. 2 makanan yang aku mesti beli kalo ke Hatyai ialah mangga dan aiskrim kelapa. Dia punya perencah asam boi tu cukup, pedas, manis, masin...semua ada
Z kat tangga arked

Taman Rekreasi Tasik Melati
Destinasi ke-2 kami seterusnya ialah ke Taman Rekreasi Tasik Melati. Berjarak 24km dari Padang Besar dan mengambil masa kira-kira 27 minit untuk sampai ke sini. Tasik Melati mendapat nama sempena bunga teratai yang kelihatan banyak terapung di atas air. Keluasan tasik kecil sahaja dan airnya juga cetek. Terdapat jambatan dibina di tengah tasik untuk memudahkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik. Di sepanjang jambatan di bina gazebo untuk pengunjung berehat dan mengambil angin petang. Berkunjung ke sini, mengingatkan aku tentang Yuyuan Garden, Shanghai. Rekabentuknya agak mirip dengan jambatan zigzag yang menjadi kebanggaan Yuyuan Garden. Di kawasan tasik ni juga terdapat kedai menjual cenderahati, disamping menjual makanan ringan. Kemudahan surau juga ada di sediakan. Kalo cuaca sejuk, dah rasa macam kat Shanghai...😁
Depan tasik
Tahun lalu, tempat ni adalah salah satu tempat yang kami memang nak pegi, tapi bila nampak van pos laju terus kami terlupa sebab nak kejar masa beroperasi pejabat pos. Rupanya Perlih tak cuti ye 1hb Januari...😀Kenapa nak kejar pos laju?? Sebab kitorang nak pos barang ke Sabah. Malas nak mengangkut barang banyak. 
Bercirikan senibina China
Opppss......Tumpang lalu 😎

Ladang Nipah Kipli
Lokasi seterusnya ialah ke Ladang Nipah Kipli. Berjarak 32km dan mengambil masa kira-kira 40 minit. Ketika kami sampai, dari jauh nampak tak banyak kereta, aku ingatkan tak ramai pengunjung yang datang. Sekali masuk....nahh kau! 2, 3x pusing cari parkir. Nasib baik kakak ni dulu pernah berguru dengan Dominic Toretto, setakat menyelit2 di tempat sempit tu kacang bagi kakak. 😜Rupanya kereta semua tersorok, parkir kat belakang bangunan macam sarang burung tu dan di sebalik pokok nipah, jadi tak nampak dari luar. Menurut Mada, Ladang Nipah Kipli (LNK) ni terletak di Kampong Tanah Timbul, Kuala Sanglang, Perlis. Terdapat lebih 2,000 pokok nipah yang mampu mengeluarkan air nira nipah yang manis dan terkenal dengan khasiatnya. Ketika kami sampai air nira nya dah habis, ok tak pe...lain kali kena datang lagi ni.
Pemandangan cantik dalam perjalanan masuk ke Ladang Nipah Kipli
Ini bukan pokok padi ya adik-adik...
Aku tak sangka kawasan pokok nipah boleh diushakan sebegini rupa. Sebelum cari info tentang tempat ni, aku ingatkan ianya kawasan hutan yang penuh dengan pokok nipah, emm......satu hal pula aku nak merentas masuk hutan cari buah nipah semata nak merasai pengalaman mengambil buah nipah.....begitu aku bermonolog sendiri. Ehh...sekejap! Tapi kenapa dia masuk dalam senarai tempat yang perlu dikunjungi?? Tak boleh jadi ni, kena cari tahu apa sebabnya. Dah google, baru nampak gambaran, wah menarik ni......Maka akhirnya kami berada di Ladang Nipah Kipli hari ni. 💖
Kami tak sampai pun masuk dalam/ celah2 rimbunan pokok nipah ni sebab ada ramai orang duduk sambil makan kat dalam tu. Kat dalam tu sebenarnya ada disediakan buaian dan pondok untuk berehat sambil2 makan. Selain dari tempat yang menarik untuk mengambil gambar ladang ni juga ada menyediakan makanan seperti laksa K. Perlis, ketam sawah, air kelapa.... Jadi kalo mai sini jangan lupa merasai makanan ni. Sebut pasal nipah ni sebenarnya mengingatkan aku memori ketika kecil2 dulu. Dulu masa zaman sekolah kami tinggal di Kg. Gadong Limbang. Datuk & Nenek (saudara) suka pegi memancing. Bila balik, depa bawa setandan buah nipah dan bagi pada kami. Kalo tak kerana itu, kemungkinan besar sampai sekarang aku tak kenal nipah dan tak pernah pun rasa makan buah nipah. Rindu pula zaman tu.....💖
Taman Bunga Kertas, Tuanku Lailatul Shahreen, Kangar, Perlis

Lokasi terakhir kami kunjungi hari ni ialah di Taman Bunga Kertas, Tuanku Lailatul Shahreen, Kangar. Berjarak 20.8 km dan mengambil masa kira-kira 23 minit dari Ladang Nipah Kipli. Taman ini dibina di Laman Cenderawasih bersebelahan dengan Taman Budaya Negeri. Dinamakan sempena nama Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen. Ketika kami sampai awan nampak gelap mendung, sekejap lagi pasti akan hujan.
Pintu masuk ke Taman Bunga Kertas
Tak meriah bunga kertasnya. Aku tak pasti samada belum musim bunga atau memang kejadiannya memang macam ni....😀
Perlis ni memang kaya dengan bukit bukau. Sana Bukit, sini bukit...dimana2 ada bukit...😂
Tak mampu nak masuk dalam lagi sebab hujan dah turun renyai2
Lanskap yang menarik
Aku ingat kalo musim bunga memang tempat ni cantik gills... Tak mengambil masa yang lama, kami pun bergerak balik. Berlarian kami dalam hujan renyai menuju ke kereta, tinggal lagi tak ada muzik Bollywood....kalo tak macam kat dalam filem hindustan dah 😀 Ingat nak nak cari tempat makan sepanjang perjalanan balik tu, gerai tepi jalan ke....tapi tak jumpa. Akhirnya kami terus balik dan makan di restoran berdekatan dengan hotel. Tak ada gambar sebab batri hp aku dah habis.

Bersambung...

Friday, January 14, 2022

Naik ETS ke Utara Malaysia (Part 2)

13 Dec 2021

Bermulanya trip kami ke utara pagi ni menaiki ETS. Aku beli tiket ni melalui online di website KTM https://online.ktmb.com.my/Trip. Pada mulanya aku nak pilih je tiket yang paling murah iaitu tiket gold berharga RM79. Masaalahnya tiket gold tu dah habis, yang tinggal hanya tiket platinum iaitu berharga RM 104. Tak ada pilihan, jadi beli saja la sebelum habis. Sengaja aku beli tiket sehala je sebab aku bercadang untuk singgah di beberapa bandar dalam perjalanan balik ke KL nanti. Perjalanan kami nanti akan bermula dari KL- Arau-Alor Setar-Butterworth-Ipoh- KL. Z ikut saja apa yang aku rancang sebab beliau terlalu sibuk hingga ke saat akhir nak bercuti, dia masih gigih menyiapkan kerjanya 😀. Selain dari tiket sehala ke Arau, aku juga dah beli siap2 tiket ETS dari Butterworth-Ipoh dan Ipoh ke KL. Tiket Arau-Alor Setar- Butterworth aku tak beli lagi sebab aku nak naik komuter je sebab tiketnya murah. Tiket komuter rupanya tak boleh dibeli awal. Kena beli pada hari nak pergi tu samada beli online atau beli di mesin di stesen keretapi.
Cari tempat duduk
Duduk dulu, tunggu dipanggil masuk
KL Sentral- Arau
Bantai tido untuk 5 jam seterusnya...
Train kami akan bergerak pada jam 9.20 pagi. Sebelum tu pegi sarapan dulu. Dipendekkan cerita, kami tiba di Arau pada jam 3.05 PM. Dari Stesen Keretapi Arau, ambil grab menuju ke Padi-Padi Hotel yang terletak di Kangar iaitu Berjarak 10.8 km dan mengambil masa kira-kira 18 minit sahaja untuk sampai ke destinasi. Kenapa aku pilih hotel ni? Tak ada sebab khusus...masa tengok2 kat agoda tu ada beberapa senarai hotel yang berdekatan dengan stesen KTM Arau, tapi bila tengok review orang ramai, agak menghampakan. Tapi Padi-Padi Hotel, ada 1 review orang yang ditulis pada bulan Nov 2021 (baru lagi tu), menyatakan tentang hotel ni hotel baru. Kalo baru pasti la kebersihan nya tip top kan, parking juga senang. Itu yang menyebabkan aku pilih ni... Part parking tu kena ambil kira juga sebab aku bercadang untuk menyewa kereta sepanjang berada di sini nanti. Lagi senang bergerak jika ada kereta.
Sampai di Stesen KTM Arau
ikut je Pakcik dan Makcik ni p mana
Sempat jepret 1 gambar
Sementara tunggu grab sampai aku ambil gambar dulu
Kantin 
20 minit kemudiannya kami sampai di Padi-Padi Hotel. Sekilas dalam pemerhatian aku tempat ni, agak tenang-tenang je, tak bising....tak begitu ramai orang. Betul la hotel baru....tapi aku ingat ia terletak di pinggir sawah padi, rupanya tak. Namanya je Padi-Padi..😏Berderetan dengan hotel ni terdapat beberapa buah kedai/ bengkel kereta, ada 1 restoran nun di hujung sebelah kanan, tapi hanya buka waktu petang...., ada dobi (yang ini patut ada, alhamdulillah)...ada salon, tapi tak ada kedai runcit. kalo nak p Dominos, 7E...ada tapi kene menyeberang jalan. Tiba2 saja aku teringat2 Savanah Hotel, tempat kami menginap tahun lalu yang terletak di Kuala Perlis. Hotel tu hotel baru dan kat bawah terdapat beberapa kedai Eco, Mr. DIY, Dobi, ada beberapa buah restoran....agak2 hari ni kau tak nak makan kedai ni, kau ble makan kat kedai sana pula...jadi banyak pilihan. Parking pun banyak...Tapi itu la tempatnya kat hujung di Kuala Perlis la pula. Jauh....dan kurang strategik sebab kami tidak bercadang untuk ke Langkawi (Hotel tu dekat dengan jetty K. Perlis). 
Padi-Padi Hotel
Bengkel kereta je ada banyak
Satu je yang tak best hotel ni.....dia tak ada lift. Kalo beg banyak dan berat macam kami yang datang dari jauh ni, emm....satu hal kau nak mengusung beg naik atas. Tak kalah juga hotel kat Malaysia ni dengan Jepun ye. Sama tak ada lift! 😝 Tapi Hotel Savanah dulu ada lift, alhamdulillah....
Nasib baik dapat bilik T2....
Air minum boleh ambik kat luar
Iron juga ada di sediakan. Yang ini penting untuk kami2 yang pakai tudung....kat Malaysia ni aku belum ada keyakinan lagi keluar dengan tudung/ baju berkedut 1000😅.
Bilik air, ok bersih...

ada 2 katil, sebelah tu Z tengah baring, jadi aku ambil sebelah je

TV, gelas ada di sediakan....minuman 3in1, sudu tak ada
Selepas menyelesaikan urusan, kami keluar semula. Nak cari makan pula. Aku ajak Z ke Kuala Perlis. Kat situ memang banyak tempat makan. Kami ambil grab dan sepakat untuk ke Medan Selera Jetty Kuala Perlis. Jaraknya sekitar 10.3 km, mengambil masa kira-kira 13 minit. Arghhh...sampai di Medan Kuala Perlis, agak panas pula. Kat hotel tadi kepala dah rasa macam tak selesa, ditambah terangnya matahari, makin berdenyut la kepala ni. Aduhh...tak sporting betul la. Dalam pada tu aku mengekor juga Z dari satu gerai ke satu gerai melihat ikan yang berkenan di hati. Akhirnya kami ambil ikan pari dan 2 ekor ikan rumahan (kalo kat semenanjung, ikan rumahan panggil apa ye? lupa...)...aku order nescafe panas (dah la panas minum lagi air panas) bukan apa....kalo kat rumah kalo sakit kepala aku minum air teh panas, dia akan reda sikit2, order juga sayur campur, di tambah pula dengan sambal belacan...perghhh....sedap gillss! Tapi malangnya kesedapan ikan bakar yang terhidang, langsung tak menaik kan selera makan, dek kerana sakit yang menyucuk2. Aku makan sikit je, sebab aku takut aku tak ble bangun...hehheh! Hajat dihati lepas makan ni nak la pegi kedai runcit kan...nak beli cemilan. Tapi, tak ada nyer...lepas makan terus balik. Sampai hotel, mandi....baru la lega sikit sebab dah sejuk.. hehheh........Verlagak!

bersambung.....

Brickfields (Part 1)

12 Dec 2021 (Ahad)

Cuti datang lagi…Kemana kita?? Hanya cuti2 di Malaysia.. Yupp, sempadan sudah buka tapi kami belum bersedia untuk ke luar negara. Biasa ramai, tapi kali ni berdua saja. Jujurnya aku suka pergi bercuti ramai2, lebih meriah, boleh berkongsi cerita, pendapat dan yang penting bajet boleh dikurangkan….. 😜Geng travel aku ni duduk jauh, jadi ini la masanya untuk bertemu. Kapten kami yang selalu merancang percutian, pergi menunaikan umrah, jadi agak sunyi sepi group wsap kami. Biasanya beberapa bulan lebih awal sudah ada rancangan lokasi percutian untuk cuti bulan 12. Z, tanya aku tak nak p jalan2 ke semenanjung? Aku kata kita berdua je, yang lain tak ada ni..ok ke? Z kata ok sebab dia pun nak ke rumah adiknya di Seremban. Pada mulanya aku hanya nak lepak di Jalan Tar, macam biasa…beli2 kain, tapi Z kata, kalo nak p ke lokasi lain pun ble juga. Emm…aku macam….okeyy…. (Agak keberatan di situ…heheheh) Tapi dalam keberatan tu, aku cari juga maklumat.
Aku sebenarnya nak ke Johor. Teringin nak jumpa Zira. Zira, kawan kami sama2 di U dulu. Sejak tamat belajar memang aku tak ada dah jumpa Zira, tapi sesekali memang ada ber wsap. Dalam kepala ni aku dah susun, kalo p Johor aku nak ajak Zira singgah melawat Cikgu Norazmi. Cikgu Norazmi dah pencen, kami selalu jemput buat ceramah pada pelajar. Rancangan ke Johor tak jadi, atas beberapa sebab. Ceritanya panjang tapi biar aku simpan sendiri. Rupanya Allah SWT dah atur cantik dah perjalanan ni, di akhirnya baru aku nampak hikmahnya kenapa rancangan ke Johor tu tak jadi. Alhamdulillah, kalo tak memang akan rasa sangat bersalah…..😌
Cantik hiasan kerawang tu..
Ok, akhirnya aku confirmkan pada Z yang kami akan ke Utara. Sebenarnya tahun lalu pun kami dah ke Langkawi-Perlis-KL..tapi macam ada banyak tempat kami tak pegi. Oh ya aku lupa, tahun lalu Z tak join kami atas beberapa sebab. Jadi bila aku ajak dia ke Utara, dia pun ok. Dipendekkan cerita, pada hari kejadian kami ke KL. Dari KLIA2, naik bas ke Kl Sentral, dengan tambang hanya RM15 (dulu Rm 12). Aku tempah hotel di Myhotel KL Sentral. Murah, dan yang penting dekat je ke KL Sentral. Agak lucu sebenarnya. Kami jarang menginap di area KL Sentral jadi aku tak tau rupanya area KL Sentral tu namanya Brickfields. Amboi…kau kan kalo ke oversea bukan main semua ceruk info kau cari gali. Tapi tempat sendiri nama jalan pun tak tau..Heheh…Nak mudah kitorang nak naik teksi, pegi la kaunter teksi. Gelak je adik tu, “Kak, jalan kaki je hotel tu dekat je kat depan sana”. Sebenarnya aku tak pasti kedudukan MyHotel tu di mana. Tanya kat kaunter, dia bagi maklumat. “Naik atas, jalan terus, masuk kanan….Akak akan nampak hotel tu kat depan aje. Kat Brickfield kan?”. Aku macam….”Bukan, ehh…ye la kot”. “Iye kat sana Brickfields la tu”. Ok, jalan la…siap tengok map ye adik2…..tapi tetap salah. Katanya 7minit je jalan kaki, tapi kenapa 10 minit dah berlalu tak sampai2 lagi ni. Setelah tawaf 2, 3 x akhirnya jumpa juga…Ohh….bila aku google, rupanya Brickfields ni memang mendapat jolokan little India- patut la ramai sangat Shak Rukh Khan kat sini.
Kemeriahan Sambutan Krismas sudah terasa di NUKS
 Myhotel ni biasa2 je. Untuk semalam, ok la...nak tidur aje kan. Bersih? Aku bagi 6/10. Ruang bilik agak kecil tapi masih ada ruang untuk solat. Lepas selesai semua urusan kami keluar jalan2 di KL Sentral. Aku kata kat Z, kita keluar awal dan balik sebelum gelap.... Kakak ni penakut. Oh ya cakap pasal takut, sebelum pergi ni aku sentiasa teringat kata2 Z, yang dia akan ke rumah adiknya di Seremban nanti lepas jalan2. Kami ni pergi berdua je, nanti dia balik rumah adiknya, aku nak tdo dengan sape??? Takutnyer duduk hotel sorang2, semenjak terbaca pengalaman seram orang duduk hotel di FB baru ni. Gigih aku cari kawan yang nak pegi sekali.....akhirnya tak jumpa, terpaksa pergi berdua. Z kata tak apa dia temankan sampai aku balik Labuan. Jadi aku kena balik sebelum 25hb.......
Bilik di Myhotel
Bersambung.....

Thursday, June 17, 2021

New Zealand: Jom Balik Kampung Vol 2/2016 (Caroline Bay)

Jalan-Jalan di Pekan Timaru 

3 Dec 2016 (Sabtu)
Hari ke-4
Ingatkan lepas checkin dan berehat tu, tak keluar dah dari motel. Rupanya keluar lagi ke bandar Timaru. Saja jalan2 cari makan. Di kawasan bandar jalan agak lenggang, biarpun hari masing terang benar. Tapi kalo tengok jam sebenarnya dah malam...kalo kat Sabah dah maghrib dah ni. Timaru merupakan sebuah bandar pelabuhan di wilayah Canterbury, kira-kira 196 km di timur laut Dunedin. Ia dibina di atas bukit yang terhasil dari aliran lava gunung berapi Mt Horrible yang telah pupus. Sebab tu kebanyakan jalan utamanya beralun, berbeza dengan kawasan di sebelah utara Canterbury yang mempunyai tanah rata.
Timaru bergatung kepada sumber ekonomi dari sektor pertanian dan pelabuhan. Pelabuhan yang terdapat di Timaru merupakan salah satu pelabuhan kargo utama di South Island. Ini jelas dapat dilihat apabila sejumlah kilang pembuatan ringan yang berkaitan dengan perdagangan eksport dan import dibina di sini. Sebahagian besar kilang ini memfokuskan kepada aktiviti pemprosesan, pembungkusan, pengedaran daging, tenusu dan hasil pertanian lain. Banyak kawasan traikan pelancong yang boleh kita lawati di sini antaranya ialah Muzium Canterbury, Galeri Seni Aigantighe, Taman Botanical dan lain-lain lagi.
Dah puas jalan-jalan, kami pegi cari restoran halal dalam apps. Ini salah satu yang tersenarai, jadi kami pegi ke sana. Nama restoran ni Istanbul Turkish Kebabs. Sebenarnya depa ni macam dah nak tutup, macam dah bersihkan lantai, kemas meja...tapi bila nampak kami sampai depa suruh je masuk.
Sunyi tak de orang sebab dah malam agaknya ya. 

Caroline Bay
Pantai Teluk Caroline merupakan pantai paling popular di South Island. Ia menduduki rangking ke-4 dalam tinjauan di website FB AA Traveller, kerana ia mudah dikunjungi. Oleh kerana kedudukannya yang berada di teluk, maka pantai ini terlindung oleh benteng pelabuhan. Kami datang ke sini bertujuang untuk melihat penguin kecil balik ke sarang. Teluk Caroline juga merupakan salah satu penempatan bagi penguin. Lama kami menunggu, ditambah pula sejuk dari angin laut, menyebabkan kami hampir berputus asa.
Kalo jalan sampai ke depan tu akan nampak ramai orang memancing. Penguin membina sarang di celah batuan di pinggir laut ni atau di kawasan pantai
Senja
Mungkin rumput ni yang katanya ditanam semula untuk mengikat pasir asli supaya tak berlakunya hakisan.
Kami berlatarbelakangkan mentari senja
Senja
Dari kawasan parking, kena lalu sini menuju ke pantai
Sudah mula gelap
Cantik tempat ni...
Akhirnya yang ditunggu sudah sampai....Kelihatan 2 beradik berlari terkedek-kedek dari laut..Comel!

Tamat untuk cerita hari ni . jumpa lagi cerita hari esok...
Bersambung....

Rujukan:
https://www.timaru.govt.nz
https://en.wikipedia.org/wiki/Timaru

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...